Jumaat, 7 Disember 2018

Setia dengan kumpulan menyebabkan ada yang mengabai kepentingan menerima kebenaran. 8850.


Ingat mengingatkan... Melayu segera kembali pada Allah. In Syaa Allah Nasihat Timbalan YDP diambil perhatian semua orang Melayu beragama Islam. Aamiin. 

Sultan Nazrin dedah empat punca Melayu menjadi lemah
 

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات
KUALA LUMPUR: Bangsa Melayu pada ketika ini dilihat semakin lemah lantaran empat punca utama yang mendominasi kehidupan seharian pemimpin dan rakyat. 

Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, budaya politik yang berlaku ketika ini menyebabkan umat Melayu Islam terperangkap dalam situasi yang mengaibkan diri sendiri.

“Islam telah membina umat Melayu yang berdisiplin, amanah, jujur, luhur dan ikhlas. Islam telah menyatukan umat Melayu, membina ukhwah hingga umat Melayu bersatu teguh, muncul sebagai umat yang kuat.

“Tetapi hari ini umat Melayu kelihatan beransur lemah, kerana umat Melayu telah kehilangan semangat ukhwah, umat Melayu telah lemah jati diri, umat Melayu semakin hanyut dalam perlumbaan kebendaan, umat Melayu semakin mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa.

“Budaya berpolitik yang sedang berlaku di bumi warisan bangsa ini, telah menjelmakan ketaksuban baharu, menghidupkan budaya asabiah, menganjurkan pemikiran yang lebih mengutamakan kesetiaan kepada kumpulan, daripada kepentingan menerima kebenaran; mencanai minda yang lebih mementingkan kumpulan, daripada kelangsungan ummah yang lebih menyeluruh.

“Umat Melayu Islam sedang terperangkap dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri, masing-masing ghairah menepuk air di dulang dan airnya semakin terpercik ke muka sendiri,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Penyampaian Watikah Ahli-ahli Majlis Agama Islam, Hakim Mahkamah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Melaka di Bandar Melaka pada Jumaat.

Mengungkap kembali titah ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah semasa lawatan rasmi ke Melaka pada 12 hingga 14 Julai 1990 sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Kesembilan, Sultan Nazrin mahu titah nasihat itu kekal menjadi pedoman pemimpin dan rakyat.

“Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah menzahirkan titah pada malam 12 Julai 1990; antara kandungan titah baginda mengandungi baris-baris berikut:

  • “Rakyat Melaka seharusnya berbangga dengan sejarah dan kegemilangan empayar Melaka. Aspek-aspek kejayaan dan keagungan Kesultanan Melaka pada zaman silam sebagai pusat perdagangan, pusat pertumbuhan kebudayaan dan pusat penyebaran agama Islam haruslah dijadikan sebagai unsur penggalak untuk kita mencapai kecemerlangan masa hadapan.
  • “Walau bagaimanapun terdapat titik-titik hitam dalam sejarah Melaka yang harus kita renungkan bersama agar ia tidak berulang lagi. Di samping kita berbangga dengan kejayaan Melaka, kita haruslah menjaga perpaduan oleh sebab perpecahan, perselisihan faham dan perebutan kuasa adalah antara faktor-faktor yang menjatuhkan keagungan Kesultanan Melaka sehingga Melaka dijajah oleh kuasa-kuasa barat,” baginda memetik titah almarhum ayahanda baginda.
Jelas baginda, titah yang dizahirkan lebih 28 tahun yang lalu itu merupakan peringatan yang kekal hidup dan wajib dijadikan renungan.

“Ia supaya umat Islam di bumi ini tidak tercicir yang dikendong, tidak berakhir dengan menang menjadi arang - kalah menjadi abu, kerana kecenderungan untuk terus bersengketa. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala memberikan petunjuk kepada ummah, jalan yang lurus,” tambah baginda.

-Astro Awani
Sultan Nazrin dedah empat punca Melayu menjadi lemah - Kriss Merah.com
http://www.krissmerah.com/2018/12/sultan-nazrin-dedah-empat-punca-melayu.html

Polis Masih Tunggu Laporan Siasatan Forensik Bomba

Ahmad Albab pada MYNEWSHUB - Sejam yang lalu
KUCHING – Polis masih menunggu hasil siasatan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhubung insiden letupan dan runtuhan di... lagi »

Tarik Balik Laporan Polis, Melvin Nafi Terima Imbuhan

Ahmad Albab pada MYNEWSHUB - Sejam yang lalu
KUALA LUMPUR – Anggota Sukarelawan Malaysia (Rela) Melvin Cheong Mun Khai menafikan menerima imbuhan daripada pihak tertentu berikutan tindakannya menarik... lagi »

Melaka Terus Laksana Prinsip Keadilan Pentadbiran

Ahmad Albab pada MYNEWSHUB - Sejam yang lalu
MELAKA – Kerajaan Negeri menerusi sistem kehakimannya akan terus melaksanakan prinsip keadilan dalam pentadbirannya bagi memastikan kesejahteraan rakyat dapat terus... lagi »

Kerajaan Dalam Kajian Gubal Akta Keharmonian Sosial

Ahmad Albab pada MYNEWSHUB - Sejam yang lalu
KUALA LUMPUR – Akta Keharmonian Sosial akan digubal selepas kajian teliti mengenai keperluannya selesai dilaksanakan, kata Timbalan Menteri di Jabatan...lagi »

Skim Bayaran Baharu Pinjaman PTPTN Ditangguh

Ahmad Albab pada MYNEWSHUB - Sejam yang lalu
KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan penangguhan pelaksanaan kaedah bayaran balik baharu bagi pinjaman pendidikan... lagi »

Wan Azizah Pendekkan Lawatan Ke United Kingdom

Ahmad Albab pada MYNEWSHUB - Sejam yang lalu
LONDON– Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke United Kingdom, kembali ke... lagi »

Bank Rakyat Serah Zakat Bisnes RM1 Juta Kepada PZNS

Ahmad Albab pada MYNEWSHUB - Sejam yang lalu
KUALA PILAH – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini berkenan menerima pembayaran zakat... lagi »

Sultan Nazrin dedah empat punca Melayu menjadi lemah

Kriss Merah pada Kriss Merah.com - 36 minit yang lalu
KUALA LUMPUR: Bangsa Melayu pada ketika ini dilihat semakin lemah lantaran empat punca utama yang mendominasi kehidupan seharian pemimpin dan rakyat. Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, budaya politik yang berlaku ketika ini menyebabkan umat Melayu Islam terperangkap dalam situasi yang mengaibkan diri sendiri. “Islam telah membina umat Melayu yang berdisiplin, amanah, jujur, luhur dan ikhlas. Islam telah menyatukan umat Melayu, membina ukhwah hingga umat Melayu bersatu teguh, muncul sebagai umat yang kuat. “Tetapi hari ini umat Melayu kelihatan b... lagi »

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia ditangguh

tyrazalhe pada Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - 23 minit yang lalu
KUALA LUMPUR, 29 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Sambutan Hari Hak Asasi Manusia yang dirancang esok di Padang Timur, Petaling Jaya untuk memperingati Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa 2018 akan ditangguhkan. Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Razali Ismail berkata, Polis Diraja Malaysia memaklumkan kepada suruhanjaya dan Pejabat Perdana Menteri tanpa menyatakan butiran … The post Sambutan Hari Hak Asasi Manusia ditangguh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

4 individu direman bantu kes Muhammad Adib

tyrazalhe pada Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - 23 minit yang lalu
PETALING JAYA, 29 Rabiulawal 1440H, Jumaat – Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang diserang pada awal pagi Selasa minggu lalu di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, di sini. Perintah tahanan reman kesemua … The post 4 individu direman bantu kes Muhammad Adib appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Himpunan Anti ICERD Hanya Satu Permulaan. -Dr Mohd Zuhdi.

Ibnu Hasyim pada Ibnu Hasyim - 30 minit yang lalu
*PADA *13 Julai 2018 yang lalu, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) telah mengunjurkan akan berlaku satu Himpunan Umat Islam mengulangi himpunan seumpamanya yang telah berlaku pada tahun 1946. Himpunan ini digembeling sebagai tindak balas Umat Islam terhadap usaha DAP yang berterusan berusaha merealisasikan gagasan Malaysian Malaysia dalam kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) pada hari ini. DAP secara terang dan sembunyi cuba untuk merungkaikan empat sendi Perlembagaan Persekutuan yang menjadi kontrak sosial terbentuknya negara ini. [image: Hasil carian imej untuk himpunan Icerd] [image: I... lagi »

Turki: Negara-Negara Islam Harus Satu Barisan, Jangan Beri Ruang untuk Setan

William Ciputra pada dakwatuna.com - 6 jam yang lalu
Dengan berbagai hal tersebut, Kiran lantas mengajak seluruh negara Islam untuk bersatu padu dalam satu barisan yang kokoh. The post Turki: Negara-Negara Islam Harus Satu Barisan, Jangan Beri Ruang untuk Setan appeared first on dakwatuna.com.

Bahaya kekalahan jiwa: Timbalan Mufti Perak

admin pada Indahnya Islam - 7 jam yang lalu
MATLAMAT peperangan adalah untuk mengalahkan musuh. Kita tidak boleh menafikan bahawa agama Islam adalah agama yang paling suka dimusuhi walaupun Islam adalah agama yang menawarkan perdamaian dan keselamatan. Ini berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah SAW serta dibuktikan dengan fenomena yang berlaku khususnya di mana umat Islam menjadi umat minoriti di dalam sesebuah negara. Bahkan ... lagi »

Takrifan jantina mesti ikut biologi seks

admin pada Indahnya Islam - 7 jam yang lalu
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelmarin menyatakan kerajaan akan merumus draf Akta Kesamarataaan Jantina. Perikatan Wanita Antarabangsa untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) berharap draf akta itu dapat dibahas secara mendalam bersama-sama pelbagai pihak secara komprehensif, agar tidak bertentangan dengan undang-undang Islam dan Perlembagaan Persekutuan. Sehingga kini, kita tidak ... lagi »

Gaya hidup Rosmah berubah sejak PH tawan Putrajaya

ReJaM© pada MiLo SuaM - 7 jam yang lalu
SIAPA tidak kenal dengan isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, seorang wanita yang tak pernah putus dengan kontroversi semasa Barisan Nasional berkuasa dahulu. Semasa suaminya menjadi Perdana Menteri, Datin Rosmah begitu 'gah' ke sana ke mari, dengan pakaian dan perhiasan mahal yang sering menjadi kritikan pihak pembangkang. Namun sejak Barisan Nasional (BN) tewas dalam pilihanraya umum yang lalu, sekaligus mengakibatkan suaminya tidak lagi menjadi perdana menteri, penampilan dan gaya hidup Datin Rosmah pun kita lihat jadi sangat berbeza. Mari kita... lagi »

KPDNHEP Tumpas Sindiket Seleweng LPG

Ahmad Albab pada MYNEWSHUB - 7 jam yang lalu
SHAH ALAM – Kegiatan haram satu sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi sejak setahun lalu lumpuh apabila premis mereka... lagi »

Israel Berbohong Tentang Kewujudan Terowong Hizbullah

Haris pada MYNEWSHUB - 7 jam yang lalu
BEKAS menteri pertahanan Israel Moshe Ya’alon mengakui pada Khamis bahawa pegawai-pegawai Israel selama ini berbohong tentang kewujudan terowong Hizbullah antara... lagi »

Malaysia Jumpa Vietnam Di Pentas Akhir Piala AFF

Ahmad Albab pada MYNEWSHUB - 8 jam yang lalu
PETALING JAYA – Pasukan Malaysia berdepan dengan Vietnam di pentas akhir Piala AFF Suzuki 2018. Skuad Harimau Malaya mara ke... lagi »

PTPTN: Kaedah Tidak Adil, Kata KJ

Ahmad Albab pada MYNEWSHUB - 8 jam yang lalu
KUALA LUMPUR – Kaedah Potongan Gaji Berjadual (PGB) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diumumkan kerajaan disifatkan tidak adil.... lagi »

Anak Pengasas Huawei Ditahan

Ahmad Albab pada MYNEWSHUB - 8 jam yang lalu
VANCOUVER, Kanada – Anak perempuan pengasas gergasi teknologi China, Huawei ditangkap di Kanada dan akan diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS),... lagi »

China Desak Bebas Eksekutif Huawei

Haris pada MYNEWSHUB - 8 jam yang lalu
CHINA mendesak Kanada dan Amerika Syarikat membebaskan Weng Wanzhou, ketua eksekutif kewangan gergasi telekomunikasi Huawei yang ditahan oleh Kanada bagi... lagi »

Tasik Di India Dikeringkan Kerana Takut Virus HIV

Ahmad Albab pada MYNEWSHUB - 8 jam yang lalu
NEW DELHI – Pihak berkuasa mengepam keluar air dari sebuah tasik di selatan India bagi meredakan kebimbangan penduduk bahawa air... lagi »

Gomez ‘Cuti Sakit’ Enam Minggu

Ahmad Albab pada MYNEWSHUB - 8 jam yang lalu
LONDON – Liverpool mengesahkan pemain pertahanan, Joe Gomez patah kaki kiri ketika menewaskan Burnley di Turf Moor dan bakal diketepikan... lagi »

9 Tentera Somalia Maut Serangan Bom Militan

Ahmad Albab pada MYNEWSHUB - 8 jam yang lalu
MOGADISHU – Sembilan tentera Somali termasuk dua jeneral terbunuh dalam letupan di pinggir ibu negara semalam. Kumpulan militan Islam Al... lagi »

OKU Maut Bas Terbalik Di Poland

Ahmad Albab pada MYNEWSHUB - 8 jam yang lalu
WARSAW – Seorang maut, manakala 20 lagi cedera selepas sebuah bas yang membawa 51 penumpang orang kurang upaya (OKU) terbalik... lagi »

Pelaku Serangan Mobil di Melbourne Mengaku Bersalah

Tribunnews.com - 8 jam yang lalu
Pelaku serangan mobil di Flinders Street, Melbourne, Saeed Noori, mengaku bersalah atas tuntutan berlapis dalam peristiwa yang menewaskan…


Tiada ulasan: