Kita dapat bersangka baik dengan sesama hamba Nya... Tetap redho sama ada baik atau sebaliknya yang Allah bagi. Sebab yang baik yang buruk pasti ada hikmahnya. Semua itu tidak terjangkau oleh akal manusia. Allah bagi pengetahuan kepada hamba Nya dikit jer.
“Terima Kasih Atas Hadiah Bermakna Ini,” Najib Razak Titipkan Kata-Kata Semangat Buat Ebit Lew
Seperti yang diketahui umum, Ustaz Ebit Lew terkenal dengan sikapnya yang sering menyantuni golongan-golongan susah di negara ini. Pun begitu, timbul beberapa spekulasi yang mengaitkan dirinya baru-baru ini.
Disebabkan itu, ramai yang memberikan sokongan moral kepadanya agar tidak patah semangat dengan dugaan tersebut dan terus bangkit membantu orang ramai.
Tidak terkecuali, Datuk Seri Najib Razak yang memberikan kata-kata semangat kepada Ustaz Ebit Lew.
Menerusi kiriman terbaru di Facebook beliau, Datuk Seri Najib juga berterima kasih kepada Ustaz Ebit Lew kerana menghadiahkannya buku.
Berbuat baik ini kadangkala penuh dugaan.
Allah sayang Ustaz sebab itu Ustaz diberi ujian sebegini.
Yakinlah, ramai di luar sana menyokong kerja-kerja Ustaz Ebit. Dan kerja-kerja ini adalah untuk kebaikan.
Ujian dalam hidup hanya kerana Allah sayang.
Kita semua menuju perkara yang sama iaitu keredhaan Allah SWT.
Teruskan kerja-kerja, Ustaz.
Sumber: Najib Razak
Sunday, 26 April 2020
"Rasa Berdosa Biarkan Keluarga Daif, Anak Kecil Tidur Dengan Nyamuk" - Ebit Lew
KUALA LUMPUR: "Saya makan sedap, rumah saya besar, kenderaan banyak, anak kecil ini pula tidur dengan nyamuk.
Demikian kata pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang mengibaratkan beliau berdosa sekiranya tidak membantu sebuah keluarga dikesan sudah setahun tinggal dalam sebuah bangsal di kebun getah di Baling.
Ebit dalam Facebooknya berkata, beliau bukan sahaja tidak tidur lena, malah rasa berdosa apabila mengetahui sepasang suami isteri dan empat anak kecil itu berada dalam kesempitan hidup.
"Menangis lagi di Baling, Kedah. Dah dua hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan empat orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal di bangsal atau khemah setahun dah.
"Selepas sahur terus ke sini.. jauh dari orang dan dalam kebun getah, banyak nyamuk. Tidak lepas kereta saya masuk dalam, kena jalan kaki. Menangis tengok adik-adik ini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.
"Bagi saya sehari mereka di sini adalah dosa buat saya yang tidur lena, makan sedap, rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk.. mereka anak yang baik, senyum bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat, comel, cemerlang pelajaran dan sukan," katanya.
Melalui perkongsian itu, Ebit turut mengajak keluarga berkenaan berpindah rumah dan akan menanggung sewa rumah baharu itu.
"Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik di sini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa, rasa bersalah. Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka," katanya.
Beliau turut berkongsi, terdapat pihak yang sudah menjanjikan pembinaan rumah bagi keluarga itu yang dijangka akan disiapkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nanti.
Dalam status Facebook terbaharunya, Ebit berkata, keluarga itu sudah berpindah ke rumah sewa baharu dan beliau sudah membayarkan dua bulan sewa serta bil sewa rumah dan elektrik.
"Mereka kata macam mimpi dan anaknya gembira sahaja di dalam kereta saya tadi. Jiran semua baik dan datang membantu perpindahan tadi.
"Saya pergi kedai perabot belikan dua katil 'queen' dan tilam, dua tilam 'single', tikar getah, periuk nasi elektrik dan beri duit belanja buat keluarga ini," katanya yang turut berharap, anak kecil dibantunya akan belajar di madrasah nanti.
Sumber: BH Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/2W2wpZV
Sumber:
Tiada kertas siasatan dibuka terhadap Ebit Lew, kata Bukit Aman
Bukit Aman berkata tiada kertas siasatan dibuka terhadap pendakwah bebas Ebit Liew, yang dipanggil polis selepas usaha kebajikannya dilaporkan di media massa dan sosial.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Huzir Mohamed memaklumkan polis terpaksa mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memelihara keamanan dan kesejahteraan, dengan memanggil Liew berkaitan reaksi orang ramai berkenaan “tindakannya memaparkan aktiviti kebajikan yang dilakukan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan”.
Berdasarkan pemerhatian, katanya, ramai dalam kalangan masyarakat memberi respon positif dan menyokong aktiviti kebajikan Lew. “Namun, ada sebahagian dilihat kurang senang dengan tindakan beliau mempamerkan aktiviti tersebut di media sosial kerana dilihat seperti mahu menunjuk-nunjuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Huzir menjelaskan Liew sememangnya diberi kebenaran oleh polis untuk menyampaikan sumbangan kebajikan kepada mereka yang terkesan sepanjang tempoh PKP. Kawalan itu yang mula berkuatkuasa pada 18 Mac dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei.
Polis tidak pernah menghalang Liew selagi mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, tambahnya. Semalam, Lew mengumumkan menghentikan bantuan secara langsung kepada golongan memerlukan, tetapi akan terus membantu golongan tidak berkemampuan dengan memindahkan wang ke akaun mereka.
Perkembangan itu selepas beliau dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman semalam, susulan laporan polis oleh pihak yang mempertikaikan bantuannya. Ini termasuk memberikan rumah baru kepada warga emas yang terlantar dan keluarganya yang tinggal dalam keadaan kotor.
Lew aktif membantu individu memerlukan sejak PKP bermula 18 Mac lalu, termasuk memberikan pelbagai sumbangan kepada petugas barisan depan. Liputan media bagaimanapun menarik perhatian pihak yang mempersoalkan peranan pihak berkuasa seperti kerajaan negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Kedah serta masyarakat sekeliling dalam membantu golongan miskin.
Sumber:
https://mykmu.net/2020/04/25/tiada-kertas-siasatan-dibuka-terhadap-ebit-lew-kata-bukit-aman/
Sebak, Ustaz Ebit Lew Bantu Mualaf India OKU Tidur Tepi Jalan
Berdasarkan perkongsian terbaharunya di Facebook hari ini, beliau menceritakan telah mendapat informasi daripada seseorang tentang seorang pemuda berbangsa India yang memerluan bantuan.
Hasil ziarahnya mendapati, pemuda yang ditemui di tepi jalan di satu lokasi yang tidak dinyatakan itu merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU), iaitu tidak mampu berjalan dengan sempurna akibat kaki sebelahnya yang kecil.
Lebih menghayat hati, pemuda tersebut adalah seorang mualaf dan ahli keluarga terdekatnya dilaporkan baru sahaja meninggal dunia.
Mari ikuti perkongsian penuh Ustaz Ebit Lew mengenai pemuda muallaf itu;
Dapat mesej seorang kakak bagitahu ada seorang anak muda OKU berbangsa India muallaf tidur tepi jalan. Tak boleh berjalan sempurna. Kaki sebelah tu kecil tulang je. Tak boleh naik turun tangga tinggi. Ada ahli keluarga terdekat baru meninggal dunia.
Sedih tengok ujian dia. Kakak tu dan kawannya tolong hantar makanan pada adik ni. Katanya tak tahu nak bantu macam mana. Saya segera ke sana dan lihat keadaannya sendiri. Kasihan waktu-waktu macam ni. Baik orangnya. Masa dapat gambar abang ni tidur tepi jalan kasihan rasa.
Terus carikan rumah dan syukur dapat rumah sewa kecil. Owner kenal saya bagi masuk terus dan beri sedikit diskaun. Terima kasih owner rumah yang baik. Abang tadi risau nak bayar sewa macam mana. Saya kata jangan risau selagi abang belum ada kerja dan ok duduk sini..saya bayarkan. Abang duduk jer sini dan jadi orang baik. Jaga hak jiran-jiran.
Dia dah Islam banyak lagi nak belajar katanya. Saya cakap padanya ujian hidup supaya kita jadi lebih baik. Allah sayang kita. Saya tekankan supaya jaga solat dan menjadi orang baik. Allah akan jaga kita dunia dan akhirat-ebitlew
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376
cimb 8603546376
Semoga usaha Ustaz Ebit Lew mendapat ganjaran kebaikan yang berganda daripada Allah SWT.
Ameen.
Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew
Sebak, Ustaz Ebit Lew Bantu Mualaf India OKU Tidur Tepi JalanUstaz Ebit Lew Teruskan Kerja Amal Setelah Mendapat Kebenaran Pihak Polis
#Hiburan: Ustaz Ebit Lew Teruskan Kerja Amal Setelah Mendapat Kebenaran Pihak PolisKisah Kejayaan Ebit Lew - Dulu Pernah Tidur Atas Guni, Tidak Diambil Kerja Sebab Selekeh
April 28, 2020
Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.
Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kopiah lagi. Kasut pun buruk. Dulu sekolah stokin pun takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.
Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluarga sunnah sekali hadir 7000 orang. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia. Syukur ramai yang mendapat manfaat. Buat dekat hotel 5 bintang dan dewan besar. Persiapan macam konsert sebagai daya tarikan dan lebih selesa. Teambuilding training sebelum ini mereka bayar syarikat luar negara dan syarikat besar. Mereka mula mencari yang ada nilai islamic.
Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik hari pertama buka sale habis jubah semua. Selepas itu makin semangat. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook. Rupanya youtube dan facebook bayar banyak juga kerana mereka tumpang iklan dekat fb dengam youtube.
Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Ramai juga yang lain dekat 40 orang on off sukarelawan saya yang ada bayaran juga.
Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semua sekali. 2 perkara penting. Rajin dan Yakin. Tiada tempat dunia dan akhirat untuk orang malas.
Yakin pada Allah. Allah beri rezeki. Dia punya semua. Tiada kita punya. Jaga solat awal waktu. Bila susah selalu beri masa solat sunat. Tahajud dan Dhuha. Jaga mak ayah dan mertua dengan baik.
Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak. Beri kasih sayang. Pelukan dan kasih sayang. Tanpa doa bidadari saya dan anak-anak pasti tak dapat semua ini. Allah beri rezeki.
Dulu ingat lagi selalu bila jumpa orang susah baju buruk pergi masjid. saya tanggal jubah saya beri dekat dia. Dia nak selipar beri selipar. Sampai orang kata saya bodoh. Kau susah nak tolong orang. Saya sedih. Tapi saya yakin Allah pasti balas. Sekarang anak jalanan saya bawa shoping dekat sogo.
Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dunia sementara sahaja. Akhirat selamanya. Miskin atau kaya bukan pada rumah kereta. Tapi pada hati. Walau ada sepinggan share dengan orang lain. Sahabatku percayalah disebalik ujian ada rahmat.
Barangsiapa bekerja untuk membantu seramai mungkin orang miskin dan anak yatim dia sedang berjihad di jalan Allah. Penting didik anak rajin. Didik anak jadi orang kaya takwa. Didik anak jadi pemimpin. Didik anak jadi terkenal dunia dan akhirat. Supaya kita semua jadi Duta Islam dan bawa akhlak Nabi saw..
Surat Al-Kafirun dan Terjemahan
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين
Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
- Surat Al Fatihah (Pembukaan)
- Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
- Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
- Surat An Nisa' (Wanita)
- Surat Al Ma'idah (Hidangan)
- Surat Al An'am (Binatang Ternak)
- Surat Al A'raf (Tempat Tertinggi)
- Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
- Surat At Taubah (Pengampunan)
- Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
- Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
- Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
- Surat Ar Ra'd (Guruh)
- Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
- Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
- Surat An Nahl (Lebah)
- Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
- Surat Al Kahfi (Gua)
- Surat Maryam (Maryam)
- Surat Thaha (Thaahaa)
- Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
- Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
- Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
- Surat An Nur (Cahaya)
- Surat Al Furqaan (Pembeda)
- Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
- Surat An Naml (Semut)
- Surat Al Qashash (Cerita)
- Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
- Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
- Surat Luqman (Luqman)
- Surat As Sajdah ((Sujud)
- Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
- Surat Saba' (Kaum Saba')
- Surat Fathir (Pencipta)
- Surat Yaasiin
- Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
- Surat Shaad
- Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
- Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
- Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
- Surat Asy Syuura (Musyawarah)
- Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
- Surat Ad Dukhaan (Kabut)
- Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
- Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
- Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
- Surat Al Fath (Kemenangan)
- Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
- Surat Qaaf
- Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
- Surat Ath Thuur (Bukit)
- Surat An Najm (Bintang)
- Surat Al Qamar (Bulan)
- Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
- Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
- Surat Al Hadid (Besi)
- Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
- Surat Al Hasyr (Pengusiran)
- Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
- Surat Ash Shaff (Barisan)
- Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
- Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
- Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
- Surat Ath Thalaaq (Talak)
- Surat At Tahrim (Mengharamkan)
- Surat Al Mulk (Kerajaan)
- Surat Al Qalam (Pena)
- Surat Al Haqqah (Kiamat)
- Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
- Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
- Surat Al Jin (Jin)
- Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
- Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
- Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
- Surat Al Insaan (Manusia)
- Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
- Surat An Naba´ (Berita Besar)
- Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
- Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
- Surat At Takwir (Menggulung)
- Surat Al Infithar (Terbelah)
- Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
- Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
- Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
- Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
- Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
- Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
- Surat Al Fajr (Fajar)
- Surat Al Balad (Negeri)
- Surat Asy Syams (Matahari)
- Surat Al Lail (Malam)
- Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
- Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
- Surat At Tiin (Buah Tin)
- Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
- Surat Al Qadr (Kemuliaan)
- Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
- Surat Al Zalzalah (Goncangan)
- Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
- Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
- Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
- Surat Al 'Ashr (Masa)
- Surat Al Humazah (Pengumpat)
- Surat Al Fiil (Gajah)
- Surat Quraisy (Suku Quraisy)
- Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
- Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
- Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
- Surat An Nashr (Pertolongan)
- Surat Al Lahab (Gejolak Api)l
- Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
- Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
- Surat An Naas (Manusia)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan