Sabtu, 4 April 2020

Jumaat Semalam 3 April 2020 dan kisah apa itu dgn 15 Ramadhan yang jatuhnya pada hari Jumaat. 10113


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ... 
Hukum Percaya Ad-Dukhan Berlaku Pada 1441H - Ustaz Azhar Idrus Official

Saya ingin minta Maaf kat korang semua kerana 15 Ramadhan tahun ni jatuh pada hari Jumaat.

Peristiwa yang bakal berlaku pada 15 Ramadhan ialah Dhukan!!! Ini ialah yang mana hanya sekali sahaja dalam kehidupan 15 Ramadhan bersamaan 8 Mei 2020 jatuh pada hari Jumaat.

Pada awal pagi selepas solat subuh bergegaslah kamu menutup pintu dan tingkap seketat-ketatnya kerana akan ada bunyi dan dentuman yang sangat kuat. Dimasa itu hendaklah kamu sujud dan berselawat semoga asap yang mematikkan ini dapat dihindari oleh kita.

Apa itu dukhan???
Dukhan ialah asap tebal yang gelap selama 40 Hari 40 Malam yang sangat panas dan gelap gelita.

Dukhan juga boleh membuat orang kafir dan orang yang tak beriman mengeluarkan asap dari mulut, telinga, hidung dan di celah lobang kuku.
Dukhan membuat kita kehabisan air dan air menjadi kotor sehinggakan mesin membersihkan air tidak mampu bertahan.

Tarikh h: 15 ramdhan 1441
Tarikh m: 8 mei 2020
Hari:Jumaat

Beberapa ustadz mengatakan bahawa "sebelum datang dukhan ada virus yang membunuh akan menakluki bumi"
Tarikh ceramah: 13/10/2019

Tarikh in Sebelum berlakunya virus Covid-19. Ternyata seperti benar!!!

Marilah kita bersama² bertaubat. Walau pon Masjid, surau, surau rnr dan macam² lagi tempat suci ditutup tetapi pintu taubat masih lagi terbuka. Ayuh kita bertaubat memuji allah yang maha kuasa.

Kiamat itu tiada siapa yang tahu bila jadi mari kita sama² bertaubat dan siap sedia dengan apa yang bakal kita lalui.

Moga² kita semua dapat diterima dalam syurga mu ya allah.

Doa:
Ya Allah
Yang maha pemurah
Lagi maha penyayang
Kau ampunikan lah dosa kami
Dosa kedua dua ibu bapa kami
Dosa adik beradik kami
Dosa seluruh umat islam

Ya allah kau jauhikan lah kami dari benda yang haram.
Jauhikan lah kami dari maksiat.
Kau hapuskanlah virus yang sedang tersebar ini
Kau ampunkan lah umat mu yang lalai dengan dunia ini

Ya allah 
Selamatkan lah kami dalam memperjuangkan agama

Ya allah
Kasihanilah mereka yang   dalam kesusahan.

Ya allah 
Sesungguhnya engkau sajalah tuhan yang satu.

Ya allah
Kau tolong makbulkan doa kami

Ya allah

Amin. Amin ya rabal alamin...

Surah Ad-Dukhaan - سورة الدخان

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Haa, Miim.
(Ad-Dukhaan 44:1) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A002
Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran.
(Ad-Dukhaan 44:2) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A003
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).
(Ad-Dukhaan 44:3) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A004
(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).
(Ad-Dukhaan 44:4) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A005
Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.
(Ad-Dukhaan 44:5) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A006
(Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya).
(Ad-Dukhaan 44:6) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A007
Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu).
(Ad-Dukhaan 44:7) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A008
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.
(Ad-Dukhaan 44:8) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A009
(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara agama.
(Ad-Dukhaan 44:9) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A010
Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),
(Ad-Dukhaan 44:10) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A011
Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan".
(Ad-Dukhaan 44:11) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A012
(Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!".
(Ad-Dukhaan 44:12) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A013
Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!
(Ad-Dukhaan 44:13) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A014
Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): "Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!"
(Ad-Dukhaan 44:14) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A015
Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar).
(Ad-Dukhaan 44:15) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A016
(Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya).
(Ad-Dukhaan 44:16) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A017
Dan demi Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun, dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) Yang mulia, -
(Ad-Dukhaan 44:17) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A018
(Yang memberitahu kepada mereka dengan katanya): Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah (apa-apa yang menandakan kamu menerima kerasulanku); sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu.
(Ad-Dukhaan 44:18) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A019
"Dan janganlah kamu berlaku sombong takbur terhadap Allah; sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata.
(Ad-Dukhaan 44:19) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A020
"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
(Ad-Dukhaan 44:20) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A021
"Dan sekiranya kamu tidak juga mahu berimankan kerasulanku, maka putuskanlah perhubungan kamu denganku (janganlah mengganggu daku)."
(Ad-Dukhaan 44:21) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A022
(Setelah Nabi Musa berputus asa daripada iman mereka), maka ia pun merayu kepada Tuhannya lalu berkata: "Sesungguhnya orang-orang ini adalah kaum yang berdosa, (yang telah sebati dengan kekufurannya, dan berhaklah mereka menerima balasan yang seburuk-buruknya)".
(Ad-Dukhaan 44:22) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A023
Lalu (diperintahkan kepadanya): "Bawalah hamba-hambaku (pengikut-pengikutmu) keluar pada waktu malam, kerana sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan orang-orangnya).
(Ad-Dukhaan 44:23) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A024
"Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang - terbelah, kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)".
(Ad-Dukhaan 44:24) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A025
Banyak sungguh kebun-kebun dan matair, mereka tinggalkan,
(Ad-Dukhaan 44:25) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A026
Dan juga berbagai jenis tanaman serta tempat-tempat kediaman yang indah - mulia,
(Ad-Dukhaan 44:26) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A027
Dan juga kemewahan hidup, yang mereka sekian lama menikmatinya.
(Ad-Dukhaan 44:27) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A028
Demikianlah keadaannya (hukum Kami ke atas orang-orang yang derhaka); dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan orang-orangnya: milik kaum yang lain (kaum Bani Israil).
(Ad-Dukhaan 44:28) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A029
Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.
(Ad-Dukhaan 44:29) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A030
Dan demi sesungguhnya! Kami telah selamatkan kaum Bani Israil, dari azab yang menghina, -
(Ad-Dukhaan 44:30) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A031
Dari penindasan Firaun, sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong takbur lagi terbilang dari orang-orang yang melampaui batas (dalam keganasan dan kekejamannya).
(Ad-Dukhaan 44:31) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A032
Dan demi sesungguhnya! Kami telah memilih mereka dengan berdasarkan pengetahuan (Kami) - menjadi lebih pangkatnya dari penduduk dunia (pada zaman itu),
(Ad-Dukhaan 44:32) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A033
Dan Kami berikan kepada mereka (melalui Nabi Musa) berbagai mukjizat yang mengandungi ujian yang jelas nyata (untuk melahirkan sikap mereka).
(Ad-Dukhaan 44:33) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A034
(Berbalik kepada kisah kaum musyrik penduduk Makkah, Allah berfirman): "Sesungguhnya mereka ini akan berkata (kepadamu - wahai Muhammad dan kepada pengikut-pengikutmu):
(Ad-Dukhaan 44:34) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A035
"Mati, hanyalah mati kita yang pertama (di dunia), dan kita tidak sekali-kali akan dibangkitkan hidup lagi (sesudah itu);
(Ad-Dukhaan 44:35) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A036
"(Jika tidak) maka bawakanlah datuk nenek kami (yang telah mati) kalau betul kamu orang-orang yang benar!"
(Ad-Dukhaan 44:36) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A037
(Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufurannya?) Adakah mereka yang lebih kekuatan dan kehandalannya atau kaum "Tubba'" dan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu semuanya Kami telah binasakan, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa.
(Ad-Dukhaan 44:37) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A038
Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main;
(Ad-Dukhaan 44:38) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A039
Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
(Ad-Dukhaan 44:39) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A040
Sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun, -
(Ad-Dukhaan 44:40) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A041
Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu),
(Ad-Dukhaan 44:41) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A042
Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
(Ad-Dukhaan 44:42) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A043
(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, -
(Ad-Dukhaan 44:43) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A044
(Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka).
(Ad-Dukhaan 44:44) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A045
(Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, -
(Ad-Dukhaan 44:45) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A046
Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.
(Ad-Dukhaan 44:46) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A047
(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka.
(Ad-Dukhaan 44:47) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A048
"Kemudian curahkanlah di atas kepalanya - azab seksa - dari air panas yang menggelegak".
(Ad-Dukhaan 44:48) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A049
(Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): "Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)"
(Ad-Dukhaan 44:49) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A050
(Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): "Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!"
(Ad-Dukhaan 44:50) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A051
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. -
(Ad-Dukhaan 44:51) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A052
Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya,
(Ad-Dukhaan 44:52) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A053
Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).
(Ad-Dukhaan 44:53) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A054
Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
(Ad-Dukhaan 44:54) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A055
Mereka meminta - di dalam Syurga itu - tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa.
(Ad-Dukhaan 44:55) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A056
Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka;
(Ad-Dukhaan 44:56) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A057
(Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar.
(Ad-Dukhaan 44:57) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A058
Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya).
(Ad-Dukhaan 44:58) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark

A059
(Kiranya mereka tidak berbuat demikian) maka tunggulah (wahai Muhammad akan kesudahan mereka), sesungguhnya mereka juga menunggu (akan kesudahanmu).
(Ad-Dukhaan 44:59) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
Rujukan:
http://www.surah.my/44

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-274: STATUS HADITH SUARA PADA BULAN RAMADHAN
Details : Uploaded by Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub Irsyad al-Hadith
Soalan: Apakah status hadith ini?

Dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Suara keras yang terjadi di pertengahan Ramadhan, pada malam Jumaat. Suara dahsyat itu mengejutkan orang-orang yang sedang tidur, menjadikan orang yang berdiri terjatuh.”

Jawapan : 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, banyak kelebihan-kelebihan yang Allah SWT sediakan kepada hamba-hamba-Nya yang mana tawaran tersebut tidak terdapat di dalam bulan lain melainkan pada bulan ini sahaja. Disebabkan itu, kita sering mendengar banyak hadith-hadith yang dibacakan berkaitan kelebihan bulan Ramadhan ini.

Berdasarkan soalan di atas, hadith atau riwayat tersebut mempunyai lafaz-lafaz yang berbeza antara satu sama lain. Riwayat ini boleh ditemui di dalam kitab al-Fitan oleh Nu’aim bin Hammad, Kanz al-‘Ummal oleh al-Muntaqa al-Hindi, al-Mu’jam al-Kabir oleh Imam al-Thabarani dan juga di dalam al-Mustadrak oleh Imam al-Hakim. Oleh itu, di sini kami sertakan beberapa matan hadith berkaitan suara di bulan Ramadhan ini:

يَكُونُ فِي رَمَضَانَ صَوْتٌ، وَفِي شَوَّالٍ مَهْمَهَةٌ

Maksudnya: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal.” [Lihat: al-Fitan oleh Nu’aim bin Hammad, 226/1]

Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

يَكُونُ فِي رَمَضَانَ صَوْتٌ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ فِي أَوَّلِهِ أَو فِي وَسَطِهِ أَو فِي آخِرِهِ؟ قَالَ: لَا، بَلْ فِي النِّصْفِ مِنْ رَمَضَانَ، إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ يَكُونُ صَوْتٌ مِنَ السَّمَاءِ

Maksudnya: “Akan berlaku di bulan Ramadhan satu suara. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah SAW pada awal, pertengahan atau di akhir Ramadhan?. Rasulullah SAW menjawab: Tidak, bahkan di pertengahan Ramadhan apabila malam pertengahan tersebut jatuh malam Jumaat maka akan muncul suara dari langit.” [Lihat: al-Mu’jam al-Kabir, 332/18] [Imam al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid, 310/7 menilai salah seorang perawi di dalam riwayat ini iaitu Abd al-Wahab bin al-Dhahhak adalah seorang yang matruk (riwayatnya ditinggalkan)]

Hukum Hadith

Antara ulama’ yang memberi komentar berkaitan hadith adalah:
  • Imam al-Uqailiy mengatakan hadith ini bukanlah daripada kalangan perawi thiqah dan bukannya juga daripada sumber dipercayai. Antaranya Abd al-Wahid bin Sulaim dan dia merupakan seorang perawi yang majhul dan hadithnya tidak dihafal dengan baik serta riwayatnya tidak boleh dijadikan sokongan (pada hadith-hadith yang lain). [Lihat: al-Dhu’afa’ al-Kabir, 208/5]
  • Al-Hakim berkata hadith ganjil pada matannya dan seorang perawi bernama Maslamah yang tidak dibolehkan dijadikan hujah. [Lihat: al-Mustadrak, 563/4]
  • Imam Ibn al-Jauzi mengatakan hadith ini adalah palsu daripada Nabi SAW. [Lihat: al-Mawdhu’at, 190/3]
  • Imam Ibn al-Qayyim menukilkan hadith ini dan meletakkan hadith ini di dalam bab hadith-hadith masa depan yang tidak sahih. [Lihat: al-Manar al-Munif, 91]
Adapun berkaitan riwayat-riwayat Nu’aim bin Hammad, di sini kami sertakan pendapat Imam al-Zahabi terhadap beliau dan terhadap kitabnya al-Fitan:

لاَ يَجُوْزُ لأَحَدٍ أَنْ يَحْتَجَّ بِهِ، وَقَدْ صَنَّفَ كِتَابَ (الفِتَنِ)، فَأَتَى فِيْهِ بِعَجَائِبَ وَمَنَاكِيْرَ

Maksudnya: “Tidak boleh bagi sesiapa pun berhujah dengannya dan dia telah menyusun kitab al-Fitan dengan menyebutkan di dalamnya keanehan-keanehan serta kemungkaran-kemungkaran.” [Lihat: Siyar ‘alam al-Nubala’, 117/20]

Melihat kepada beberapa pandangan ulama’ di atas, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith berkaitan suara di bulan Ramadhan adalah tidak sahih (palsu) dan kita sama sekali tidak dibenarkan menyandarkan kepada Rasulullah SAW serta menyebarkannya kepada orang lain melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya.

Penutup

Kesimpulannya, status hadith tersebut termasuk dalam kategori yang teramat dha’if (dha’if jiddan). Syawahid yang ada juga dalam kategori yang sama sehingga ia tidak boleh menguatkan sanad hadith tersebut. Oleh yang demikian, hadith seumpama ini tidak boleh dijadikan hujah apatah lagi sebagai sandaran dalam membahaskan perkara ghaib. Ini kerana, persoalan apa yang berlaku pada masa hadapan termasuk dalam perkara ghaibiyyat yang tidak diketahui kecuali menerusi nas-nas wahyu yang sahih. Oleh yang demikian, kami menasihatkan agar hadith seumpama ini tidak disebarkan ke tengah-tengah masyarakat kecuali bagi tujuan memberikan penjelasan oleh mereka yang berkeahlian. Akhirnya, semoga Allah SWT memelihara lidah-lidah kita daripada menyampaikan dan menyebarkan hadith-hadith yang tidak sahih. Amin.

Wallahu a’lam
Sumber:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-274: STATUS HADITH SUARA PADA BULAN RAMADHAN

Diminta share kan lah mesej ini kerana dengan mesej ini lebih ramai akan dapat membaca doa ini.
Untuk video tentang Dukhan
https://youtu.be/NlDOPJSb1Lc

Lea Lyliana, Hipwee - Duh, semoga semuanya segera membaik! :( Lagipula di hari-hari ini riskan juga kalau nge-laundry di tempat cuci helm umum, kan?



Turki: Bukan Corona, Masalah Utama Pengungsi Suriah 
adalah Kebutuhan Pokok
Ibas, News – Kiblat - KIBLAT.NET, Idlib – Pandemi virus corona bukan menjadi masalah utama yang dihadapi warga sipil di... The post Turki: Bukan Corona, Masalah Utama Pengungsi Suriah adalah Kebutuhan Pokok appeared first on Kiblat.

PAS nafi pelantikan Abdul Hadi usaha pujuk hati ahli
ADMIN ISMAWEB, Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - KUALA LUMPUR, 10 Syaaban 1441H, Sabtu – PAS menafikan dakwaan kononnya tindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah adalah usaha bagi memujuk dan memenangi hati ahli-ahli PAS. Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan turut menegaskan bahawa parti itu, khususnya … The post PAS nafi pelantikan Abdul Hadi usaha pujuk hati ahli appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Komuniti muslim Sri Lanka berang jenazah COVID-19 dibakar
ainulillia, Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - COLOMBO, 10 Syaaban 1441H, Sabtu – Pembakaran jenazah kes COVID-19 secara paksa di Sri Lanka telah menyebabkan rasa marah dan terkejut dalam kalangan masyarakat minoriti, yang mendakwa pihak berkuasa melanggar kaedah pengebumian Islam. Bishrul Hafi Mohammed Joonus, seorang lelaki berusia 73 tahun dari ibu kota Colombo yang meninggal dunia akibat COVID-19, adalah orang Islam kedua … The post Komuniti muslim Sri Lanka berang jenazah COVID-19 dibakar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sindrom orang hilang kuasa dan rasa
ainulillia, Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - KASIHAN saya dengan bekas menteri PH, bahana sindrom hilang kuasa, sehingga hilang rasa, tidak lagi menjadi menteri. Kerjanya cari kelemahan dan salah orang. Sebelum ini dicanangnya satu dunia dia sedekah duit poket dia membantu mangsa COVID-19 di kawasannya. Bab sedekah ni nak cerita sokmo. Sepatutnya, kita simpan. Jadi, kita faham-faham sajalah jenis orang seperti ini. … The post Sindrom orang hilang kuasa dan rasa appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

KEMEROSOTAN EKONOMI MALAYSIA DIJANGKA
AMIR Wartawan Rasmi LR, WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - Ibrahim Mat Isa Malaysia dijangka mencatatkan kemerosotan permintaan penumpang sebanyak 39% tahun ini dengan kerugian perolehan mencecah RM14.46 bilion (AS$3.317 bilion) sekiranya sekatan perjalanan lebih ketat berikutan Covid-19 sejak tiga bulan lepas, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Naib presiden serantau Asia-Pasifik, Conrad Clifford berkata, 169,700 pekerjaan pula berpotensi terjejas susulan sekatan perjalanan dan merisikokan RM16.56 bilion dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Beliau berkata, rantau Asia Pasifik secara keseluruhannya akan men...

Hutan dijarah ketika Covid-19 melanda
kerengga, KERENGGA - Sheridan Mahavera Penerokaan hutan haram di Bukit Larut berlaku ketika perintah kawalan pergerakan dijalankan. – Gambar ehsan Sahabat Alam Malaysia, 4 April, 2020. KETIKA pihak berkuasa giat berusaha memerangi Covid-19, kumpulan alam sekitar dan Orang Asli bimbang khazanah berharga negara kini sedang dijarah pembalak haram. Mereka sudah mengesan satu kes penerokaan dan pembersihan tanah haram

KAUM MARXIS AJUKAN UNITED FRONT
noreply@blogger.com (Tukar Tiub), Tukar Tiub - KAUM MARXIS KAUM MARXIS MENGAJUKAN GARIS POLITIK UNITED FRONT KETIKA PERANG DUNIA KE 2 UNTUK SELAMATKAN NEGARA DARI FASISMA kamu dilawan sebab kamu khianat pada PH menang undi masa pru14. kamu porak perandakan PH dgn dakwa dakwi kabar yg tiada bukti. kamu bersekongkol bersubahat lakukan kudeta. kalau karl marx masih hidup, nescaya dia akan ludah muka kamu yg hodoh dan penuh hasad dengki. kahkahkah on *MULA MULA* Publish | Delete | Spam Anonymous on 03/04/20 Y ---------

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)

.

Tiada ulasan: