Khamis, 23 Januari 2020

Ibnu Batutah. 9636


Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ

Sumber:
https://www.facebook.com/TentangKisahIslam/photos/a.791038717765312/1259197160949463/?type=3&theater

Melayu - Suku Kaum Yahudi yang hilang di Timur. Di akhir zaman Suku Kaum inilah yang akan bersatu dengan Pasukan Muslim menewaskan dan membunuh Suku Kaum Yahudi di Palestine yang ingkar perintah Allah ﷻ dan suku bangsa yang telah merosakan nama baik Bangsa Yahudi. Majoriti Nabi dan Rasul dari kalangan Bangsa Yahudi, tetapi apa balasan mereka sebagai hamba Allah? Minta ini itu melalui Nabi-Nabi dan Allah penuhi, tetapi mereka tetap derhakai Allah  

Medan pelarian suku kaum ini ialah Nusantara yang kini lebih dikenali sebagai Asia Tenggara. 

Perlu diingatkan Nusantara ialah Nama yang bercirikan Islam. Untuk memadamkan ciri-ciri Islamik maka penukaran nama telah sedaya upaya dilakukan. Termasuklah mengubah nama sesebuah negara, mengubah bahasa utama sesebuah negara daripada Bahasa Melayu, memalsukan asal usul Bangsa Melayu yang kononnya dari China/Yunan, mengelirukan Melayu dengan pelbagai telahan dan andaian serta Sejarah Melayu yang palsu supaya Melayu lupa asal usul mereka yang sebenar, setelah merampas dan memusnahkan menuskrip Sejarah Melayu. Juga mengubah sempadan sesebuah negara (eg: Perjanjian Bangkok 1909)

Nusantara terbahagi kepada 3 Bahagian. 

Dataran: 

Burma, Siam, Kemboja, Laos dan Vietnam. Burma bertukar menjadi Myanmar, Siam ditukar kepada Thailand. 

Semenanjung: 

Semenanjung Tanah Melayu. Asalnya dari Segenting Kra hingga hujung Negeri Johor (sebelum1909) Percubaan menukar nama kepada Malaya - Malayan Union dan akhirnya bertukar menjadi Semenanjung Malaysia. 

Kepulauan: 

Temasek (Singapura/Singapore) Indonesia, Kalimantan (Brunai, Sabah, Sarawak dan Kalimantan - Borneo) dan Filipina. 

Alasan penjajahan: 

Contoh: 

Di Tanah Melayu. 

- Alasan ekonomi sesuai dengan Revolosi Perusahaan di Eropah waktu itu. Kaum China sebagai pelombong bijih timah dan Kaum India sebagai penoreh getah. Yang dibawa pun sebagainya adalah pesalah jenayah. 

- Tersembunyi - pecahkan Majoriti Melayu dan Islam di Tanah Melayu. Kesannya sudah terasa sekarang dan memecah belahkan Melayu kepada beberapa kumpulan berdasarkan Islam, status (Golongan Istanan, Elit dan Rakyat Banyak) dan fahaman politik. Itulah pentingnya kerakyatan tanpa syarat kepada kaum pendatang, yang merupakan syarat jika Tanah Melayu mahu merdeka. 

Nota: Kalau xtepat tolong perbetulkan bukan sekadar omelan kosong yang cuba menghinakan. 

















Tiada ulasan: