Ahad, 19 Januari 2020

Yaa Allah. 9615


Bismillaahirrahmaanirrahiim
Ya Allah.. jadikan mata ini terus basah dengan air mata taubat
Ya Allah.. jadikan mulut ini terus tergetar bersyukur pada-Mu
Ya Allah... jadikan telinga ini terus berdenging mendengar ayat-ayat-Mu
Ya Allah.. jadikan hari ini jauh dari kehinaan diri
Ya Allah.. jadikan hati ini selalu jujur pada-Mu
Ya Allah.. jangan biarkan kami terperangkap di hutan zina
Ya Allah.. ambil saja mulut
ini bila kuucapkan kata-kata nista
Ya Allah.. lepas saja telinga ini bila kugunakan untuk mendengar fitnah
Ya Allah.. hancurkan jantung ini bila detaknya lupa pada-Mu
Ya Allah.. izinkan kami menangis menghindar dari neraka-Mu
Ya Allah.. izinkan kami tersenyum menanti surga-Mu

Ya Allah...
Bimbinglah aku yang sering lalai ini
Bimbinglah aku yang sering khilaf ini
Bimbinglah aku agar selalu mengingatMu
Hidup ini tak berarti tanpaMu
Harta yang kumiliki tak ada artinya jika Kau jauh dariku jasad ini tak berguna jika Kau campakan aku.
Ya Allah terimalah taubat kami
Aamiin


SURAH 3 QUL DAN PENGERTIANNYA.
Dalam perawatan Islam salah satu surah mustajab ialah 3 Qul selain Ayat Kursi dan Ayat Seribu Dinar yang sering diamalkan dalam menjauhkan diri dari gangguan syaitan, membersihkan hati dan permudahkan segala urusan.

Setiap diantara kita mengambil perlindungan insuran nyawa untuk melindungi ahli keluarga kita sekira terjadi apa-apa musibah yang mengakibat kematian atau hilang upaya kekal yang dapat membantu mereka meneruskan kehidupan. Semua aset-aset kita diinsurankan seperti rumah, kereta termasuk premis perniagaan kita. Ada sesetengah pemain bolasepak profesional dunia menginsurankan kaki dan tangan sepanjang musim perlawanan.

Bagaimana pula kita nak insuran diri kita dari perkara yang kita sendiri tidak nampak seperti gangguan jin, saka, santau, pukau dan sihir? Sebelum kita ditimpa musibah diakibatkan oleh makhluk halus dan khianat manusia yang durjana, marilah kita menjaga diri kita dan melindungi diri dari perkara tersebut. Tidak perlu bayaran premium dan hanya amalan yang mudah dibuat oleh sesiapapun. Sebelum ini banyak doa-doa yang kita pelajari tetapi yang asas sekali kita lakukan yang ini dahulu.


Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. .

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
BISMILLAAHIR RAHMAANIIR RAHIIM,

QUL A-'UUZU BIRABBIL FALAQ.
MIN SYAR-RIMAA KHALAQ.
WAMINN SYAR-RI GHAA-SIQIN IZAA WAQAB.
WAMINN SYAR-RINN NAFFAA-TSAATI FIL 'UQAD.
WAMINN SYAR-RIHAA SIDIN IZAA HASAD.
BISSMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM.

QUL A-'UUZU BIRABBINN-NAAS.
MALIKINN-NAAS.
ILAA-HINN-NAAS.
MIN SYAR-RIL WASWAASIL KHANNAS.
ALLA-ZII YUWAS-WISU FII SUDUURIN NAAS.
MINAL JINN-NATI WANN-NAAS.
BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM.

QUL HUWALLAAHU AHAD,
ALLAAHUS SAMAD,
LAM-YALID WALAM YUULAD,

WALAM YAQUL-LAHUU KU-FUWAN AHAD

Sumber: 
https://sideofmuslim.blogspot.com/2017/02/surah-3-qul-dan-pengertiannya.html


Tiada ulasan: