Ahad, 3 Februari 2019

PAS tewas kepada Sarawak Report... 9105.


Image may contain: 1 person, smiling, text
03 February 2019

Hadi tarik saman ke atas Clare saat perbicaraan kan mula...

Image may contain: 1 person, eyeglasses, beard and text
PAS tewas kepada Sarawak Report...
Dalam satu tindakan mengejut dan tiba-tiba, Presiden Pas Hadi Awang dilapor menawarkan penyelesaian luar mahkamah dalam saman yang difailkannya terhadap Sarawak Report. Penyelesaian luar mahkamah yang diterima dan disambut baik oleh Sarawak Report itu secara muktamadnya memutuskan:-

Hadi Awang menarik balik tuntutan terhadap defendan;

a. Clare Rewcastle selaku defendan menarik balik tuntutan balas terhadap Hadi Awang;

b. Tiada perintah berkaitan kos; dan

c. Kedua-belah pihak adalah tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian itu. Penjelasan mengenai penyelesaian luar mahkamah ini terkandung dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Hadi Awang, Syahir Sulaiman.

Kepada yang mungkin terlupa, saman yang difailkan oleh Hadi Awang terhadap Sarawak Report dan Clare Rewcastle Brown adalah berhubung laporan portal tersebut yang mendakwa Pas menerima RM90 juta daripada Najib Razak.

Wang tersebut dikatakan diterima oleh Pas berikutan kesediaannya berbaik-baik dengan Najib dan UMNO menjelang PRU14 yang lalu. Sebagai tindakan menafikan pernah menerima wang tersebut, Pas dan Hadi Awang telah memfailkan saman fitnah di mahkamah London terhadap Sarawak Report dan Clare Rewcastle Brown.
No photo description available.
Saman tersebut sudah pun berjalan, malah sebagai usaha membiayai yuran guaman yang dilaporkan mencecah jutaan ringgit, kutipan derma daripada ahli-ahli Pas telah pun digerakkan bagi tujuan itu.

Dalam beberapa kenyataan oleh beberapa pemimpin Pas kemudiannya, mereka juga melahirkan keyakinan dapat memenangi saman tersebut kerana kononnya ia adalah fitnah yang terang lagi nyata.

Tetapi, apa sudah jadi dengan penyelesaian luar mahkamah yang dilakukan oleh Hadi secara tiba-tiba ini? Jika sejak awal begitu yakin dakwaan Sarawak Report itu suatu fitnah, mengapa meminta penyelesaian luar mahkamah?

Apakah Pas tidak yakin lagi untuk memenangi saman tersebut? Adakah Pas sudah tidak mampu membiayai yuran guamannya dan tidak mahu terus membebankan ahli-ahlinya dengan kutipan derma demi kutipan derma?

Ataukah kerana hubungan kerjasama Pas dengan UMNO sekarang sudah menjadi bukan lagi rahsia, maka Hadi Awang beranggapan tiada keperluan lagi meneruskan saman? Habis, bagaimana dengan dakwaan menerima wang RM90 juta itu?
Walaun kena kencing tin MILO...
Yang menghairankan di sini ialah penyelesaian luar mahkamah itu tidak terkandung sama sekali apa-apa persetujuan yang menghendaki Sarawak Report menarik balik laporan atau memohon maaf kepada kepada Pas dan Hadi Awang berkaitan dakwaan menerima wang RM90 juta daripada Najib itu.

Secara langsung bererti laporan Sarawak Report berkenaan dengan dakwaan RM90 juta itu adalah kekal  berada dalam talian dan boleh dibaca oleh sesiapa juga sehinggalah ke hari kiamat nanti.

Secara tidak langsung dari segi tanggapan umum, dengan tindakan menarik balik saman ini,  ia bermakna Sarawak Report dianggap menang, manakala Pas telah kalah, tewas dan kecundang dalam perjuangannya menegakkan kebenaran berhubung dakwaan menerima wang RM90 juta daripada Najib.

Hadi Awang, melalui penyelesaian luar mahkamah ini jelas dilihat tidak sedia dan tidak mampu mempertahankan hujah bahawa beliau dan Pas tidak pernah menerima wang tersebut dan keadaan ini tentunya akan memerangkap parti itu dalam pelbagai andaian yang berterusan berkaitan dengan penerimaan wang tersebut. - ShahbudinHusin 
Sapa yang tarik balik tu Eddy?...
Ramalanku benar belaka...
Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata beliau sudah menjangkakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang akan menarik balik saman fitnah terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Hanipa yang juga merupakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas keputusan Abdul Hadi menyelesaikan kes saman yang difailkan pada 2017 itu di luar mahkamah.

"Dari awal saya dah ramal beliau akan tarik balik saman itu.

"Nampaknya betul ramalan saya kali ini. Kenapa saya ramal begitu, maaf tak boleh cakap di sini," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Tambah Hanipa, kes berkenaan yang ditarik balik tanpa perintah membayar kos bererti segala bayaran yang dibayar kepada peguam Abdul Hadi tidak akan dipulangkan. Selain itu, kata Hanipa, dengan perkembangan terbaru berhubung perkara itu, laporan yang disiarkan Sarawak Report tidak boleh dikatakan fitnah.

"Bila kes tak jalan dan ditarik balik maknanya itu bukan dikira menang. Bila tak menang maknanya tak boleh kata apa yang disiarkan oleh Sarawak Report adalah sebagai fitnah.

"Apatah lagi dalam terma penyelesaian yang saya baca, tiada pun sebaris ayat Sarawak Report tarik balik tuduhan atau minta maaf yang mungkin boleh ditafsir sebagai satu concession atau pengakuan apa yang disiarkan oleh Sarawak Report adalah fitnah.
Rakaman audio Nik Abduh yg telah disahkan sebagai audio tulen dari suara beliau 
oleh pihak Forensik di UK sebagai persediaan bukti melawan saman Hj Hadi.

"Bila tarik balik kes dalam keadaan sebelum ini dilapor media audio "ana tahu" tidak dibantah jadi keterangan ia menimbulkan spekulasi bahawa isi audio itu mungkin sahaja tiada yang lain kecuali benar belaka," katanya merujuk rakaman suara yang didakwa sebagai 'bukti' penyaluran wang oleh Umno kepada parti itu.

Terdahulu, Setiausaha Politik kepada presiden PAS, Syahir Sulaiman yang memaklumkan perkembangan saman fitnah itu berkata, antara penyelesaian luar mahkamah yang dibuat adalah Abdul Hadi Awang menarik balik tuntutan terhadap Clare.

Sementara Clare sebagai defendan menarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi. Ketika dihubungi Malaysiakini awal hari ini, Clare berkata, dengan penyelesaian luar mahkamah itu, rencana yang menjadi pertikaian dalam kes saman itu tidak akan ditarik balik.

Rencana yang disiarkan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 itu merupakan subjek pertikaian dalam kes saman yang difailkan Abdul Hadi  pada 21 Apr 2017. Rencana itu mendakwa pemimpin PAS menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno. PAS bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menyaman Sarawak Report.

Perkembangan terbaru ini hadir meski awal bulan lalu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad membuat rayuan kepada anggota dan penyokong parti itu supaya menghulur derma bagi membantu menyelesaikan kos guaman saman Abdul Hadi itu.

Mengulas lanjut, Hanipa berkata, dengan penyelesaian luar mahkamah itu, ahli PAS yang mahu kes itu terus dibicarakan akan kecewa.

"Saya rasa ahli PAS yang mahukan kes itu dibicarakan tapi nampak kini harapan hanya tinggal harapan. Tak apa derma untuk perjuangan Islam atas ruh wala' akan dikira satu amalan baik," katanya. - mk
Penjelasan isu 90juta Affin Bank oleh Dato Husam Musa
Image may contain: 1 person, smiling, text
S'wak Report editor pleased article 
on PAS' RM90m stays despite settlement..
Sarawak Report editor Clare Rewcastle-Brown said today that she is satisfied with the settlement in PAS' defamation suit, noting that the article over which she was sued remains unaltered and unretracted.

"I want to thank all the people who supported me in standing up to this attempt at legal bullying by PAS.

"I stood my ground and the article remains online and unaltered, despite the attempts to silence and discredit me before the last election.

"I could not be more satisfied with this outcome, although it would have been good to have seen them all in court," she told Malaysiakini.

Rewcastle-Brown said she regarded the settlement as a "total victory and vindication," but said she cannot reveal its terms, as both parties agreed to keep it confidential.
Image may contain: 2 people, text
The Sarawak Report editor, who first broke the story of the 1MDB scandal, claimed in the Aug 6, 2016 article that Najib was wooing PAS ahead of the general election, and that RM90 million had flowed into the accounts of its top leaders.

Hadi then sued Rewcastle-Brown for libel in London on April 21, 2017 over the allegation that his party received the RM90 million to ensure the party's support for BN and Umno.

With the article still intact, it appears to not have been part of the settlement.

Hadi's political secretary Syahir Sulaiman earlier today said he had consented to undisclosed terms of the settlement with Rewcastle-Brown.

"It is informed that Hadi has made a decision to finalise an out-of-court settlement through a consent order dated Feb 1 at the London High Court of Justice, Queen’s Bench Division," he said in a statement today.

Syahir added that Hadi also consented to withdraw his claims against Rewcastle-Brown, as the defendant was said to have similarly withdrawn her counterclaims. No order was made as to costs. - mk
Hadi's Lawyers Accept Nik Abduh Recording Is Genuine After All
Image may contain: 1 person, text




Image result for dr.m n anwar
cheers.
tumpang sekole...?: Hadi tarik saman ke atas Clare saat perbicaraan kan mula...

02 February 2019

Ijab qabul UMNO-PAS buka ruang PH kuasai Pantai Timur...


Kerjasama kian akrab antara UMNO dengan Pas diyakini akan membuka ruang baharu kepada Pakatan Harapan khususnya PKR untuk menguasai seluruh Pantai Timur dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan kaji selidik, senario itu akan mengubah pola politik terutama di Kelantan dan Terengganu untuk rakyatnya membuat pilihan dengan mengundi PKR kerana pengundi Melayu tidak begitu `senang’ atau selesa dengan kerjasama UMNO-Pas.

“Dinamis politik berubah dengan cepat dan saya jangka UMNO dan Pas akan jadi lebih rapat, besar kemungkinan akan ada kerjasama rasmi. Apabila ada (kerjasama rasmi), ia akan ubah pola politik terutama di Kelantan dan Terengganu kerana ia tak pernah berlaku sebelum ini.

“Jadi kita kena semak balik pemahaman kita bagaimana pengundi di dua negeri itu buat pilihan politik. Sebab itu saya jangka kalau itu berterusan akan ada satu peralihan undi yang secara automatik ke arah pakatan kerana akan ada kalangan UMNO dan Pas kurang selesa, begitu juga (kurang selesa) sebahagian besar pengundi atas pagar,” katanya.

Related image

Rafizi menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas program Reformasi 20 Tahun di sebuah hotel di sini malam tadi dalam siri jelajah menjelang pemilihan parti itu di mana beliau sendiri akan bertanding Timbalan Presiden PKR pada 14 September ini.

Terdahulu itu, ketika berucap, Rafizi mengulas perkara sama bahawa senario politik sekarang ini sudah berbeza di mana rakyat Kelantan dan Terengganu akan memilih PKR dengan meletakkan tanggungjawab kepada PKR sebagai tunjang dalam PH.

“Dulu (di Terengganu dan Kelantan), Pas lawan UMNO dan rakyat akan pilih yang mana satu. Tapi sekarang sudah lain. Mula-mula `risik’, kemudian `bertunang dan bersanding’. Selepas ini kerjasama Pas dengan UMNO akan ada `anak’ pula.

“Dengan ini, orang Terengganu (dan Kelantan) akan pening, mereka nak undi yang mana. Sebab itulah dalam PRU akan datang di Terengganu dan Kelantan, mereka akan berdepan senario politik berbeza kerana orang yang jiwa serta tradisinya tak mahu undi parti sedia ada, dia akan pusing sebab nak undi UMNO atau Pas, mereka dah tak suka,” jelasnya. – UM
Related image
Politik maufakat,orang 
Melayu tak boleh terima...

Sama ada kajian yang dijalankan oleh Ilham Centre bersama Penang Institute yang menyimpulkan 60% orang Melayu kurang selesai dengan prestasi kerajaan PH, tepat atau sebaliknya, dapatan itu perlu diberi perhatian serius oleh pihak PH dan mencari solusi terhadapnya.

Dapatan itu diperolehi daripada kajian ke atas 2,614 responden bagi tempoh 24 Oktober hingga 24 Disember 2018. (Mungkin angka itu sudah berubah kini dengan ada beberapa pendekatan dan rancangan dilancarkan kerajaan?)

Menurut badan itu antara perkara yang tidak disenangi orang Melayu ialah melihat kerajaan kerajaan PH dipengaruhi oleh DAP. Tampaknya DAP menjadi masalah kepada orang Melayu untuk tidak mudah menerima PH.

