Khamis, 23 Mei 2019

9372. Muka ketat.


Bermasam muka atau bermusuh kerana berbeza pendapat? Dengar nasihat Imam Shafie ni.

  10:22 AM  35

Suatu ketika di dalam kelas pengajian Tuan Guru Imam Shafie dan muridnya, Yunus ibn Abdal Al-A'la telah berbeza pendapat dengan Tuan Imam di dalam satu isu. Yunus telah marah lantas meninggalkan kelas dan pulang ke rumah.

Malam itu, Yunus terdengar seseorang mengetuk pintu rumahnya. Beliau menanya siapa yang mengetuk pintu itu. Pengetuk pintu itu bersuara " Muhammad Bin Idris!"

Yunus menyangkakan seorang kawan lain bernama sedemikian tanpa terlintas dihatinya bahawa ini namanya Imam Shafie. Yunus agak terkejut bila didapati yang datang itu Imam Shafie sendiri.

Tuan Imam berkata:

"Wahai Yunus, beratus-ratus isu telah menyatukan kita, mengapa hanya 1 isu telah memecah-belahkan kita?

Janganlah mengejar kejuaraan dalam semua perselisihan, kadang-kadang memenangi hati itu lebih penting dari memenangi keadaan.

Jangan hancurkan jambatan yang telah kamu bina dan telah menyeberanginya, kelak kamu mungkin memerlukannya lagi ketika kamu pulang.

Selalulah bencikan kesalahan bukan bencikan pesalah.

Bencikan dosa sepenuh hatimu tetapi maafkanlah dan kasihi si pendosa.

Kritikkanlah syarahan tetapi hormati pensyarah. Kerja kita ialah untuk mematikan penyakit bukan mematikan pesakit.

Inilah sebenar-benarnya nasihat.

Mudah untuk menghilangkannya.

Mudah untuk membakar jembatan.

Mudah untuk membenci seseorang.

Mudah untuk berdendam dengan seseorang.

Tetapi apakah kesudahan yang akan kita dapati? Hanya menambahkan kepahitan dan tiada hasil apa-apa.

Sumber:
http://www.anasuhana.com/search/label/Tazkirah
Hasil carian imej untuk berbeza pendapat

Tiada ulasan: