Sabtu, 8 Disember 2018

In Syaa Allah Tun M bukan yang dulu bila berdepan tunjuk rasa. Aamiin. 8858.


Alhamdulillah.
BERITA»Nasional
Sabtu, 8 Disember 2018 | 3:08pm
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya, hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad
Dr Mahathir tak akan hadiri sambutan Hari Hak Asasi Manusia
Oleh Ahmad Suhael Adnan
ahmad.suhael@nstp.com.my

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tidak akan menghadiri sambutan Hari Hak Asasi Manusia anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di Padang Timur, Petaling Jaya, esok.
Perdana Menteri enggan hadir ke sambutan itu kerana perbezaan pendirian antara kerajaan dan SUHAKAM berhubung Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
“Saya sudah putuskan kerajaan tidak akan menerima (meratifikasi) ICERD. SUHAKAM pula mahu ICERD diterima, jadi macam mana saya mahu pergi,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada akan hadir ke sambutan Hari Hak Asasi Manusia yang akan diadakan esok, selepas ditangguhkan daripada jadual asalnya.
Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail semalam mengumumkan sambutan itu yang sepatutnya diadakan hari ini, ditangguhkan pada esok atas faktor keselamatan selepas menerima nasihat dikeluarkan polis dan Pejabat Perdana Menteri.
Diminta mengulas penangguhan itu, Dr Mahathir berkata, pegawai polis terpaksa berpecah di dua lokasi jika sambutan Hari Hak Asasi Manusia diteruskan memandangkan himpunan membantah ICERD turut diadakan pada hari ini.
“Oleh kerana kita takut perhimpunan pertama (bantah ICERD) dihadiri ramai orang dan memerlukan pegawai polis yang ramai, sebab itu himpunan ditangguh ke hari lain.
“Bukan kita larang nak adakan demonstrasi, tapi kita minta supaya ditangguh ke hari lain supaya polis tak tertekan kerana pegawai mereka tak cukup untuk kawal himpunan yang besar,” katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/506795/dr-mahathir-tak-akan-hadiri-sambutan-hari-hak-asasi-manusia

Arahan DBKL pindah kenderaan tidak wajar - Takiyuddin
Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my 

PAS menyifatkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan arahan termasuk memindahkan semua kenderaan rasmi yang berada di menara berkenaan ke Jalan Cheras, adalah tidak wajar.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata arahan dibuat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu boleh menimbulkan keresahan kepada rakyat.
Katanya, beliau menerima salinan surat dikeluarkan DBKL pada Selasa lalu memaklumkan beberapa arahan seperti semua jabatan di Menara DBKL 1 dan 2 ditutup pada Sabtu ini.
“Selain itu, kenderaan rasmi jabatan ditempatkan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal di Jalan Cheras dan semua kontraktor pembersihan serta ubahsuai pejabat tidak dibenarkan menjalankan sebarang kerja pada hari berkenaan sebagai langkah keselamatan.
“Kami menegaskan himpunan berkenaan (membantah ICERD) bukan untuk menimbulkan provokasi sebaliknya ia adalah himpunan aman.
“DBKL tidak sepatutnya mengeluarkan arahan sedemikian selaku PBT. DBKL sepatutnya menjamin keselamatan dan membenarkan anggotanya bertugas, bukannya mengeluarkan arahan seolah-olah kami mahu melakukan provokasi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Ceramah Grand Finale Himpunan Aman Rakyat Membantah ICERD di Kota Bharu, malam tadi.
Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh; Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari
Sementara itu, Annuar berkata, kerajaan perlu bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian tidak diingini esok kerana mengadakan dua himpunan besar dengan lokasi agak dekat.
Katanya, walaupun dua himpunan itu diadakan dua lokasi berlainan, namun perlu diingat penyokong masing-masing mungkin menggunakan pengangkutan sama yang boleh menimbulkan provokasi.
“Hari hak asasi sedunia adalah Isnin dan mereka boleh mengadakan himpunan pada hari lain iaitu Ahad atau Isnin.
“Mereka mengumumkan untuk mengadakan himpunan hak asasi itu selepas kami mendapat permit untuk mengadakan himpunan aman bantah ICERD.
“Namun di pihak himpunan aman, kami berusaha supaya semuanya berjalan secara aman dan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini, mungkin ia sudah dirancang oleh pihak tertentu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Disember 2018 @ 10:04 AM
Arahan DBKL pindah kenderaan tidak wajar - Takiyuddin | Harian Metro
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/12/401401/arahan-dbkl-pindah-kenderaan-tidak-wajar-takiyuddin

Enggan hadir kerana ICERD - PM
MyMetro Utama
DR MAHATHIR. FOTO Syarafiq Abd Samad
Wartawan NSTPcnews@nstp.com.my

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tidak akan menghadiri sambutan Hari Hak Asasi Manusia anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di Padang Timur, Petaling Jaya, esok.

Tun Dr Mahathir enggan hadir ke sambutan itu kerana perbezaan pendirian antara kerajaan dan SUHAKAM berhubung Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
"Saya sudah putuskan kerajaan tidak akan menerima (meratifikasi) ICERD. SUHAKAM pula mahu ICERD diterima, jadi macam mana saya mahu pergi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada akan hadir ke sambutan Hari Hak Asasi Manusia yang akan diadakan esok, selepas ditangguhkan daripada jadual asalnya.
Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail semalam mengumumkan sambutan itu yang sepatutnya diadakan hari ini, ditangguhkan pada esok atas faktor keselamatan selepas menerima nasihat dikeluarkan polis dan Pejabat Perdana Menteri.
Diminta mengulas penangguhan itu, Dr Mahathir berkata, pegawai polis terpaksa berpecah di dua lokasi jika sambutan Hari Hak Asasi Manusia diteruskan memandangkan himpunan membantah ICERD turut diadakan pada hari ini.
"Oleh kerana kita takut perhimpunan pertama (bantah ICERD) dihadiri ramai orang dan memerlukan pegawai polis yang ramai, sebab itu himpunan ditangguh ke hari lain.
"Bukan kita larang nak adakan demonstrasi, tapi kita minta supaya ditangguh ke hari lain supaya polis tak tertekan kerana pegawai mereka tak cukup untuk kawal himpunan yang besar," katanya.
  • Lagi berita berkaitan Perhimpunan ICERD
























  • https://www.hmetro.com.my/utama/2018/12/401772/enggan-hadir-kerana-icerd-pm

    DR MAHATHIR. FOTO Arkib NSTP
    'Saya dah cukup bersyukur...'- PM
    Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@nstp.com.my

    TUN Dr Mahathir Mohamad tidak akan menghadiri perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara, hari ini.
    Perdana Menteri berkata, tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana beliau sudah ‘cukup bersyukur’.
    Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga secara sinis berterima kasih kepada ‘satu juta orang’ yang menghadiri himpunan berkenaan untuk menyatakan kesyukuran kepada kerajaan.
    “Saya dah cukup bersyukur dah. Saya buat satu keputusan yang baik (tidak ratifikasi ICERD.
    “Saya bersyukur saya boleh buat keputusan yang terbaik,” katanya dalam nada sinis, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya, hari ini.

    Ketika ini, peserta perhimpunan mula memenuhi beberapa lokasi di ibu negara, mahathir antaranya di hadapan kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Masjid Jamek.

    Lagi berita berkaitan Perhimpunan ICERD
    Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Disember 2018 @ 3:46 PM
    https://www.hmetro.com.my/utama/2018/12/401786/saya-dah-cukup-bersyukur-pm

    Two hours to start of anti-ICERD rally, the crowd numbers swell... and a busker plays on (VIDEO)
    Published 3 hours ago on 08 December 2018
    By Emmanuel Santa Maria Chin
    Anti-ICERD rally-goers perform Zohor prayers near Sogo in Kuala Lumpur December 8, 2018. — Picture by Ahmad Zamzahuri
    Anti-ICERD rally-goers perform Zohor prayers near Sogo in Kuala Lumpur December 8, 2018. — Picture by Ahmad Zamzahuri
    KUALA LUMPUR, Dec 8 — Just a couple of hours from the start of the anti-International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) rally, the number of people around the Dang Wangi junction has swelled to at least 5,000.

    More are trickling in by the minute, as they wait to make their way to Dataran Merdeka.Among the prominent figures at Sogo this morning was Umno Youth Chief Datuk Asyraf Wajdi Dusuki who gave a crowd-rousing address.
    Asyraf also reminded all present that the gathering was a peaceful one, and warned against inciting any provocation.
    As the sidewalks became packed with people sitting around waiting to march to the historic square, Jalan Dang Wangi and Jalan Tuanku Abdul Rahman is now dominated by demonstrators walking the three-lane streets.
    The two roads have been momentarily closed off to the public to facilitate the droves of supporters flooding the city.
    Umno Youth chief Datuk Asyraf Wajdi Dusuki speaks ahead of the anti-ICERD rally near Sogo Sogo in Kuala Lumpur December 8, 2018. — Picture by Ahmad Zamzahuri
    Umno Youth chief Datuk Asyraf Wajdi Dusuki speaks ahead of the anti-ICERD rally near Sogo Sogo in Kuala Lumpur December 8, 2018. — Picture by Ahmad Zamzahuri
    To entertain those waiting under the scorching sun is record-breaking busker Roslee Yusof, 51.
    Holding the record for the longest busking performance, which stands at 34-hours, Roslee who was in some kind of military-style costume today did not fail to attract the attention of those here.
    Having been a busker for 25 years, Roslee said he was overwhelmed by the huge crowds but is treating it as a good opportunity to gain exposure.
    “I am happy to see all the people here from all over the country, because now the whole of Malaysia can see and know about me, not just the city folk,” he said.
    Busker Roslee Yusop, 51, in his infantry costume poses along the sidewalk along Sogo in Kuala Lumpur December 8, 2018. — Picture by Ahmad Zamzahuri
    Busker Roslee Yusop, 51, in his infantry costume poses along the sidewalk along Sogo in Kuala Lumpur December 8, 2018. — Picture by Ahmad Zamzahuri
    Roslee, who accepts donations for those wanting to pose for a photograph with him, said his collection so far today matched his usual nightly collections.
    “I praise God for the contributions today, I want all here to know who I am and come get their photos taken with me,” he said.
    Roslee said he expects to join up with the rest of the demonstrators at Dataran Merdeka, but is still unsure if he will show up in character or as himself.
    The rally was originally planned to demand that the government reject ICERD, but was repurposed as a “thanksgiving” event to celebrate Putrajaya’s decision not to ratify the United Nation’s convention.
    Organised by Umno, PAS, a coalition of Malay-Muslim groups Ummah and the newly-formed National Sovereignty Secretariat (Daulat), the event targets around 500,000 people to be present, all who were asked to be dressed in white.
    https://www.malaymail.com/s/1701301/two-hours-to-start-of-anti-icerd-rally-the-crowd-numbers-swell...-and-a-bus





    Tiada ulasan: