Jumaat, 15 Februari 2019

Cabang Talian Hayat. 9155.



HADI JUMPA MAHATHIR SEKALI LAGI
Malay | February 15, 2019 by |
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad di pejabat perdana menteri itu di Yayasan Al-Bukhari, Kuala Lumpur.

Pejabat Perdana Menteri memberitahu Malaysiakini, Abdul Hadi tiba di pejabat tersebut kira-kira jam 9 pagi dan kedua-dua tokoh berkenaan mengadakan pertemuan kira-kira 45 minit. 

Bagaimanapun setakat ini butiran pertemuan berkenaan belum dapat disahkan. Menurut sumber, pertemuan itu berlangsung ekoran permohonan daripada Abdul Hadi.

Ia adalah pertemuan kedua membabitkan Mahathir dengan salah seorang pengkritik tegarnya itu sejak beliau menjadi perdana menteri kali kedua Mei tahun lalu.
Pertemuan pertama berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Ketika itu Mahathir bertemu Abdul Hadi yang datang bersama Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan veteran PAS, Mustafa Ali.
Secara kebetulan pertemuan hari ini berlangsung ketika PH dan pembangkang bersiap sedia memulakan kempen secara rasmi bagi menentukan pemilik kerusi kawasan dewan undangan negeri di Semenyih esok.
Menurut sumber menyertai pertemuan tersebut ialah Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan Ahmad Samsuri.
Untuk rekod Takiyuddin dan Ahmad Samsuri boleh dianggap antara orang kepercayaan Abdul Hadi.
Menteri besar Terengganu itu pernah menjadi setiausaha politik Abdul Hadi dan diletakkan bertanding dalam PRU lalu di kerusi yang selamat, iaitu Rhu Rendang di Terengganu.
Kerusi DUN berkenaan sebelum ini diwakili Abdul Hadi.
– M’kini
Malaysia Chronicle

DR MAZA: BOHONG AMBIL DUIT, MANIFESTO TAK DITERIMA DALAM ISLAM

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam hanya membenarkan umatnya berbohong dalam perkara tertentu disebabkan faktor keselamatan.
Menurutnya, seseorang Muslim tidak berdosa jika berbohong dalam keadaan perang atau menyelamatkan orang daripada dizalimi.
“Bohong ini memang agama tak suka. Agama ini (Islam) bukan agama bohong, agama ini agama fakta. Tapi kalau bohong itu disebabkan keselamatan tertentu maka orang boleh bohong.
“Bagaimanapun, bohong selepas mengambil duit, bohong di manifesto tidak diterima dalam Islam,” katanya ketika menjawab satu soalan dalam rakaman kuliyah yang disiarkan di Facebooknya.
Walaupun soalan tersebut tidak merujuk mana-mana pihak, beliau dipercayai mengulas isu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang mengakui berbohong berkenaan isu rakaman audio yang dikaitkan dengannya.
Dalam rakaman itu, Nik Abduh mengaku menerima dana daripada Umno tetapi dinafikannya sebelum ini.
Menurut  Nik Abduh, dalam soal menjaga kerahsiaan parti perkara itu juga pernah diamalkan bapanya, allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika memimpin PAS.
Selain itu, Mohd Asri juga dipercayai merujuk kepada parti politik yang gagal mengotakan janji seperti terkandung dalam manifesto pilihan raya mereka sebelum pilihan raya umum ke-14 lalu.
“Nabi (Muhammad) kata bercakap benar itu bawa ke kebaikan. Kebaikan bawa pada syurga.
“Sesungguhnya, bohong membawa kepada kejahatan. Sesungguhnya, kejahatan membawa ke neraka. Sekiranya satu orang itu suka cakap bohong sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai pembohong. Sebab itu jaga, jangan sampai ditulis pembohong di sisi Allah,” tegasnya.
– M’kini
Malaysia Chronicle


OTAK RAFIZI SAMA TARAF POLITIK TEPI JALAN, KATA RAHIM

Bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik mencabar Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berdebat dengannya berhubung penyertaan bekas anggota parlimen Umno ke Bersatu.
Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang menyifatkan tindakan Bersatu menerima mereka seperti ‘mengutip sampah’ serta bertentangan kehendak rakyat yang menolak BN pada pilihan raya umum lalu.
“Otak seperti ini sama tarafnya dengan cara berpolitik di tepi jalan. Banyak kenyataan Rafizi memang rosakkan PKR dan PH (Pakatan Harapan). Itu sebabnya dia ditolak dalam pemilihan partinya yang lalu.
“Saya cabar dia untuk berdebat dengan saya tentang strategi PH. Setuju?” soalnya di Twitter.
Rahim berkata jika Rafizi menerima cabaran tersebut, beliau akan meminta ibu pejabat PKR menganjurkan debat berkenaan, selain dibuka kepada umum termasuk pihak media.
Beliau turut mempersoalkan tindakan parti-parti komponen PH menjaga ‘tepi kain parti lain’ walaupun berada dalam ‘satu perahu’.
“Mereka lebih sibuk nak halang ahli-ahli baru masuk Bersatu daripada menjalankan tanggungjawab untuk negara dan rakyat. Kerja bodoh!” katanya.
Dalam satu tulisan lain, Rahim membandingkan kenyataan beberapa pemimpin PH dengan timbalan presiden PRK Azmin Ali yang mengakui tujuh bekas anggota Umno itu dapat membantu usaha menambah keahlian Bersatu.
“Ia pamerkan ketokohan politik Azmin jauh lebih mantap daripada beberapa tokoh PH yang masih dalam kepompong lama.
“Tentulah ahli-ahli baru ini akan bekerja sekuat-kuatnya bagi mengukuhkan Bersatu. Memperkuat dan memantapkan Bersatu bermakna memperkasa PH. Jadi apa masalahnya?” soalnya.
Selasa lalu, Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad menerima penyertaan tujuh bekas anggota parlimen Umno di Putrajaya.
Ketujuh-tujuh anggota parlimen itu ialah Hamzah Zainudin (Larut), Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Latiff Ahmad (Mersing), Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Mohd Fasiah Mohd Fakeh Ermieyati Samsuddin (Masjid Tanah).
– M’kini
Malaysia Chronicle

PUTRAJAYA AKAN KAJI KEPERLUAN RCI, DR MAHATHIR

KERAJAAN akan mempertimbangkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi melihat dakwaan dibangkitkan dalam afidavit hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer mengenai ketidakadilan kehakiman, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Saya tidak akan berkata apa-apa. Jika ada RCI kami akan mengkaji cadangan itu terlebih dahulu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai desakan Hamid untuk menubuhkan RCI dan disokong oleh Persatuan Patriot Nasional (Patriot) dan peguam penasihat yang mengatakan RCI akan menjadi satu-satunya cara untuk mengetahui sekiranya hakim bercakap benar.
Hamid memfailkan afidavit menyokong permohonan peguam Sangeet Kaur Deo untuk mengisytiharkan ketua hakim negara gagal bertindak atas kes gangguan kehakiman.
Antara tuduhan yang menjadi perhatian apabila terdapat hakim tertentu membantu pihak swasta untuk menipu kerajaan.
Dua kes yang dinamakan ialah rayuan Anwar Ibrahim di mahkamah rayuan berhubung kes liwatnya dan kebebasan berhimpun oleh ahli politik PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.
“Mereka hakim yang berintegriti dan cekap di mahkamah rayuan serta mahkamah tinggi termasuk pesuruhjaya kehakiman.
“Mereka tahu tentang salah laku dan tidak hentikannya. Ia berterusan walaupun kerajaan sudah berubah,” katanya.
Malaysia Chronicle

PEGUAM LAPOR SPRM, SOKONG TUBUH RCI SIASAT SALAH LAKU KEHAKIMAN

PEGUAM dan wakil rakyat di Pulau Pinang memfailkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa agensi anti rasuah itu untuk menyiasat dakwaan Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer tentang salah laku kehakiman.
Selepas menyerahkan salinan afidavit Hamid yang menggemparkan kepada SPRM Pulau Pinang pagi ini, Ahli Parlimen Jelutong R.S.N Rayer berkata dakwaan itu sangat mengejutkan.
“Afidavit itu mendedahkan perkara seperti salah guna kuasa oleh bekas ketua hakim atau hakim-hakim ketika mereka membuat keputusan dalam kes seperti sabitan terhadap (bekas ketua pembangkang) Anwar Ibrahim dan (bekas pengerusi DAP) mendiang Karpal Singh,” katanya.
“Terdapat dakwaan salah guna kuasa dalam keputusan mahkamah yang membabitkan kontrak ditandatangani dengan kerajaan.
“Dakwaan ini amat mengejutkan kepada peguam. Mereka menjejaskan reputasi kehakiman dan mencetuskan pertikaian terhadap integritinya.
“Semua ini berlaku di bawah pentadbiran kerajaan zaman bekas perdana menteri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN), malah membabitkan beberapa menteri BN.
“Saya gesa SPRM untuk menyiasat. Amat penting untuk SPRM menyiasat dakwaan itu. Hakim yang terbabit perlu disiasat dan berdepan tindakan undang-undang sewajarnya.”
Rayer juga menggesa peguam di seluruh negara untuk membuat laporan pada pihak berkuasa untuk mendesak satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan Hamid.
Katanya, Hamid bukan hakim biasa, dan tuduhannya itu sangat terperinci.
“Beliau terkenal dan keputusan mahkamahnya sangat dihormati. Saya mahu membantu dan menyokongnya dalam memastikan integriti kehakiman terpelihara,” katanya.
Dalam afidavit difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hamid berkata bidang kehakiman ada satu pasukan yang bertugas memastikan kes tertentu berjalan mengikut apa yang kerajaan BN mahukan.
Afidavit Hamid sebagai sokongan kepada permohonan peguam Sangeet Kaur Deo untuk mengisytiharkan ketua hakim gagal bertindak terhadap dua insiden yang didakwa berlaku campur tangan kehakiman.
Hamid juga meminta RCI ditubuhkan bagi menyiasat salah laku kehakiman seperti didakwa itu.
Malaysia Chronicle

MAHATHIR NO LONGER BOTHERS TO HIDE HIS TREACHEROUS STREAK – IF HE CAN BETRAY SHAFIE, WHAT MORE ANWAR: WORRY ABOUT BERSATU, NOT UMNO – BUNG MOKTAR LAUGHS AT WARISAN CHIEF

BERSATU’S announcement that it will expand to Sabah ends months of speculation on whether the party is entering the state, said Parti Harapan Rakyat Sabah president Lajim Ukin.
Lajim said the party’s supreme council had made the right decision to bring Bersatu to Sabah as it is a pillar of Pakatan Harapan and therefore, very much needed in the state.
“We are thankful over this decision. I believe Sabahans, especially the Bumiputera Muslims and non-Muslims will choose Bersatu as the platform of their struggles, future and stability of politics in Sabah,”   he told The Malaysian Insight.
Lajim and former Sabah Umno liaison chief Hajiji Mohd Noor are among Sabah politicians who had supported Bersatu’s expansion to Sabah.
Lajim had earlier planned to distribute around 100,000 Bersatu membership forms to Sabahans as he plans to align the state chapter to the Warisan-led government.
This is opposed to Hajiji’s plan, who wants to align the state chapter with the Sabah opposition alliance, Gabungan Bersatu Sabah, which at present comprise Parti Bersatu Sabah and Parti Solidariti Tanah Airku.
Lajim said he was not sure why the Bersatu supreme council decided to enter Sabah, but said it can’t be to side with Hajiji as he wants to align Bersatu as a state opposition party.
When asked about leadership, Lajim said Bersatu should pick a capable and influential person to be the party’s Sabah chief.
Meanwhile, Parti Bersatu Sabah (PBS) president Maximus Ongkili insists that local parties are far better positioned to uphold the interests of the state.
“Sabah had seen Sabah Umno rule for over 20 years where many decisions done by the party’s national leaders lack impact on Sabah, and now Bersatu.
“It is important as Sabahans must unite and fight for their rights and the impact will be better if a Sabahan takes the lead through a state party like PBS,” he said.
Warisan should be worried about Bersatu, not Sabah Umno, says Bung Moktar
PARTI Warisan Sabah leaders will have more to worry than Sabah Umno when Bersatu sets foot in the state, said Bung Moktar Radin today.
The Sabah Umno chief dismissed Bersatu’s plan to enter the state and its impact on his party.
“It’s a good move for them (Bersatu), but it does not concern Umno. Maybe for others, especially Warisan.
“They (Warisan) will stand to lose more and I think they will be in trouble as there are already too many PH parties in the Sabah government,”   said the Kinabatangan MP.
Bung Moktar said Umno’s arrival in Sabah in the 90’s had decimated the then ruling party Parti Bersatu Sabah and its role in the state government.
Earlier, Dr Mahathir announced Bersatu will expand to Sabah after the matter had been decided during the Bersatu supreme council meeting today.
The move, he said, was not to oppose the Warisan-led state government and Sabah Chief minister Mohd Shafie Apdal, but to complement and strengthen them.
The decision came following the mass exodus of Sabah Umno members, including nine State reps and five MPs on December 12 last year.
Bung Moktar sees the exodus as the end of further crossovers of Umno members.
Last week, Sabah Umno finally completed the restructuring of the party following the departure of many senior leaders and is discussing with central Umno leaders over the extent of the party’s autonomy.
Sabah Umno has been given administrative autonomy and is allowed to make its own decisions in administration and memberships.
“With the autonomy from Umno in KL, I don’t see Bersatu could ever be a threat to Sabah Umno,” he said.
Bung Moktar also said it is still uncertain if Bersatu will be accepted in Sabah, given that Sabahans blame Dr Mahathir over his alleged role in the “Projek IC”.
Projek IC is a name given to the controversial citizenship for vote project targeted at illegal immigrants in Sabah.

PPBM KE SABAH BUKAN MAHU LAWAN SHAFIE, KATA DR M

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata keputusan PPBM mengembangkan sayapnya ke Sabah bukan untuk menentang Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, sebaliknya mahu menguatkan lagi kerajaan di Sabah.
Dr Mahathhir berkata dengan adanya PPBM di Sabah juga dapat menguatkan lagi Pakatan Harapan (PH) di negeri itu dan membuka peluang kepada bekas ahli Umno untuk sertai parti itu.
“Tak perlu pendapat atau persetujuan Warisan atau parti dalam PH. Kita nak pergi Sabah nak kuatkan kerajaan PH, PH menerima Warisan dalam kerajaan. Kita akan ke sana bantu, bukan untuk tukar kerajaan.
“Siapa sahaja di Sabah nak masuk PPBM, kita akan terima, terhad pada bekas ahli Umno. Kita terima mereka dengan syarat kita tapis secara individu, bukan kumpulan. Itu keputusan kita.

“PPBM tak terima ahli dari parti dalam PH seperti DAP, Amanah dan PKR serta Warisan,” katanya di sidang media Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, hari ini.
Selalu lalu, Dr Mahathir berkata persefahaman dengan Warisan mengenai kemasukan partinya ke Sabah bukan sesuatu yang tidak boleh diubah.
Beliau ditanya pemberita selepas Shafei baru-baru ini berkata PPBM tidak perlu ke Sabah, ketika spekulasi bertiup kencang selepas tindakan keluar pemimpin Umno Sabah.
Dr Mahathir juga berkata keputusan PPBM ke Sabahjuga disebabkan Warisan bukan parti dalam gabungan PH.
Beliau berkata PH menerima Warisan untuk memimpin Sabah juga merupakan satu perkara yang luar biasa.
“Warisan tak ada dalam PH kita terima seolah dia berada dalam PH dengan sokong ketua Warisan sebagai ketua menteri Sabah.
“Pemimpin Warisan juga telah dipilih, 3 wakil untuk menjadi menteri dalam Kabinet dan 2 lagi pimpinan Warisan jadi timbalan menteri,” katanya.
Dr Mahathir menegaskan, bagi bekas pimpinan Umno yang mahu menyertai PPBM di Sabah juga perlu melalui tapisan oleh PPBM.
“Ada 2 orang bekas Umno sebenarnya ingin jadi ahli PPBM dan untuk jadi ahli PPBM syarat mesti keluar Umno, dan itu sudah dilakukan.
“Mereka juga sudah jadi bebas sekian lama dan kita sedia terima tetapi kita terima dengan memilih latar belakang, pemohon, jadi kita buat keputusan untuk tubuh PPBM di Sabah.”
Kerajaan akan kaji RCI siasat salah laku hakim
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata kerajaan akan mengkaji gesaaan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hamid Sultan Abu Backer supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat salah laku dalam badan kehakiman.
Dr Mahathir berkata mana-mana cadangan untuk menubuhkan RCI perlu dikaji terlebih dahulu tetapi menegaskan beliau tidak berada dalam kedudukan untuk mengeluarkan pandangan mengenai perkara itu.
“Saya tidak ada dalam kedudukan untuk berkata perkara itu. Jika ada mana-mana cadangan RCI, kita akan kaji terlebih dahulu,” katanya.
Sebelum itu, Hamid mendakwa terdapat hakim tertentu membantu pihak swasta untuk menipu kerajaan.
Hamid berkata beliau bersedia untuk mendedahkan lebih banyak bukti jika RCI dibentuk untuk meneliti perkara itu, tetapi melahirkan rasa kesal apabila Ketua Hakim Tan Sri Richard Malanjum enggan berbuat demikian.
Lawatan PDRM tak wajar ditaja Da Ma Cai
Dr Mahathir berkata lawatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ke Turki dibayar oleh syarikat nombor ramalan, Da Ma Cai disifatkan sebagai tidak wajar.
Beliau menegaskan lawatan itu berlaku ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah kerajaan.
“Lawatan itu berlaku ketika sebelum kami (PH) memerintah. Lawatan itu bagus tetapi tidak wajar ditaja oleh Da Ma Cai.”
– FMT
Malaysia Chronicle

LAWATAN POLIS KE TURKI DILULUSKAN SEBELUM PAKATAN AMBIL ALIH, KATA PM

LAWATAN pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Turki diluluskan sebelum Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya lalu, kata Dr Mahathir Mohamad.
“Kelulusan diberi sebelum kita ambil alih Putrajaya. Walaupun hasrat itu baik, tetapi tajaan syarikat terhadap lawatan itu tidak wajar,” kata perdana menteri yang juga pengerusi Bersatu selepas mesyuarat parti itu di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur.
Terdahulu bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan berkata, tidak sesuai untuk pegawai polis menerima tajaan itu walaupun tujuan lawatan itu untuk mempelajari cara Tukri menangani masalah perjudian dalam talian.
“Di masa depan polis tidak sewajarnya menerima penajaan seperti itu kerana ia daripada syarikat penjudian yang mempunyai kepentingan sendiri.
Sebelum ini Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata, beliau memberi lampu hijau untuk lawatan itu kerana ia mendatangkan manfaat.
“Ia bukan tentang (beri peluang mengikut lawatan) kepada seseorang yang akan bersara tidak lama lagi. Kami tak berbuat demikian.
“Saya luluskannya sebab ia datangkan manfaat. Tetapi saya tak tahu berapa ramai pergi atau tiket apa yang mereka beli.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, wang untuk lawatan itu adalah daripada syarikat ramalan nombor Da Ma Cai dan diluluskan oleh Lembaga Penyelaras Malaysia.
Lawatan ke Istanbul itu melibatkan Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun dan 17 pegawai polis peringkat tinggi dilaporkan oleh Sarawak Report pada 10 Februari lalu.
Beberapa pegawai turut ditemani isteri.
Dalam laporan itu, kumpulan lawatan itu tinggal di sebuah hotel bertaraf lima bintang dan menaiki penerbangan kelas perniagaan.

FINAL DECISION ON ECRL AFTER MAHATHIR’S APRIL VISIT TO CHINA TO DISCUSS ‘ONE BELT, ONE ROAD’ INITIATIVE?

KUALA LUMPUR – Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said he will be heading to China in April, as part of Malaysia’s efforts to improve ties between the two countries.
He said the main focus of the trip will be to discuss China’s One Belt, One Road initiative.
“We will state our stand of course, which I have already said, it is in support of the initiative,” Dr Mahathir said during a press conference to announce Parti Pribumi Bersatu Malaysia’s entry into Sabah.
He said the visit is also to strengthen changing relationships between Malaysia and China, which he said has come a long way in the 45 years since diplomatic ties were formally established in 1974.
“China is different now. When we first established relations with them, they were a very poor country, a Third World country. Very backwards.
“But now they have made tremendous progress, and this now influences the relationship between us,” he said.
Dr Mahathir said principally Malaysia finds China to be its biggest and most valuable trading partner.
“They are also big investors in Malaysia. So our policy, of course is to maintain and improve the relationship between Malaysia and China,” he said.
– Malay Mail
Malaysia Chronicle

NAJIB’S REAL-LIFE ‘BOSSKU’ ROSMAH SAYS ‘NO’ TO AG TOMMY TRANSFERRING HER CORRUPTION CASE TO A HIGHER COURT

THE Kuala Lumpur Sessions Court was today told that lawyers representing Rosmah Mansor in her graft case involving a solar energy project in Sarawak objected to the prosecution’s application for a transfer to the high court.
Deputy public prosecutor Mohd Dusuki Mokhtar said this when the case came up for mention before judge Azman Ahmad.
Dusuki said the date to hear the application has been fixed for March 15.
“Since the application has yet to be resolved at the high court, I request another mention date.”
Azman then fixed March 20 as the new date.awyer Akberdin Abdul Kader, representing Rosmah, the wife of former prime minister Najib Razak, confirmed the matter, and told the court that the defence has submitted an affidavit to that effect, but has yet to receive a reply from the prosecution.
On November 15 last year, Rosmah, 67, pleaded not guilty at the sessions court to two counts of soliciting RM187.5 million and receiving RM1.5 million for the project to provide electricity to 369 rural schools in Sarawak.
She was charged under Section 16(a)(A) of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act, and faces imprisonment of up to 20 years and a fine of not less than five times the amount of the gratification, or RM10,000, whichever is higher, upon conviction.
Besides Akberdin, Rosmah is also represented by Jagjit Singh.
Present in court today were Najib and his son, Mohd Ashman.
Meanwhile, the prosecution in the case involving ex-Najib aide Rizal Mansor, who is facing four corruption charges related to the same project, is seeking a transfer to the high court, so that the case is tried jointly with Rosmah’s.
Former Federal Court judge Gopal Sri Ram, who is leading the prosecution, told high court judge Collin Lawrence Sequerah today that his team filed the application to transfer the case on Wednesday.
He told the court that the relevant documents under Section 51A of the Criminal Procedure Code have been handed to the defence.
– Bernama
Malaysia Chronicle






Tiada ulasan: