Isnin, 21 Januari 2019

Kisah untuk bermuhasabah diri. In Syaa Allah. Aamiin. 9072.



Dalam Sejam 21K Like, Troll Terbaru Najib Ini Buat Netizan Terhibur.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi memberi respons hantaran Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad susulan perang troll antara mereka pagi tadi.

Dalam hantaran di Facebook miliknya, Najib menjelaskan tentang warna baju yang dipakainya ketika turun berkempen dalam PRK Cameron Highlands semalam bukan oren, sebaliknya 'peach'.

"Baju saya warna 'peach', bukan oren," katanya.

Dalam pada itu, Najib turut mengakui beliau telah menekan 'like' pada hantaran 'troll' Khalid pagi tadi kerana Pengarah Komunikasi Amanah itu dilihat tidak berpuas hati dengan hantaran dibuatnya semalam.
"Saya tengok beliau amat tidak berpuas hati dengan 'posting' saya semalam sehingga terpaksa membuat beberapa 'posting' berturut-turut cuba untuk membalas dendam.

"Kenapa serius sangat, YB menteri? Rilekslah."Tak apa. Saya beri sedikit sokongan," katanya.

Pagi tadi, Khalid menjadikan warna baju yang dipakai Najib semalam sebagai 'bahan usikan' dan beliau turut memuat turun gambarnya bersama Ahli Parlimen Pekan ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Felda Sungai Koyan.

"Ada yang pakai baju oren nak 'join' Amanah ke nak 'training' bahu (Penjara) Sungai Buloh? Kalau nak 'join' Amanah tu maaflah…kalau (Penjara) Sungai Buloh tu harapan cerah," sindirnya.

Semalam, gambar yang sama digunakan Khalid untuk menyindir Najib dalam kes konteroversi 1MDB, menerusi hantaran berbunyi; 'Kenalkan, sebelah kanan saya ni tauke 1MDB. Saja nak bagitau, baik jadi tauke Harapan Coin daripada tauke 1MDB yang rembat duit rakyat'.- Sinar Harian

Posting terbaru Najib ini sekali lagi mendapat sambutan yang luar biasa dari warganet. Setakat artikal ini ditulis, jumlah tanda suka ialah 21 ribu dalam masa hanya sejam. Patut la Najib dinobatkan sebagai Raja Troll.

Berikut merupakan status berbisa Najib Razak:

"Dengar khabar, 3 minggu lagi PH nak bersalin selepas 9 bulan kahwin.

Anak laki ke perempuan?”

Berikut reaksi dari beberapa netizan:

"Blh like sikit komen aku.. aku dah hari2 lepak kat warung Dsn nie.. page lain semua dah xwujud lagi.. sejak bossku dinobat sebagai raja troll.."

"Laki ke pempuan sy tk tahu DSN…dibuat budak tu taknak kluar..hulur tiket tol dan resit beli minyak kt petron…yelah…minyak kn dah naik 6 sen….cuba bayangkan…

"8 minit 3.5 k???? Memg padu troll dsnr… Nak like ckit boleh tak… Dah nak bersalin kat hospital mana agaknya ye??? Atau mgkin ayat diorng nanti.. blm ade rezeki lagi bossku.. banyak tanggungan lain.. puiiii"

"Kali pertama DSNR menunjukkn bakat troll beliau adalah ketika dlm pembentangan bajet 2018, dimana masa tue mangsa troll pertama juga merupakan Timbalan Perdana Menteri wanita pertama Malaysia, Wan Azizah Wan Ismail."

"Datuk Sri x yah amik tau la anak PH lelaki ke pompuan.Saya dah tau awal2 lg lepas diorang akad nikah 9 bulan lepas.Baru 3 bulan” Gugur”.Pastu cakap nak buat anak anak lg.begitulah seterusnya…dan seterusnya…sampailah diorng bercerai….x lama pon….4 tahun je lg."

Dalam Sejam 21K Like, Troll Terbaru Najib Ini Buat Netizan Terhibur.

Wajah penumpang bertukar hijau, pesawat terpaksa mendarat gara-gara wabak misteri

Sunday, January 20, 2019

SEBUAH pesawat terpaksa membuat pendaratan cemas di Russia selepas lima penumpang mengadu lemas secara tiba-tiba.
Pesawat Ural Airlines dalam perjalanan dari Moscow ke Dubai itu membawa 150 penumpang.
Setelah mendarat, lima ambulan dikejarkan ke pesawat itu untuk merawat penumpang yang terjejas.
Simptom misteri itu berlaku ke atas penumpang yang berada di barisan 21 hingga 26, dalam kelas ekonomi.
"Saya terkejut dengan seorang wanita menjerit minta tolong.
"Dia menjerit sebab suaminya tiba-tiba sakit. Dia lemas dan tak boleh bernafas.
"Muka dia pun dah bertukar hijau, semua orang dalam pesawat panik," dedah seorang penumpang yang menyifatkan penerbangan itu seperti neraka.
Sehingga kini, tiada sebarang penjelasan dibuat mengenai kejadian yang dikaitkan dengan wabak misteri itu.
Setelah dirawat, pesawat meneruskan penerbangan ke Dubai dan tiba lewat dua jam. - Mirror.UK.
https://kachipemas.blogspot.com/2019/01/wajah-penumpang-bertukar-hijau-pesawat.html

60 Tahun Tuntut Bela Kematian Suaminya daripada 8 Presiden Perancis - Kisah Josette Audin 
Oleh  pada 20 Jan 2019 kategori 

Josette Audin telah menghabiskan masa selama lebih 60 tahun mendesak pemimpin-pemimpin Perancis untuk bertanggungjawab ke atas kematian suaminya di Algeria. Akhirnya, pada tahun 2018, Presiden Emmanuel Macron mengaku bahawa mendiang suami Josette, Maurice Audin, telah diseksa dan dibunuh semasa berada dalam tahanan.
60 tahun tuntut bela kematian suami
60 tahun tuntut bela kematian suami
Josette yang kini berusia 87 tahun menceritakan detik perkenalan dengan Maurice ketika menuntut sebagai pelajar jurusan Matematik di University of Algiers sekitar tahun 50-an. Mereka mula berkenalan di bilik kuliah, dilamun cinta dan akhirnya mendirikan rumah tangga.

Kedua-dua Josette dan Maurice berasal dari Eropah, sama seperti penduduk Eropah lain yang mewakili satu persepuluh populasi Algeria selepas 120 tahun di bawah pemerintahan Perancis.

Mereka juga merupakan warga komunis yang menyokong penuh tuntutan terhadap Kemerdekaan Algeria.

Penangkapan Maurice Audin

Pada tahun 1957, Maurice mengajar matematik di universiti dan sedang menyambung pengajian di peringkat kedoktoran manakala Josette pula sibuk membesarkan tiga orang anak mereka yang masih kecil. Ketika itu, Pertempuran Algiers sedang memuncak. Kumpulan pro-pembebasan giat menjalankan serangan keganasan dan pihak berkuasa pula bergelut untuk mengawal keadaan.
maurice audin mati dibunuh semasa dalam tahanan tentera perancis
maurice audin mati dibunuh semasa dalam tahanan tentera perancis

Apabila pihak pemerintah mendapat tahu bahawa keluarga Audin ini telah menawarkan rumah mereka sebagai tempat perlindungan bagi seorang pemimpin komunis yang dikehendaki, pasukan tentera tiba pada suatu malam dan memberkas Maurice yang hanya berusia 25 tahun.

Ketika serbuan, Josette bertanya kepada para tentera bilakah Maurice boleh dibebaskan. Menurut mereka, jika semuanya berjalan lancar, Maurice akan kembali dalam masa setengah jam.

Namun, Maurice tidak pernah pulang. Seorang teman rapat keluarga tersebut yang telah ditahan pada hari berikutnya memberitahu dia ternampak Maurice diikat pada sebuah meja dan diseksa dengan teruk.

Selepas beberapa minggu, pihak tentera memberitahu Josette, "Kami mempunyai satu berita baik untuk kamu. Suami kamu sudah melarikan diri." Josette sedar mereka sebenarnya berbohong. Nalurinya sebagai seorang isteri tahu bahawa suaminya telah meninggal dunia.

Mencari jawapan tanpa jemu

Josette mula mencari kebenaran dan menuntut keadilan bagi pihak suaminya. Dia cuba mendapatkan publisiti berkaitan kes Maurice dengan mengadakan kempen tetapi dia tidak mempunyai dana yang mencukupi. Yang dimiliki hanyalah kertas dan pen. Maka, Josette mula menulis kepada kesemua wartawan dan ahli akademik yang dirasakan dapat membantunya.
josette audin pada tahun 1957
josette audin pada tahun 1957
Pada tahun 1962, Algeria akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan. Beberapa tahun kemudian, Josette dan anak-anaknya berpindah ke Paris dan mula mengumpulkan bahan bukti yang menunjukkan bahawa Maurice telah diseksa sebelum dibunuh dengan kejam semasa Algeria di bawah pemerintahan Perancis.

Pelbagai buku dan artikel juga telah dihasilkan berkaitan kes ini. Salah satu teori menyatakan Maurice telah dijerut di bahagian leher oleh penyoal siasat manakala ada teori lain yang membidas bahawa individu yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah orang lain. Seorang perisik kanan juga telah membuat pengakuan yang dia telah mengeluarkan arahan supaya Maurice dibunuh.

Walaupun banyak kempen telah dijalankan namun Josette masih tidak menerima sebarang kenyataan rasmi daripada kerajaan Perancis yang berterusan mendiamkan diri.

Desakan terhadap lapan orang Presiden

Sepanjang tempoh itu, setiap kali Presiden Perancis baru dilantik, Josette akan menulis sepucuk surat kepadanya. Ada presiden yang membalas surat Josette dan ada juga yang enggan melayan permintaannya. Dia bukannya mahukan permohonan maaf daripada kerajaan Republik Perancis tetapi hanya ingin mengetahui kebenaran dan mahu mereka bertanggungjawab sekiranya perkara itu benar.

Selepas hampir enam dekad, pada tahun 2014, akhirnya Presiden François Hollande mengakui yang Maurice mati semasa dalam tahanan. Walau bagaimanapun, presiden berikutnya iaitu Presiden Emmanual Macron lebih mengejutkan keluarga ini.
presiden perancis emmanuel macron bersama anak pasangan audin
presiden perancis emmanuel macron bersama anak pasangan audin
Beliau sendiri telah menghubungi Josette sebelum Josette sempat menghantar sebarang surat kepadanya. Kemudian, pada bulan September 2018, beliau mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi yang menyatakan bahawa kerajaan Perancis bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kematian Maurice Audin.

Dalam kenyataannya, beliau mengatakan sistem pemerintahan semasa Perancis menakluk Algeria dahulu telah memberikan kuasa untuk menghentikan, menahan dan menyoal siasat mana-mana suspek yang dipercayai ahli kumpulan pemberontak. Sistem sedemikian telah menggalakkan kewujudan tindakan-tindakan dahsyat kepada tahanan, termasuklah dengan melakukan penyeksaan. Menurut Presiden Macron, Maurice telah "diseksa sebelum dibunuh, atau diseksa sampai mati." 

Dalam satu lawatan ke kediaman Josette, Presiden Perancis tersebut telah memohon kemaafan bagi pihak kerajaan Perancis daripada seluruh ahli keluarga Audin.

Ramai lagi mangsa kekejaman yang lain

Walaupun akhirnya kisah sebenar kematian Maurice Audin telah didedahkan, dia bukanlah satu-satunya mangsa kekejaman Republik Perancis pada zaman itu. Ribuan lagi mangsa lain hilang tanpa sebarang kesan semasa Perang Algeria. 

Presiden Macron juga berkata yang beliau kini mahu memberikan akses ke arkib negara supaya ahli keluarga semua mangsa boleh mendapatkan sendiri jawapan yang dinantikan sekian lama.

Sesetengah sejarawan kurang pasti apa yang dimaksudkan dengan kenyataan Presiden Macron tersebut. Sememangnya dokumen di arkib negara sudahpun boleh diakses oleh orang awam. Adakah ini bermakna arkib ketenteraan sulit juga akan dibuka kepada orang awam?
dataran di paris dinamakan bersempena maurice audin
dataran di paris dinamakan bersempena maurice audin
Seorang pakar sejarah, Raphaëlle Branche yakin dengan pendiriannya bahawa besar kemungkinan kejadian-kejadian penyeksaan dan pembunuhan ini tidak direkodkan dari awal. Kebanyakan kes adalah 'penghakiman tambahan' yang tidak dipersetujui, maka tidak mungkin ia akan dicatat dalam rekod.

Manakala seorang lagi sejarawan, Fabrice Riceputi menyatakan terdapat bukti bahawa dokumen-dokumen ini telah 'diputihkan.' Ini disebabkan pada penghujung peperangan, pasukan tentera Perancis telah berusaha menghapuskan sebarang maklumat dalam simpanan arkib yang boleh mendedahkan jenayah yang telah mereka lakukan sepanjang tempoh perang.

Cahaya di penghujung jalan

Namun begitu, Riceputi telah membuat suatu penemuan yang menarik semasa menyelidiki dokumen-dokumen yang baru dikeluarkan di pusat arkib negara Perancis yang terletak di Aix-en-Provence. Ia merupakan sebuah fail simpanan Wilayah Algiers yang mengandungi sehingga 850 maklumat individu hilang yang telah dilaporkan oleh ahli keluarga. Hal ini jelas bertentangan dengan prinsip kerajaan Perancis terdahulu yang sangat menjaga kerahsiaan terhadap dokumen-dokumen seumpamanya.

Beberapa hari selepas Presiden Macron membuat kenyataan rasmi tersebut, Riceputi telah memuat naik dokumen-dokumen ini ke dalam sebuah laman web yang dibangunkannya iaitu "1,000 Autres" (1,000 yang lain) bersama seorang lagi sejarawan, Malika Rahal.

Riceputi meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa supaya menghubungi mereka. Dalam masa kurang dari 24 jam sahaja mereka telah berjaya mendapat maklum balas pertama.
dokumen sulit senarai mangsa kekejaman tentera perancis yang hilang tanpa kesan
dokumen sulit senarai mangsa kekejaman tentera perancis yang hilang tanpa kesan
Sehingga kini, mereka sudah berjaya mengumpulkan kira-kira 300 kenyataan daripada saksi berkaitan 70 individu yang mana majoritinya mendakwa mangsa tidak pernah pulang ke rumah dan tidak dapat dikesan.

Salah seorangnya adalah Mounira Yacef dari Algiers yang menceritakan bagaimana ayahnya, Lahcene Yacef telah ditahan pihak berkuasa. Selepas itu, tiada sesiapapun mengetahui sama ada dia telah meninggal dunia, bagaimana dia meninggal atau apa yang terjadi kepada jasadnya.

Orang ramai mungkin berharap mereka akan menemui jawapan apabila arkib dibuka. Ada juga kemungkinan mereka tidak akan pernah menemui sebarang jawapan. Bagi Mounira, melihat nama ayahnya dalam dokumen rasmi tersebut juga sudah memadai dan begitu bermakna. Sepanjang tempoh kehilangan ayahnya, dia sentiasa mengikuti perkembangan kes keluarga Audin dari jauh kerana merasakan ada kesamaan dengan kisah hidup mereka.

Kini, persoalan sudah terjawab selepas keluarga Audin bergelut selama puluhan tahun mencari keadilan buat Maurice. Menurut Michèle iaitu anak perempuan kepada pasangan Maurice dan Josette Audin, walaupun masih banyak perkara yang belum diketahui, sekurang-kurangnya penat jerih mereka selama ini akhirnya menemui sedikit sinar di penghujungnya.

60 Tahun Tuntut Bela Kematian Suaminya daripada 8 Presiden Perancis - Kisah Josette Audin | Iluminasi
https://iluminasi.com/bm/kisah-seorang-balu-yang-menuntut-keadilan-daripada-8-presiden-perancis-selama-60-tahun.html

Mangsa Orang Ambik Kesempatan

Nak kata naif, ada ilmu. Cuma tak tahu akibat perbuatan yang dilakukan oleh orang itu menjadikan dia boleh mengandung. Datang dihantar oleh emak, ayah dan kakak.

Sekali lihat tulisan di dalam borang profile diri, dapat saya meneka dia ini safih. Bahasa sekolah orang hari ini slow learner. Bahasa kampung kata dia lembam. Lebih tidak berbahasa orang melabel sebagai 3/4 (tiga suku).

Akalnya setakat itu bukan kehendak diri. Tetapi itu yang Allah beri. Siapa yang mengata akan kekurangan ini samalah mencela pemberian Allah.

Akalnya tidak mampu memikir baik buruk akibat sesuatu yang belum pernah dilakukan. Semua orang tahu berzina itu dosa besar. Tapi kalau yang lembam ni tahu ke zina tu apa? Tak tahu pun akibatnya dari zina tu menyebabkan mengandung. Yang dia tahu orang dah kahwin boleh mengandung tetapi bagaimana terjadi menjadi rahsia dalam kamar. Pendedahan yang berkias kepada orang macam tidak sampai ke akalnya. Orang macam ni kena cerita terus terang, tak payah beralas berlapik bagai. Kesian mereka menjadi mangsa penganiyaan. Tambahan ada yang ambil kesempatan.

Ceritanya begini, konon ingin berdikari, nak bekerja. Sepupu bawa tinggal di rumah sewa di bandar. Kerana percaya itu sepupu, tak diselideki cara hidup sepupu tu macamana. Rupanya sepupu jenis, jantan boleh ikut masuk bilik sewa. Satu malam, sepupu bawa kawan kawan masuk bilik sewa. Tidor bersama. Maka dia yang baru datang tak tahu apa apa. Sedang tidor malam, tiba tiba ada lelaki buka pakaiannya dan lakukan perbuatan terkutuk. Sehari semalam dia dikurung dan dikerjakan sepuas nafsu. Esoknya dia ditinggalkan begitu saja.

Kerja yang dijanjikan entah ke mana, dia menjadi trauma dan separuh gila. Kemudian dimasukkan hospital kerana cubaan bunuh diri. 2 minggu ditenangkan di wad. Bila discaj, balik sehari ke bilik sewa sepupu, diganggu semula oleh kawan kawan sepupu. Esoknya masuk semula hospital kerana muntah muntah dan pening. Ketika ini baru urine test dilakukan, didapati positif. Barulah dia membuka cerita yang dirinya pernah diperkosa.

Laporan polis dibuat. Bila sepupu dihubungi, jawapannya “saya tak ada apa apa hubungan dengan dia”. Sampainya hati, itu jawapan yang diberi.

Jabatan Kerja Sosial Perubatan menyediakan laporan untuk menempatkan di Kompleks Asnaf, Kuantan. Duduk di sana sebulan, mengalami tekanan kesan trauma dirogol menyebabkan pakar psiaktri menyarankan dia hantar kepada keluarga. Setelah keluarga dapat dikesan, pihak pentadbiran Kompleks Asnaf menghantar kepangkuan keluarga. Pun cuma sehari, dia diletakkan di rumah nenek. Tinggal di rumah nenek tanpa sebarang bimbingan dan ilmu menjadikan trauma dirogol menjadi tekanan menghantui diri. Kekesalan mempercayai sepupu hingga dirogol membuat diri rasa tidak berguna. Keluarga bertindak mencari rumah perlindungan yang dapat memberikan bimbingan dan ilmu.

Dunia hari ini dihuni oleh ramai orang yang suka ambik kesempatan. Sepupu mengambil kesempatan memperdagangkan tubuhnya untuk bayar sewa bilik. Lelaki ambil kesempatan melunaskan nafsu sarakah tidak kira siapa. Yang jadi mangsa adalah orang yang tidak tahu apa apa.

Semoga menjadi iktibar kepada keluarga di luar sana, apabila ada ahli keluarga dikesan sebagai orang kelainan upaya, jangan dibiarkan keluar berkerja konon berdikari. Akan ramai yang mengambil kesempatan atas dirinya yang kurang akal. Mereka ini lurus bendul, akan bercerita A to Z tanpa selindung apa apa.

Dunia Yang Sakit,

Daftar Terbaru Istilah dan Kata Gaul di Media Sosial: Arti Baper, Kudet, CDMA, Savage, JK

KEASYIKAN blogging, jangan sampai ketinggalan juga kata-kata, singkatan, bahasa, atau istilah-istilah gaul di dunia media sosial (medsos) atau di dunia maya.

Kita sudah sangat akrab dengan ungkapan No Afghan, No Rhoma, Japri, Woles, GWS, Kepo, dan sebagainya.

Istilah-istilah gaul ini terus berkembang. Sebagian sudah tampak "basi" atau jarang digunakan, sebagian lagu baru muncul dan kian populer.

Daftar Terbaru Istilah dan Kata Gaul

Daftar kata gaul di medsos atau percakapan online bisa ditemukan di Kamus Gaul. Berikut ini sebagian kecil Daftar Terbaru Istilah dan Kata Gaul di Media Sosial:

  • Savage = nekad, berani
  • Dope = bagus banget, keren
  • Bae = Before anyone else = belahan jiwa, kekasih
  • JK = Just Kidding, Bercanda
  • TBH = To be Honest, Sejujurnya
  • Kudet: Kurang up to date, sudah basi
  • Baper: Bawa Perasaan, masukin ke hati.
  • Oretz : ok, baiklah, all right, olrait.
  • Gazebo : Gajebo, Gak Jelas Bo!
  • BPJS : Budget Pas-Pasan Jiwa Sosialita
  • STFU : Shut The F*ck Up, diam!
  • CDMA : Capek Deh Males Ah
  • Peres:  Perez, menipu, gak ikhlas, tidak tulus, bo'ongan atau pura-pura.
  • Curcol = curhat colongan
  • GPL = Gak Pake Lama
  • Hugel = Hubungan gelap
  • Kudet = Kurang Update, ketinggalan info.
  • Luring = Offline, tidak online.
Istilah gaul yang sudah lama muncul --katakanlah "generasi pertama" bahasa gaul antara lain:
  • Kepo: Knowing Every Particular Object, mau tau aja.
  • Cekdidot: Check this out! 
  • Pe'a : Pendek akal
  • Woles : pelan, santai aja, kata "slow" dibalik.
  • GWS : Get Well Soon, semoga lekas sembuh
  • Japri : Jalur pribadi
Tentu, masih banyak istilah gaul lainnya. Jangan sembarang gunakan juga, kalo sekiranya orang lain tidak ngerti, malah bikin bingung!

Kata para ahli komunikasi, pesan kita akan sampai jika komunikan mengerti apa yang kita katakan. Kalo gak ngerti, gagal paham, maka gagal pula komunikasi kita.

Baca Juga:
Mau nambahin daftar kata gaul di atas? Please, leave a comment!

Happy Blogging! (http://www.contohblog.com).*
Daftar Terbaru Istilah dan Kata Gaul di Media Sosial: Arti Baper, Kudet, CDMA, Savage, JK - Contoh Blog
https://www.contohblog.com/2016/05/daftar-terbaru-istilah-dan-kata-gaul-di.html


Tiada ulasan: