Rabu, 12 Disember 2018

Kisah Batu Senpadan Dalam Reban Ayam. 8880.



PM: Kapal Malaysia kekal di kawasan pertikaian

Malaysia akan kekal meletakkan kapal miliknya di kawasan pertikaian sempadan perairan Malaysia-Singapura, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Biar kita 'kalah' dengan Timor Leste jangan 'kalah' dengan Singapura. Ini keberanian Tun M sejak dulu. Dia tak takut sesiapa. Kerana 'orang luar' ini akan terus mempertahankan haknya.

MALAYSIAKINI.COM
Kapal milik negara akan kekal di sana sehingga proses rundingan Malaysia - Singapura selesai, kata Dr M.

Malaysia akan kekal meletakkan kapal miliknya di kawasan pertikaian sempadan perairan Malaysia-Singapura, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata kapal milik negara akan terus berada di kawasan pertikaian itu sehingga proses perundingan melibatkan kedua-dua negara selesai.

"Kita akan runding dengan Singapura, kita tidak mahu lawan dengan Singapura… Kadang-kadang ada pertindihan (tuntutan) tapi kita boleh selesaikan perkara ini melalui rundingan.

"Pada masa ini, disebabkan tidak ada keputusan maka kapal-kapal terbabit berada di situ, kapal Singapura berada di situ, kapal Malaysia juga berada di situ," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Juara-juara Antirasuah: Sesi Perkongsian dengan Pemenang Anugerah Cemerlang Antirasuah Antarabangsa Sheikh Tamim Hamad Al Thani 2018 di Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Pertikaian itu tercetus apabila Singapura mendakwa peluasan had pelabuhan Johor Bahru menceroboh kawasan perairannya di Tuas manakala Malaysia pula mendakwa usaha republik itu untuk memperluas had pelabuhan Singapura di luar Tuas menceroboh perairan Malaysia.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata Malaysia mendapati dakwaan Singapura tidak tepat kerana had pelabuhan yang diubah untuk Pelabuhan Johor Bahru sama sekali tidak menceroboh wilayah Singapura.

Dalam pada itu Dr Mahathir berkata perundingan berhubung isu tersebut akan disegerakan oleh Kementerian Luar.

Ketika ditanya bila perundingan itu akan berlangsung, Dr Mahathir menjawab ringkas: "Sekarang…secepat mungkin.”

-Bernama
https://www.malaysiakini.com/news/455604?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1A7Q3pLsOD1lwxo9OXPrvThWPvy8hRyg5sjiV8a9jL9bajDiBmaFlfzmA


6 sebab ibu bapa kena simpan tali pusat bayi

kerengga pada KERENGGA - 12 minit yang lalu
FMT Reporters Tahukah anda mengenai keajaiban sel stem dari tali pusat yang mampu mengubati pelbagai penyakit? Ia tidak perlu ditanam selepas kelahiran, tetapi kemajuan teknologi terkini merungkai keistemewaan tali pusat yang berupaya merawat hampir 80 jenis penyakit. Darah dan tisu tali pusat bayi didakwa kaya dengan sel stem muda dan belum rosak kerana tidak terdedah kepada sebarang pencemaran

Perancis Alami ‘Darurat Ekonomi’, Umum Naik Gaji, Batal Cukai..

Ibnu Hasyim pada Ibnu Hasyim - 14 minit yang lalu
[image: PENUNJUK perasaan menampal poster yang tertulis kenyataan Emmanuel] *PENUNJUK perasaan menampal poster yang tertulis kenyataan Emmanuel Macron tidak menghormati Perancis. REUTERS* PARIS 11 Dis. - ‘Buang masa dan tiada perubahan’. Demikian ‘cakap-cakap’ warga Perancis yang berlegar di media sosial terhadap pengumuman Presiden Emmanuel Macron mengenai pembaharuan ekonomi negara susulan siri tunjuk perasaan secara besar-besaran oleh anggota ves kuning yang bertukar kepada insiden keganasan di negara ini. RT News melaporkan, selepas empat minggu ‘dilanda’ siri tunjuk perasaan ters... lagi »

BANK NEGARA TEGUR TH SEJAK 2015

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 22 minit yang lalu
[image: Foto Zul Mohamed.]

Tiada peningkatan dalam pengeluaran Tabung Haji - Zukri

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 54 minit yang lalu
Tarikh kemaskini: 12/12/2018 KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Tiada peningkatan mendadak dalam pengeluaran wang daripada Tabung Haji (TH) susulan pelaksanaan pelan pemulihan dan penstrukturan semula organisasi, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Zukri Samat hari ini. Katanya TH masih menerima sokongan daripada pendeposit sekalipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengumumkan organisasi itu akan diletakkan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) bermula tahun depan dalam usaha menambah baik tadbir urusnya. “... lagi »

ISU TABUNG HAJI - KENAPA UMNO DAN PAS TIDAK BERHIMPUN?

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - Sejam yang lalu
Satu demi satu institusi yang menjadi harapan besar orang Islam dan Melayu menjadi mangsa salah guna kuasa serta diseleweng oleh kerajaan lalu. Dulu Mara, kemudian Felda, dan kini Tabung Haji. Kalau ada 300 syarikat milik orang Islam dan Melayu seperti ini, mungkin kesemua 300 itu juga akan lingkup. Pengurus serta pengarahnya orang Islam dan Melayu. Namun orang Islam dan Melayu itulah nampaknya mengkhianati pemegang umat Islam dan Melayu yang berharap kepada mereka. Siapa lagi kalau bukan "orang kita" daripada kumpulan perompak sama yang menyamun 1MDB. Sama seperti dalam kes hut... lagi »

Saifuddin was the culprit behind attempt to ratify ICERD

Raggie Jessy pada The Third Force - Sejam yang lalu
“Anyway the 1.5 million estimate by Raggie Jessy is overly high. However, there is a viral claiming Astro estimate the [...]

Apa punya manusia, Tabung Haji pun mereka noda

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - Sejam yang lalu
Pada 12 Disember 2018oleh A Kadir Jasin Berita buruk yang luar biasa mengenai agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak memeranjatkan lagi. Sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara daripada BN pada 9 Mei lalu, satu demi satu skandal kewangan terbongkar. Semakin hari apa yang ditakuti semakin menjadi kenyataan iaitu bawah telunjuk bekas perdana menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak, kerosakan berlaku secara sistematik dan meluas. 1MDB, Felda, FGV dan sekarang Tabung Haji (... lagi »

Himpunan IC(uri)E(engkau)R(amai-ramai)D(efend)

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - Sejam yang lalu
Pada 12 Disember 2018oleh Lim Kit Siang Kini sedang beredar di media sosial satu bahan lawak yang mengatakan bahawa Datuk Seri Najib Razak hadir pada himpunan Anti-ICERD pada Rabu kerana mahu menjadikannya himpunan itu sebagai himpunan IC(uri)E(engkau)R(amai-ramai)D(efend), iaitu suatu bentuk sokongan terhadap pemerintahan kleptokratik beliau dan skandal rasuah yang membelenggu 1MDB. Tidak mungkin, kerana sukar untuk percaya bahawa ribuan yang berhimpunan di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu menyokong Najib dan rekod kleptokratiknya, termasuk skandal kleptokratik 1MDB yang dikenali d... lagi »



Tiada ulasan: