Sabtu, 26 Januari 2019

Menang jua akhirnya, pihak yang sering kalah. 9089.



KEKALAHAN PH DI CAMERON HIGHLANDS TANDA BERMULANYA PENOLAKAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN

Shahbudin Husin pada Shahbudin dot com - 39 minit yang lalu
Sebagaimana yang diduga dan barangkali ramai juga yang mengharapkan perkara yang sama, BN akhirnya berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan menewaskan calon PH dan dua lagi calon Bebas Bagaimanapun, apa yang mengejutkan berbanding PRU14 lalu di mana BN melalui calon MIC, C Sivaraajh menang hanya dengan majoriti 597, kali ini majoritinya bertambah kepada 3238 undi. Calon BN, Ramli Mohd Nor memperolehi 12,038 undi, M Manogaran mewakili PH mendapat 8,800 undi, sementara dua calon Bebas, Sallehuddin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing mendapat 314 dan 276 u...lagi »

BN Menang, Ruangan Komen Kini Dipenuhi Kutukan Untuk PH

Eleh II pada EkELEH - 41 minit yang lalu
Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional(BN) Ramli Mohd Nor dengan majoriti 3,238 undi. -M Manogaran meraih (PH) – 8,800 undi -Sallehudin Ab Talib (Bebas) – 314 undi -Wong Seng Yee (Bebas) – 276 undi Sejak awal-awal lagi PH kini kelihatan kecundang di media sosial. Apabila tewas di Cameron […] The post BN Menang, Ruangan Komen Kini Dipenuhi Kutukan Untuk PH appeared first on EkELEH.

Mat Hasan: Kerjasama PAS faktor kemenangan BN

Minda Rakyat pada Minda Rakyat - 41 minit yang lalu
*Tanah Rata *- Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas presiden, Mohamad Hasan berkata kemenangan BN adalah hasil dari kerjasama dengan PAS. "Banyak faktor yang menyebabkan kita dapat mempertahankan kerusi parlimen Cameron Highlands. Antaranya faktor calon, faktor penyatuan ummah, gerak kerja dan kerjasama antara Umno dan PAS nampaknya membuahkan hasil yang amat baik. "Hasrat kita nak memperkasakan agenda penyatuan Melayu dan Islam bermula di Cameron Highlands. Dan ia juga satu referendum rakyat terhadap ketidakpuasan hati rakyat terhadap prestasi kerajaan PH," katanya kepad... lagi »
Fakta Mengerikan Kekuatan Tentera Turki Pasti Boleh Menggerunkan Musuh

 FAMILI CERIA

Apabila bercakap tentang negara dengan kekuatan tentera yang terhebat, jarang sekali orang menyebut nama negara Turki. Sedangkan negara ini boleh dikatakan agak luar biasa kekuataannya. Tidak ramai yang tahu, negara kepimpinan Erdogan ini berada pada kedudukan ke-lapan dalam dunia yang mempunyai kekuatan tentera terkuat, malah merupakan satu-satunya negara islam menurut Business Insider.

Jadi, apakah sebab apa tentera Turki masuk dalam kelas teratas tentera dalam dunia? Berikut disiarkan laicikang.com seperti dikutip dari boomastis.com lima sebab kenapa tentera Turki dikatakan antara negara yang mempunyai kekuatan tentera paling kuat di dunia.

*Artikel ini dikemaskini kali terakhir pada tahun 2017.

1. Jumlah Tentera Aktif Turki Cukup Banyak

Jika melihat data yang ada menurut Global Fire Power, jumlah anggota tentera Turki mencecah kira-kira 410 ribu orang. Jumlah ini boleh dikatakan sangat banyak dan jika dilihat dari rangkingnya, Turki menduduki kedudukan 14 negara dengan tentera terbanyak di dunia. Mereka mampu melawan negara-negara besar seperti Itali, Jepun, atau Arab Saudi.
Dengan jumlah tentera aktif yang sedemikian banyak, tentu ini jadi penyebab Turki itu kuat. Malah, walaupun kekuatan Turki jarang dilaporkan oleh media, Turki juga ternyata mempunyai banyak unit-unit khas yang kemampuannya sangat diakui.

2. Kekuatan Darat Tentera Turki Agak Menggerunkan

Jika dilihat dari segi kekuatan sistem pertahanan daratnya, Turki boleh dikatakan sebagai salah satu yang terbaik di Asia dan Eropah. Hal ini dilihat dari jumlah kenderaan tempur darat yang mereka miliki.
Jika dilihat dengan lebih teliti, Turki mempunyai sekurang-kurangnya 3778 buah kereta kebal yang sudah bersiap untuk berperang. Jumlah ini adalah yang tertinggi iaitu pada kedudukan ke-sembilan di dunia. Untuk kenderaan taktikal perang, negara ini mempunyai kira-kira 7550 dan menduduki tangga ke-tujuh terbanyak di dunia. Ini belum termasuk kenderaan pengangkut peluru berpandu.

3. Kekuatan Udara Turki Cukup Hebat

Turki bukan sahaja mempunyai kekuatan yang digeruni di darat, tetapi di udara. Mereka boleh dikatakan terlalu kuat jika dibandingkan dengan negara-negara tentera kelas dua. Tentang kekuatan pertahanan udara, dicatatkan Turki mempunyai kelengkapan yang cukup bagus.
Turki mempunyai kira-kira 207 jet pejuang, 64 helikopter tempur, serta kira-kira 439 pesawat pengangkut. Jika dilihat dari kedudukannya, Turki menduduki kedudukan ke-18 negara dengan jet pejuang terbanyak serta tangga ke-tujuh bagi negara pemilik helikopter tempur paling banyak.

4. Kekuatan Laut Turki Ternyata Luar Biasa

Tidak banyak yang tahu tentang kekuatan laut Turki. Oleh sebab itu, majoriti orang menganggapnya biasa-biasa sahaja. Sedangkan kekuatan laut Turki itu sangat luar biasa. Malah boleh dikatakan sebagai salah satu negara dengan keupayaan tentera laut paling digeruni di dunia.
Turki juga mempunyai kelengkapan laut yang sangat bagus. Mereka punya 16 buah kapal kapal fregat, 8 buah kapal korvet, serta kapal selam yang sejumlah 13 buah dan merupakan ke-sembilan terbanyak di dunia. Dengan gabungan jumlah pertahanan laut ini, Turki menjadi antara negara yang cukup ditakuti di lautan.

5. Bajet Tentera Turki Juga Tinggi

Ukuran kekuatan tentera bukan hanya pada jumlah tentera dan alat tempur saja, tetapi juga pembiayaan. Malah dana atau bajek boleh dikatakan adalah faktor paling utama daripada hal lain. Dan Turki adalah salah satu negara yang memperuntukkan bajet ketenteraan terbesar di Asia dan Eropah.
Jumlahnya sendiri cukup mengejutkan, iaitu kira-kira $18 bilion. Ini hanya peruntukan untuk sistem pertahanan saja, tentang kemampuan beli Turki juga luar biasa. Dana yang boleh dibelanjakan untuk tentera adalah kira-kira $ 118 bilion.

Inilah fakta mengenai kekuatan ketenteraan Turki. Antara negara lain yang turut termasuk dalam 10 negara besar terkuat itu adalah Jepun, Turki, Inggeris, Perancis, Jerman dan Korea Selatan.

Sumber : Laicikang


Tiada ulasan: