Executive Editor, Minda Rakyat - 4 minutes ago
Akhir Mahathir disingkir: Dr Mahathir Bukan Lagi Anggota Pakatan Harapan
Executive Editor Mac 13, 2020
PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad kini bukan lagi Pengerusi atau sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH). Beliau berakta, PH ketika ini hanya dianggotai oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan hanya wakil daripada tiga parti itu yang hadir pada mesyuarat PH pagi tadi.
Beliau bagaimanapun tidak menolak sebarang kerjasama dan perbincangan dengan Dr Mahathir atau mana-mana individu dan kumpulan yang mahu bergerak bersama PH. “Sekarang ini dan setakat hari ini, beliau (Dr Mahathir) bukan anggota PH. Namun, kita terbuka untuk berbincang. “Beliau (Dr Mahathir) ada menjemput beberapa pemimpin PH untuk bertemu hari ini, namun saya tidak dapat hadir kerana ada sesi sidang media ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Sumber: BH Online
MR : Sampah telah dibuang...
Akhir Mahathir disingkir: Dr Mahathir Bukan Lagi Anggota Pakatan Harapan - Minda Rakyat
Executive Editor, Minda Rakyat - 6 minutes ago
kerengga, KERENGGA - 6 minutes ago
Executive Editor, Minda Rakyat - 11 minutes ago
Executive Editor, Minda Rakyat - 13 minutes ago
Executive Editor, Minda Rakyat - 23 minutes ago
Raggie Jessy, The Third Force - 24 minutes ago
Geng PH sanggup sumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk fitnah Najib
Executive Editor Mac 13, 2020
“Wallahi, Wabillahi, Watallahi,” kata Rafidah melafazkan sumpah dalam mesejnya. "Saya bersaksi dengan Allah 40,000 hektar tanah telah diswastakan kepada syarikat milik 3 individu dan mereka kini memiliki setiap inci tanah’ Kementerian Pertahanan" sumpah dia masa itu.
Itu tuduhan bekas menteri sebulan sebelum PRU14 terhadap saya pada bulan April 2018. Ini satu tuduhan palsu yang amat berat yang digunakan untuk menaikkan kemarahan undi tentera sebelum PRU14 semasa beliau berkempen untuk PH. Hasil dari itu, ramai undi tentera telah ditipu. Sekadar memeriksa Surat Hakmilik pun sudah tahu kebenaran. Tak sampai setengah hari pun. Akan tetapi, dari sebelum PRU14, PH menang jadi kerajaan sampai kerajaan PH tumbang pun tak pernah dia keluarkan sebarang bukti bahawa setiap inci tanah tentera telah diswastakan oleh saya.
9 April 2018: “Wallahi, Wabillahi, Watallahi,” kata Rafidah melafazkan sumpah dalam mesejnya pada masa itu: https:// www.freemalaysiatoday.com/ category/bahasa/2018/04/09/ demi-allah-setiap-inci-tana h-tentera-diswastakan-kata -rafidah/
Setelah Rafidah mengeluarkan kenyataan itu, geng Patriot pun ikut masuk
April 11, 2018: Pertukaran tanah tentera: Penswastaan atau perompakan, soal Patriot
Kementerian Pertahanan di bawah keajaan PH juga telah menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK).
Hasil siasatan mereka turut diumumkan oleh Mat Sabu pada bulan Mei lalu.
Laporan itu tak sebut pun bahawa setiap inci tanah tentera telah dijualkan oleh Najib kepada syarikat swasta milik 3 individu. Lagi menakjubkan laiah laporan ini menunjukkan projek-projek tanah tentera yang disyaki paling bermasalah dan paling besar nilai kerugian telah dibuat di zaman PM ke-4.
Bukan itu sahaja. Bekas menteri pertahanan, menteri kewangan dan penasihat ekonomi untuk projek-projek paling bermasalah yang bertanggunjawab masa itu juga semua sudah masuk PH. Apa telah jadi dengan tuduhan "Demi Allah" amat berat ini terhadap saya?
Dan apa komen geng Patriot?
NAJIB RAZAK
MR : Yang bersumpah dengan nama ALlah tu aurat tak tutup Allah pun dia lawan..
Geng PH sanggup sumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk fitnah Najib - Minda Rakyat
AMIR Wartawan Rasmi LR, WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 6 minutes ago
Friday, March 13, 2020
MASA DEPAN MASIH KUKUH UNTUK ANWAR..MAHATHIR SUDAH BERLALU.
Tun Mahathir kata Orang Melayu tolak Anwar. Saya tidak setuju dengan Mahathir dalam soal ini.
Kalau hendak tahu orang Melayu sokong Anwar Ibrahim maka bagi peluang Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri seperti yang dijanjikan.
Janji ini tidak dipenuhi. Janji ini dimungkiri. Bercanggah dengan budaya Melayu.
Ada bidalan Melayu. Kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya.
Memang ada orang Melayu yang tak suka pada Anwar. Mereka ini segelintir saja. Hanya beberapa kerat orang saja.
Mereka ini terdiri di kalangan kapitalis kroni Melayu yang berpengaruh yang menguasai politik, ekonomi dan media massa.
Kapitalis kroni yang jutawan, maha jutawan dan bilioner ini kebanyakan menjadi kaya raya semasa Mahathir jadi Perdana Menteri ke4 selama 22 tahun lalu dan kembali berkuasa baru baru ini apabila Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri ke7.
Kapitalis kroni Melayu ini yang menentang kuat dasar ekonomi yang hendak dibawa oleh Anwar apabila Anwar jadi Perdana Menteri.
Agenda ekonomi rakyat jelata yang miskin, yang berpendapatan rendah, yang hidup susah dan menderita dari pelbagai kaum yang majoriti dalam kelas bawahan ini rakyat Melayu yang ingin diangkat oleh Anwar Ibrahim supaya mereka ini bebas dari kemiskinan dan kemunduran melalui reformasi ekonomi amat ditakuti oleh kelas elit berkuasa Melayu.
Anwar Ibrahim amat tahu Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan Kedudukan Istimewa orang Melayu telah disalahgunakan oleh pemimpin pemimpin politik Melayu, elit ekonomi dan elit berkuasa Melayu untuk mengkayarayakan diri mereka sendiri dan membiarkan majoriti rakyat Melayu terus hidup miskin dan melarat.
Tun Mahathir perlu mengakui selama tempoh 22 tahun tambah 2 tahun lagi jadi Perdana Menteri beliau hanya berjaya melahirkan beberapa kerat jutawan, mahajutawan dan bilioner Melayu tetapi gagal melepaskan puluhan juta orang Melayu lainnya dari kemiskinan dan kemunduran.
Anwar Ibrahim 2 tahun ditahan di bawah ISA kerana memperjuangkan nasib orang Melayu miskin di Baling, Kedah pada tahun 1974. Agenda menolong orang Melayu miskin ini diteruskan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri.
Anwar Ibrahim semasa mahasiswa memperjuangkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Ini diteruskan apabila beliau menjadi Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri.
Anwar Ibrahim semasa jadi pemimpin belia membela nasib rakyat Melayu di selatan Siam dari kekejaman penindasan regim tentera Thailand di bawah kepimpinan Perdana Menteri Thanom Kittikarchon.
Anwar pemimpin dunia Islam dari Nusantara Melayu yang telah memperjuangkan nasib rakyat Palestin sejak dari beliau muda hinggalah sampai kini.
Saya menyatakan ini bukan untuk menjadi macai Anwar Ibrahim atau mahu mengampunya. Saya tak perlu itu semua.
Saya menulis dan bercakap seperti ini kerana saya melihat dengan mata kepala saya tentang perjuangan Anwar Ibrahim.
Beri peluang Anwar jadi Perdana Menteri kalau hendak lihat rakyat Melayu yang miskin, nelayan, petani, buruh, penjawat awam bawahan dan menengah sokong Anwar Ibrahim atau tidak.
Mahathir telah mungkir janji kepada Anwar. Mahathir telah menafikan hak rakyat Malaysia dalam PRU14 untuk mendapatkan Anwar menjadi Perdana Menteri mereka yang ke-8.
Tetapi Mahathir tidak akan menongkat langit. Anwar akan kembali ke Parlimen Malaysia. Anwar kini menjadi Presiden PKR yang lebih teguh dan bersih selepas tersingkirnya para pengkhianat.
Anwar dan rakan rakan kepimpinan dalam Pakatan Harapan akan memperkuatkan PH dalam Parlimen Malaysia dan lebih bersedia menghadapi PRU ke-15.
Tun Mahathir boleh mencemuh dan menghina Anwar sekarang dengan Anwar tetap sopan dan tidak mahu menyerang balas secara kasar dan tidak berhemah.
Tetapi Mahathir tidak boleh menahan Anwar Ibrahim bagun kembali memimpin rakyat Malaysia secara keseluruhannya secara inklusif dari semua kaum dan agama.
Masa hadapan terbuka kepada Anwar Ibrahim. Masa Tun Mahathir telahpun berlalu.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Jumaat 13 Mac 2020
kerengga, KERENGGA - 34 minutes ago
Tun terus bersama PH, kata Salahudin selepas pertemuan
BORHAN AHMADPertemuan dengan Anwar di sebelah pagi sebelum mereka bertemu Tun Dr Mahathir di sebelah petang bagi menyusun pendekatan jangka pendek dan panjang PH.
Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji akan terus bersama Pakatan Harapan (PH) bagi menentang kerajaan pintu belakang yang ditubuhkan oleh Perikatan Nasional (PN) bagi mengembalikan mandat yang telah diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum ke 14 lalu.
Perkara ini dinyatakan oleh beliau kepada rombongan pimpinan kanan PH yang mengunjungi beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putarajaya petang tadi.
“Insya Allah Tun (Mahathir) terus bersama kita,” kata Datuk Salahudin Ayub kepada Malaysia Dateline.
Salahudin bersama Presiden AMANAH Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke serta Pengarah Komunikasi PKR menemui Tun Dr Mahathir petang tadi. Turut serta adalah Ketua Pemuda (Armada) Bersatu Syed Saddiq.
Sebelum itu, iaitu pada jam 11 pagi, kesemua mereka mengadakan pertemuan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya di Kuala Lumpur.
“Anwar tidak menyertai pertemuan kami dengan Tun kerana beliau sudah ada PC (sidang media) yang telah dirancang terlebih awal,” kata bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.
Dalam sidang medianya, Anwar memberitahu media, wakil beliau dan PH bertemu Tun Dr Mahathir petang tadi manakala beliau sendiri berhubung dengan Tun Dr Mahathir melalui telefon.
Dalam pertemuan dengan Anwar, pimpinan kanan PH telah menggariskan bersama pendekatan jangka pendek dan jangka panjang PH ketika suasana ekonomi dan politik negara tidak menentu.
at 3/13/2020 10:30:00 PTG
KERENGGA: Tun terus bersama PH, kata Salahudin selepas pertemuan
sukarja, Check Porsi Haji App. - 49 minutes ago
Tiada ulasan:
Catat Ulasan