Memang DAP menjadi isu sejak awal dan terbawa ke hari ini Berbagai penjelasan secara sains politik, fakta dan sejarah dibuat namun ia tidak menuntaskan persepsi ini. DAP menjadi barah kepada kerajaan PH.

Apa yang tergambar daripada sikap Melayu (60%) ini adalah mereka yang tidak boleh terima politik muafakat antara kaum di negara ini. Prejudis terhadap DAP (Cina) begitu menebal dalam dada orang Melayu. Ia tidak boleh dipersalahkan, selagi orang Melayu tidak disekolahkah dengan politik multiracial dan keluar dari kepompong kaum, maka persepsi itu tetap kekal selamanya.

Pengekalan sikap ini memberi risiko kepada kerajaan yang dibentuk oleh mana-mana komponen sekali pun. Tampaknya pembentukan kerajaan negara ini melalui demokrasi bukan mudah diterima. - MSO

Anwar mungkin ada 
penawar untuk Melayu...

Apakah keresahan bangsa Melayu waktu ini kepada perjalanan kerajaan PH akan dapat diredakan sekiranya Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri? Apakah Anwar akan lebih concern kepada pemasalahan yang berkaitan dengan Melayu?

Sekiranya Anwar boleh mencari jawaban atau penawar mujarab menyelesaikan masalah ini, kenapa kita harus rasa confius kepadanya? Beliau seharusnya diberi laluan dengan selamat dan peralihan jawatan PM daripada Dr Mahathir dibuat secara tertib?

Jika semua berfikir begitu, ikhlas pula kepada konsensus atau janji politik untuk apa kita membuka celah untuk mewujudkan pertembungan di antara pemegang jawatan itu sekarang dengan beliau. Kenapa harus ada tokoh lain yang mula didewakan untuk menafikan hak Anwar?

Saya optimis iklim dan suasana politik termasuk berkait dengan Melayu akan reda dan Melayu boleh aman apabila Anwar menjadi PM. Sebagai orang yang telah lama mengimpikan jawatan itu tentu Anwar telah bersedia, bukan sahaja dengan mental dan fizikal tetapi pelan perubahan dan reformasi menyeluruh untuk Malaysia baru yang ideal.- MSO
We lost by-election due to PAS 
working with 'kafir' party...

Pakatan Harapan chairperson Dr Mahathir Mohamad has attributed BN's Cameron Highlands by-election victory to the cooperation between former rivals PAS and Umno.

Speaking to reporters after chairing the Harapan presidential council meeting in Putrajaya today, Mahathir took a jab at both parties by recalling how PAS president Abdul Hadi Awang had referred to Umno as "parti kafir" (infidel party) in the 1980s.

"We started the meeting with discussions about the Cameron Highlands by-election and the (upcoming) Semenyih by-election.

"The reason behind their victory, we believe, was because of the coalition between the parti Islam (PAS) and parti kafir Umno," he said.

Mahathir quickly added that the "infidel" label didn't come from him as it was a term which PAS once used.

"I did not say that. That is what PAS had said (before) that Umno is kafir," he said.

BN's Ramli Mohd Nor won by the Cameron Highlands by-election with 56.06 percent of the vote share, while Harapan's M Manogaran secured 40.77 percent of the vote.

PAS did not participate in the by-election and instead opted to campaign for the BN candidate. Polling data suggested that most of the Cameron Highlands voters who voted for PAS in 2018 backed BN this time around.


On a more serious note, Mahathir said Harapan was anticipating Umno and PAS to continue cooperating for the March 2 by-election, but he was confident that Harapan will win this time around.

"We believe that we can win in Semenyih, unless Umno and PAS do something extraordinary".

The by-election will most likely see candidates from Umno, representing BN and Bersatu, representing Harapan.

The Semenyih state assembly seat was won by Bersatu's Bakhtiar Mohd Nor during the 14th general election. The seat was declared vacant following his death on Jan 11.

In expressing Harapan's confidence for Semenyih, Mahathir said the coalition, however, was aware that it won the seat with a small majority.

"Harapan won (the seat) in GE14 not with an 8,000 vote majority but only by about 1,000. So we are aware that we only had a slim majority then and we have laid out a plan to overcome this," he said.

He added that Harapan won the Semenyih seat because of voter dissatisfaction with BN though now voters have shifted their attention to all the successes achieved by Harapan since they took over Putrajaya.

The ruling coalition, he said, would go into the by-election telling voters of these successes as well as their future plans.


'Harapan still commands Malay support'
Mahathir also dismissed a recent survey which claimed that nearly 60 percent of Malays surveyed were not happy with the performance of the Harapan government.

Saying that many Malays still supported Harapan, he said the survey was only an assessment by the opposition and "part of their campaign to denigrate us".

The survey conducted by jointly by pollster Ilham Centre and think-tank Penang Institute claimed that 54.4 percent of Malay respondents did not believe that the government was serious about the “Malay agenda”.

It also said that more than 60 percent of the 2,614 Malay respondents believed that non-Muslims were now in control of the government and DAP was calling the shots in Putrajaya.

"I have talked to many Malays, but this is an assessment by opposition parties as part of their campaign to denigrate us. Not 60 percent. There is a small percentage, yes, but not 60 percent," said the prime minister.

Mahathir's dismissal of the survey, however, was not in line with that of his deputy Dr Wan Azizah Wan Ismail who earlier today said that the government should take note of the findings.

She told reporters the government must "listen to the woes and opinions of the rakyat, and take steps to see if (their perception) is real or imagined".

 

Meanwhile,Dr Mahathir Mohamad said his predecessor Najib Abdul Razak should have implemented the very things that the latter was now asking Pakatan Harapan to do.

"Why didn't he do all those things he asked us to do when he was in power?" asked Mahathir, after chairing the Harapan leadership council meeting today.

"If he had done all those things he asked us to do, he would still have been the prime minister."

In recent months, Najib had reinvented himself as a humorous government critic and recently created the new laidback "bossku" persona for himself to dilute his air of aristocracy.

When asked on this, Mahathir acknowledged that Najib appeared to be gaining a following but the premier attributed this to novelty.

"It seems like he is gaining popularity on social media because he provides a lot of stories," he said, while dismissing suggestions that Najib had a hand in BN's victory during the Cameron Highlands by-election.

Mahathir also repeated accusations that Najib was a "kleptocratic dictator" while in power, who would lock up dissidents and paraded them to the public in jail garb.

"We allow him to go around making speeches, pay his bills and all that. So, this shows that we are a fair government," he said. - mk
Apalah Pak Lebai ooi, kalu lantik Lim Kit Siang 
bolehlah bantah,tapi ini seorang Melayu dan Ustaz pula...

 Ini kot calon paling layak direstui UMNO/PAS 
sebagai ahli lembaga pemegang amanah Yadim. 
Depa bantah pilih calon Melayu DAP anggotai Yadim...
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
Image may contain: 1 person, text

Image may contain: outdoor and text

Image may contain: 1 person, text
Image may contain: 1 person, text that says 'SIAPA BUNUH ALTANTUYA'

Image result for dr.m n anwar
cheers.
tumpang sekole...?: Ijab qabul UMNO-PAS buka ruang PH kuasai Pantai Timur...

01 February 2019

Hutang ECRL dan Opera China...

Related image

Malaysia adalah lebih jauh lebih maju dan progresif daripada negara-negara Islam yang lebih besar dan kaya. Tetapi yang benar-benar membezakan Malaysia daripada negara Islam yang lain sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa adalah keberanian kita mengambil pendirian dalam isu-isu utama dunia.

Di bawah kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad mulai awal tahun 1980-an, keberanian kita berhujah dan menawarkan kepemimpinan dalam forum antarabangsa telah mendapat pengiktirafan global. Inilah antara punca yang menyebabkan negera-negara raksasa seperti China dan Amerika berhati-hati dalam perhubungan dengan Malaysia, khususnya apabila Dr Mahathir kembali menerajuinya.

Macam mana marah pun mereka kepada beliau kerana dianggap “recalcitrant” – dalam bahasa yang mudah keras kepala – namun mereka mengakui bahawa suara beliau mempunyai pengaruh ke atas pendapat antarabangsa.

Dalam konteks projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang masih hangat dibincangkan walaupun di peringkat rasmi telah dikunci mulut, kita terpaksa mengambil tindakan tegas dan bijaksana walaupun tujuan kita bukan sekali-kali menghukum atau memalukan China.

Kita sekadar mengatakan dengan ikhlas bahawa kita tidak mampu menanggung beban hutang membina landasan itu dan membiayai penyelenggaraannya selepas itu. Sebelum ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu, kerajaan BN telah membuat komitmen kepada kerajaan China untuk berhutang RM55 bilion untuk membina ECRL dan memberikan kontrak pembinaan kepada syarikat milik kerajaan China.

Sekarang sudah pun diketahui umum bahawa pinjaman RM55 bilion itu bukan semata-mata untuk membiayai ECRL tetapi juga untuk menolong menampung hutang dan penipuan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Segala beban hutang, penipuan dan pembaziran zaman bekas Perdana Menteri, Datuk Mohd Najib Abdul Razak,kini menjadi beban dan tanggungjawab kerajaan Pakatan Harapan (PH).


Masalah ECRL

Walaupun bukan sekali-kali tujuan kita bermusuh dengan China atau juga mana-mana negara namun kepentingan negara dan rakyat jelata adalah lebih utama. Matlamat kerajaan PH dalam isu ECRL ini adalah untuk meringankan beban hutang negara sebanyak yang mungkin.

Maka dalam perkiraan kerajaan PH adalah lebih baik menamatkan projek itu dan membayar ganti rugi kepada China atau kalau terpaksa dilaksanakan juga ialah hendaklah dengan kos dan syarat yang lebih ringan.

Ada sumber berkata, walaupun hutang projek itu sekarang RM55 bilion tetapi apabila diambil kira kos dan tanggungan jangka panjang ia mungkin mencapai RM100 bilion atau lebih. Masalahnya sekarang kita sudah disedut masuk ke dalam geopolitik China. Kita dalam dilema ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Kita memerlukan pasaran China untuk barang-barang dan perkhidmatan kita manakala China pula takut pembatalan ECRL akan berjangkit kepada negara-negara lain yang mempunyai perjanjian yang sama dengannya.

Rasanya dunia lebih mengambil berat perhubungan dengan kita sejak Dr Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri.

Selain rundingan di belakang tabir, China baru-baru ini melancarkan apa yang saya istilahkan sebagai “diplomasi opera”. China terkenal dengan opera atau di negara kita disebut  wayang Cina.

Kedutaan China di Malaysia dilaporkan telah merakam dan mengedarkan sebuah lagu bagi memperingati 45 tahun perhubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara. Saksi video di atas.

Di dalam dunia di mana diplomasi dan ekonomi tidak dapat dibezakan serta dipisahkan, kita tidak ada pilihan selain mencari jalan keluar terbaik tanpa menjejaskan air muka, menoda kedaulatan dan membebankan kewangan negara.

Apa pun kesudahan kepada episod ini, pengajaran dan iktibarnya amat jelas, iaitu di tangan sebuah kerajaan, sebuah parti politik dan seorang pemimpin yang korup, negara boleh menjadi muflis, tergadai dan terjajah.

Maka di bahu siapa pun terpikul tanggung jawab untuk menyelesaikan kemelut ECRL ini, diharapkan bahawa penyudahnya biarlah negara tidak muflis, bumi tidak tergadai dan negara tidak dijajah. - a.kadir jasin
Image result for pendakwah bebas yang tersohor dengan panggilan ‘Ayah Lie’

Image may contain: 3 people, people standing
Shock attempt to harm Guan Eng 
by man clad in white jubah...

Police have arrested a man tonight after he behaved suspiciously at an event attended by Finance Minister Lim Guan Eng. The incident occurred as Lim was leaving the closing ceremony of the 8TV Chinese New Year Grand Bazaar at KL Sports City in Bukit Jalil.

It is understood the man, clad in a white jubah robe and appearing to be in his late 20’s to early 30’s, stood several metres from where Lim and his delegation were exiting. Police noticed him behaving suspiciously and asked him what he was holding when they spotted his hand on his left hip, appearing to conceal something.

The suspect refused to answer and became hostile when asked, and was heard telling the police officer: “Benda aku” (my thing). He subsequently acted aggressively towards the officer, to the point where he was yelling directly in the officer’s face.

The police, having failed to calm the suspect down, attempted to take him into custody. He was pinned down onto the ground before a crowd of onlookers.

As he was being detained, the suspect began yelling incoherently. He was then taken into a police kiosk for questioning, before being brought to a nearby station in a police cruiser for further investigation.
Guan Eng hampir diserang...

Lelaki yang ditahan kerana membuat provokasi secara lisan terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, di tempat letak kereta Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini, malam tadi didapati positif ganja. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata lelaki tempatan berusia 23 tahun dan berasal dari Puchong dekat sini itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“Ujian saringan air kencing ke atasnya mendapati suspek positif ganja. Dia direman selama tiga hari sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan motif kejadian itu masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, Guan Eng, yang baru selesai merasmikan Majlis Penutup 8TV CNY Grand Bazaar, sedang bergambar dengan orang ramai dan ingin masuk ke keretanya, sebelum seorang lelaki berjubah putih tiba-tiba menjerit ke arahnya. Lelaki itu juga dilihat seperti memegang sesuatu yang terselit di pinggangnya dan memarahi pasukan keselamatan yang cuba mengambil barang terbabit.

Keengganan lelaki itu bekerjasama dengan pihak keselamatan selain berterusan membuat provokasi menyebabkan polis terpaksa menangkapnya bagi mengawal keadaan. Suspek dikatakan terus melawan serta melaungkan takbir beberapa kali sambil bercakap dalam bahasa yang tidak dapat difahami. - f/bk
Image may contain: one or more people and indoor
No to UMNO/PAS flying theMalay card,just focus on making the people's lives easier...

Many people have been analyzing the results of Cameron Highlands by-election, and have concluded that the outcome was not due to a single factor. Most importantly, those on opposite sides of the political divide must not be misguided by the wrong messages.

A major reason for BN’s victory is because PAS contributed the fundamental support (the party won 3,587 votes in GE14). Some who supported BN have indeed voted for Pakatan Harapan in this by-election, and BN would not have cliched an easy win without PAS supporters’ votes.

Many say Umno has lost the last general elections because of the vote-splitting three-cornered fights it created, and that one-on-one fight is stlil the best strategy ever. Having won in Cameron Highlands, Umno and PAS are poised to join hands again in Semenyih and the next general elections in a bid to recapture Putrajaya with the help of Malay votes.

Nevertheless, PAS’ influences are largely confined to the east coast of Peninsular Malaysia and to a lesser extent in the northern region. The party hardly makes a dent in the central and southern regions. As such, the Umno-PAS collaboration will only work in the east coast and north, and will hardly have a chance in Semenyih or GE15.

Cameron Highlands falls within PAS’ east coast scope of influence, and the Jelai state assembly seat under it with a large number of Felda settlers is menteri besar Wan Rosdy Wan Ismail’s constituency. It is therefore within expectation that Umno would win in this traditional stronghold. It is difficult for Umno and PAS to make any significant inroads in urban and semi-rural areas.

Sure enough Umno-PAS collaboration will put some pressure on PH for the simple reason they command more than half of all Malay votes. Another reason for PH’s defeat is the low voter turnout among Chinese and Indian voters and the coalition’s failure to win more Malay votes.

Related image

Why have Chinese and Malay voters stayed away from the poling booths? PH might claim that outstation voters were unwilling to return to Cameron Highlands merely weeks before Chinese New Year. Or perhaps many simply feel that the by-election outcome would not change the big picture anyway.

However, we cannot rule out the possibility that many refused to vote because they were unhappy with the new government for its lackluster performance as well as its failure to honor its election pledges.

DAP should not be contented with the fact that Chinese votes have not swung towards BN. PH will lose if its supporters remain reluctant to vote, particularly in tightly-fought battles. PH must not ignore the promises it has made to non-Malays just because it wants to take care of the feelings of the Malays.

It should instead look seriously into why it has been defeated in Cameron Highlands. In no way should it lean towards racism and religionism just because it wants to fight Umno-PAS. The improved support for PH in Cameron Highlands shows that BN is not a sure bet there.

I believe rural voters and Felda settlers may also swing in favor of PH. The ruling coalition can relieve the sense of insecurity and fear among the Malays if it manages to address their day-to-day problems and boost the prices of commodity products. Frustration among rural folks give the opposition parties a good chance to strike and play up the racist and religious game.

Similarly, Umno and PAS mustn’t think that they have won the hearts of voters and can continue to manipulate sensitive religious and racial issues after winning Cameron Highlands, as this will make them more difficult to win over non-Malay voters, including those from East Malaysia. - f/bk

Image may contain: one or more people and text
Israel bar orang takpa, kita bar depa,
dia riuh satu dunia.


Image may contain: text
Image may contain: drawing


Image result for dr.m n anwar
cheers.
tumpang sekole...?: Hutang ECRL dan Opera China...



Tiada ulasan: