Ahad, 10 Februari 2019

Pentingnya kesedaran ruang dalam kehidupan harian. 9135.


Ilmu Pengetahuan - Mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan harian. KESEDARAN RUANG - Posted by Zaireey Khairuddin on 23 Jun 2011 
Ruang adalah merujuk kepada kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan.  Ruang untuk melakukan pergerakan terbahagi kepada dua iaitu:
  • Ruang Diri
    Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi kita iaitu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.
  • Ruang Am
    Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan dalam melakukan pergerakan.
Ruang digunakan untuk menimbulkan sesuatu mood atau perasaan.  Sebagai contohnya, ruang ditolak seolah-olah mengasingkan badan dari ruang untuk menunjukkan perasaan tidak suka.  Perasaan gembira dikemukakan bila tubuh digunakan untuk meneroka ruang iaitu dengan cara melompat dari satu tempat ke tempat yang lain.  Daya cipta kreatif juga dapat dilihat dalam cara kawasan digunakan kesedaran ruang untuk menimbulkan atau menyampaikan sesuatu idea atau perasaan. Terdapat sub-sub kemahiran yang perlu dikuasai di dalam tema kesedaran ruang seperti berikut:
  • Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang
  • Membuat pergerakan menggunakan ruang diri
  • Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras
  • Bergerak menggunakan berbagai-bagai arah
  • Bergerak menggunakan berbagai-bagai laluan
a.     Bergerak Berbagai-bagai Cara Menggunakan Ruang
Pergerakan dalam sub kemahiran ini  dilakukan dengan pelbagai cara dari satu tempat ke satu tempat dilingkungi kawasan. Di dalam dewan yang kosong contohnya, kita boleh bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat lain. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan cara berjalan, merangkak, berlari dan melompat. Selain daripada itu pergerakan juga boleh dilakukan dengan menggunakan alatan.  Contoh pergerakan ialah pelajar berjalan dari satu sudut ke satu sudut di dalam dewan dengan melantunkan bola.  Di dalam hal ini, kesemua pergerakan yang dilakukan melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan dan kekuatan otot.
b.     Membuat Pergerakan Menggunakan Ruang Diri
Pergerakan menggunakan ruang diri bermaksud melakukan pergerakan yang melibatkan keseluruhan bahagian tubuh badan.  Dalam erti kata lain pergerakan ini bergantung kepada sejauh mana anggota boleh digerakkan. Selagi pergerakan yang dilakukan tidak melibatkan perubahan tempat, maka pergerakan itu menggunakan ruang diri. Pergerakan ini melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan, imbangan dan kelenturan. 
 
c.     Bergerak Menggunakan Berbagai-bagai Aras
Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras bermaksud pergerakan yang dibuat dengan menggunakan ruang diri dan ruang am.  Ia  boleh dilakukan dengan pelbagai aras iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Aras pergerakan ditentukan apabila satu pergerakan dibandingkan dengan pergerakan yang lain. Pergerakan menggunakan berbagai-bagai  aras ini pula melibatkan komponen kecergasan terutamanya kekuatan otot, ketangkasan dan imbangan.
d.     Bergerak Menggunakan Pelbagai Arah
Dalam bergerak menggunakan berbagai arah bermaksud satu pergerakan yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut arah yang di gemarinya. Contoh pergerakan ini ialah buaya merangkak.
e.     Bergerak Menggunakan Pelbagai Laluan
Dalam bergerak menggunakan berbagai laluan bermaksud satu pergerakan yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut laluan yang dipilih. Contoh pergerakan ini ialah ulat menyusur.
http://www.zairedin.com/2011/06/kesedaran-ruang.html
zaireey@sports,

Nota/bahan


© Zaireey@Sports | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO
#BraderRockers

MAY - Sketsa Sebuah Cinta

MAY - Sketsa Sebuah Cinta - YouTube

Tiada ulasan: