Kembara Mencari Redha
FacebookKisah benar: Azab dan hukuman kepada PEMIMPIN yang ZALIM
"Wahai Amirul mukminin, izinkan saya bertanya. Sudah berapa tahun Amirul Mukiminin memegang kuasa?" Tanya Umar Abdul Aziz tiba-tiba. "Sudah 20 tahun, mengapa?" Jawab Khalifah Abdul Malik.
Khalifah Abdul Malik terpegun mendengar pertanyaan itu. Tiba2 dia berasa insaf. Umar yang baru diberi kuasa, membuat banyak kebajikan, tetapi berlaku sebaliknya pula dengan dirinya sendiri. Tiba2 Khalifah Abdul Malik menangis.
"Wahai Umar, saya sudah tua. selama 20 tahun menjadi khalifah, saya akui banyak keburukan yang dilakukan daripada kebaikan. Sekarang saya sudah insaf. Saya mahu menjadi Khalifah yang baik." Kata Khalifah Abdul Malik.
"Wahai Amirul Mukminin, dosa2 yang kita lakukan pada Allah mudah diampunkan tetapi dosa-dosa kita pada manusia hanya diampunkan selepas mendapat kemaafan daripada orang yang kita lakukan dosa padanya."
"Wahai Umar, aku tidak faham apa maksud kamu?"
"Sekiranya kita pernah menzalimi manusia, kita mesti mendapat kemaafan daripada mereka yang kita zalimi bagi mendapat keampunan Tuhan. Sekiranya tidak, di akhirat kelak mereka datang mengadu kepada Tuhan mengenai kezaliman yang kita lakukan padanya"
Tiba-tiba khalifah Abdul Malik menangis.........
- Sumber dari Buku Umar Abdul Aziz Bayangan Khalifah al-Rasyidin, karya Abdul Latip Talib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan