Ahad, 3 Februari 2019

Menjejak redha Allah. 9107.



Facebook
Kembara Mencari Redha


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمدالله...شكور كفد الله، تريما كاسيه يا الله كران كامي ماسيه برنفاس فد هاري اين.

سموكا سموا براد دالم ليندوغن الله دان سيحت سجهترا

Ya Allah ya tuhan kami ampunilah segala dosa2 dan kesalahan kami, dosa2 kedua ibu bapa kami, saudara2 kami, sahabat2 kami dan ahli keluarga kami, permudahkan segala urusan kami, tunjukan kami jalan yg benar, berkati lah kehidupan kami di dunia dan akhirat...

آمــــــــــــــــــين آمينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Kembara Mencari Redha
Facebook
Tiada penerangan foto disediakan.
Suatu ketika ulama sufi Abu Yazid al-Busthami sedang berjalan sendiri di malam hari.

Lalu dia melihat seekor anjing berjalan ke arahnya. Namun ketika sudah hampir dekat, Al-Busthami mengangkat jubahnya kuatir tersentuh anjing yang najis itu.

Spontan anjing itu berhenti dan memandangnya. Entah bagaimana Abu Yazid seperti mendengar anjing itu berkata padanya,

“Tubuhku kering tidak akan menyebabkan najis padamu, kalau pun engkau merasa terkena najis, engkau tinggal basuh 7x dengan air dan tanah, maka najis di tubuhmu itu akan hilang. Namun jika engkau mengangkat jubahmu karena menganggap dirimu yang berbaju badan manusia lebih mulia, dan menganggap diriku yang berbadan anjing ini najis dan hina, maka najis yang menempel di hatimu itu tidak akan bersih walau kau basuh dengan 7 samudra lautan.”

Abu Yazid tersentak dan minta maaf. Lalu sebagai permohonan maafnya dia mengajak anjing itu untuk bersahabat & jalan bersama. Tapi si anjing itu menolaknya.

“Engkau tidak patut berjalan denganku, mereka yang memuliakanmu akan mencemoohmu dan melempari aku dengan batu. Aku tidak tahu mengapa mereka menganggapku begitu hina, padahal aku berserah diri pada sang Pencipta wujud ini, lihatlah aku juga tidak menyimpan dan membawa sepotong tulang pun, sedangkan engkau masih menyimpan sekarung gandum.”

Lalu anjing itu pun berjalan meninggalkan Abu Yazid.

Abu Yazid masih terdiam, “Ya Allah, untuk berjalan dengan seekor anjing ciptaan-Mu saja aku tak layak, bagaimana aku merasa layak berjalan bersama dengan-Mu, ampunilah aku dan sucikan hatiku dari najis..”

Sejak itu Abu Yazid memuliakan dan mengasihi semua mahluk Tuhan tanpa syarat.

“… Maka janganlah kamu mengatakan dirimu Suci.
Dialah yg paling mengetahui tentang orang yang benar-benar bertaqwa.” (QS. an-Najm: 32)

Subhanallah..
Semoga bermanfaat. Aamiin.


Antara rezeki yang teramat berharga pada zaman ini adalah memiliki sahabat-sahabat yang baik lagi soleh yang sentiasa mengingatkan akan akhirat.

Imam Hasan Al Bashri pernah berkata, “Saudara-saudara kami (yang soleh) lebih kami cintai daripada anak dan isteri kami. Keluarga kami mengingatkan kami akan dunia sedangkan saudara-saudara kami itu mengingatkan kami akan akhirat.”

Kembara Mencari Redha

Facebook
Imej mungkin mengandungi: gunung, langit, luaran dan alam
Kembara Mencari Redha

Dahsyatnya kalimat "subhanallah" !

Ketahuilah bahawa seluruh makhluk selalu bertasbih kepada Allah. Kerana tasbih itulah, maka setiap makhluk diberikan kelebihan dan keistimewaan oleh Allah. 


Yang banyak bertasbih, tentu kemuliaannya lebih tinggi berbanding dengan yang sedikit bertasbih. Kalimat itu sangat ringan bila diucapkan, tetapi berat dalam timbangan. Kalimat tasbih itu sangat mudah kita ucapkan, tetapi mempunyai kesan yang luar biasa dalam hidup kita.

Sungguh dahsyat kalimat tasbih, subhanallah, kerana kalimat tersebut dapat menghilangkan ketakutan, dan boleh menghapuskan dosa-dosa. 


Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang malam-malamnya digelisahkan oleh fikiran, kedekut untuk berinfak dan takut diserang musuh, maka banyak-banyaklah membaca Subhanallah Wabihamdihi, kerana kalimat itu lebih dicintai daripada menginfakkan segunung emas dan perak di jalan Allah. (HR.Thabrani )

Barangsiapa yang mengucapkan Subhanallah Wabihamdihi sebanyak 100 kali dalam sehari, maka kesalahannya dihapuskan walau sebanyak buih di lautan. (Bukhari dan Muslim)

Percayalah kepada Allah. Bacalah tasbih setiap kita selesai solat. Dahului tasbih sebelum kita berdoa. Mulakan dengan banyak membaca tasbih ketika memulakan suatu pekerjaan. 


Insya Allah anda tidak akan pernah kembali dengan tangan kosong selepas membaca tasbih. Allah pasti akan mengiringkan kebaikan bersama anda. Subhanallah. 

Ucapkanlah apabila anda melihat sesuatu yang luar biasa dan menakjubkan.
Asikin Asikin
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Salam sejahtera shbtku..
Manfaatkan bersama..😊
Air Mata Nabi Adam😢😢



Tahukah anda semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.😢

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."😢

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."😢

Apa Yang Akan Ditanya :-
Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?😢

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.😢

Apabila ditanya cahaya apakah ini ?. Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.😢

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.😢

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."😢

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.😢

Malaikat Jibril bertanya :
Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari ?"
Huraisy pun menjawab,  "Aku mahu mencari lima orang. 😢
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. 
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia
di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat, Insha'Allah .
Facebook
Amalkan setiap hari. Insya’allah tidak akan ada benda yg akan memudaratkan diri kita kecuali dgn izin ALLAH swt

Ilmu utk dikongsi bukan utk disimpan 😊

“Jangan kedekut ilmu kerana sebaik-baik manusia adalah manusia yg memberi manfaat kpd org lain”

Imej mungkin mengandungi: teks



Tiada ulasan: