Sabtu, 11 April 2020

Melayu Islam yang sombong sahaja yang delete tanpa mohon maaf. Sedang Islam xajar penganutnya sombong, supaya xterikut iblis laknatullah yang pastinya sombong besar. 10168


Selamat meninggal dengan sikap sombong bongkak. Ingat aku jgn see lagi benda-benda pengeluar fitnah. Mereka membongkak dan membongak dalam keadaan kita doakan sama-sama beroleh taufik dan hidayah. Aamiin Yaa Allah.

Saturday, April 11, 2020
BEZA MOHON MAAF DAN DELETE ARTIKEL LEPAS BUAT SALAH
W.FAUDZIN

Beza antara orang yang berakhlak dan yang tak berakhlak. Org berakhlak dan bermoral, bila dia sedar telah lakukan kesilapan, dia bukan saja padam apa yg dia siar, tetapi akan mohon maaf. Tidak jatuh martabat kalau memohon maaf ni. Yg ni aku tabik YB Fuziah Salleh .

Yang zahir nampak hebat, selalu guna nama Islam, tetapi bila buat salah, takut kena saman, terus delete tanpa mohon maaf pun. Ego tetap tinggi. Macam yg ni la sbg contoh. Byk lagi contoh lain...mokhtar senik pun camtu..
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Sumber:

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: BEZA MOHON MAAF DAN DELETE ARTIKEL LEPAS BUAT SALAH

Kilang sebabkan Sg Meru tercemar diambil tindakan
Ibnu Hasyim, Ibnu Hasyim - 59 minutes ago
*SAYA* ingin memaklumkan bahawa pejabat saya telah menerima aduan menerusi media sosial tentang pencemaran Sungai Meru yang berlaku pada 9 April 2020 telah menyebabkan ratusan ikan dan hidupan air mati dalam jarak 1.5 kilometer. Menurut aduan tersebut, pencemaran sungai itu disyaki berpunca daripada pelepasan kilang sarung tangan getah yang terletak di Kawasan Perindustrian Taman Meru, Jelapang, Ipoh. Sehubungan itu, saya telah memberi arahan kepada Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menyiasat aduan ini dengan segera dan memastikan tindakan undang...

Saturday, April 11, 2020
FITNAH YANG SIA SIA
IBRAHIM MAT ISA

Bila Sdr LGE menang bermaksud, semua fitnah yang dimainkan oleh walaun dan macai selama ini adalah sia-sia, mengumpul dosa dan bertujuan untuk membina imej buruk kepada Pakatan Harapan dan individu berkenaan.

Walaun dengan Hj Hadi sama saja. Kaki fitnah orang tanpa bukti. Bila orang minta bukti, tersengih-sengih macam $!@#!
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks mungkin yang mengatakan 'Sinar ELIS&TULLS Harian Sabtu| April 2020 cari cari Guan Eng A- A+ KUALA LUMPUR Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini berjaya dalam saman fitnah terhadap blogger Raja Petra Raja Kamarudin yang membabitkan beberapa siri artikel mengenai projek terowong bawah laut'
Sumber: 

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: FITNAH YANG SIA SIA

PROSEDUR MESTI IKUT SOP
ibrahim Mat Isa

Orang kaya yang tak pernah lalui kesusahan, berkedudukan, serta juga golongan banyak pengaruh ada stigma perangai begini.

Tak ketinggalan juga aku dapat laporan pihak hospital golongan mufti dan orang kanan mufti juga kerek nak mampos, cakap eksyen siap dengan ugutan dan sebagainya. Mufti mana, baik aku rahsiakan!

ASTROAWANI.COM
Tanpa menghirau bahaya terjangkit, mereka menjalankan amanah menyaring atau merawat, tidak kira yang dihadapi Tun atau Tan Sri, pelajar, pekerja, mahupun pendatang luar negera.
Sumber: 

https://wrlr.blogspot.com/2020/04/prosedur-mesti-ikut-sop.html

Khianat dalam sejarah Melayu oleh Faisal Tehrani

Di sesetengah negara yang korupsi menjadi endemik, mungkin juga di Malaysia, mendedahkan gejala rasuah dan korupsi boleh dianggap lapuk. Khususnya selepas skandal 1MDB, menelaah apa itu penyelewengan misalnya dapat dianggap ketinggalan. Ini kerana kelihatannya rasuah dan korupsi telah merata dan menjadi kebahagiaan buat sebilangan orang.

Sebagai misalan untuk masyarakat bebas atau minimum perbuatan rasuah, ia memerlukan kerajaan yang kuat. Akan tetapi untuk orang Melayu, dalam fikiran mereka secara tradisi; kerajaan bukanlah “government” apatah lagi “state”, akan tetapi ia bermakna sekadar keberadaan raja, atau memadai wujud sebuah, seorang, atau setompok manusia yang dapat dirujuk sebagai pemerintah.

Sama ada pemerintah, raja, atau setompok manusia yang pura-pura memerintah itu benar-benar memerintah untuk memberikan semula kebaikan kepada rakyat bukan lagi soalnya. Cukup sekadar ada. Oleh sebab itu, orang Melayu sukar melakukan perubahan dalam politik. Dalam hal ini orang Melayu dianggap sejenis bangsa yang selesa, atau relaks.

Maka dalam sejarah kepimpinan Melayu, setiap kali ada pengkhianatan dan pembelotan, ia diterima seadanya. Ini kerana kalau ada raja, atau seketul atau beberapa ketul manusia yang dianggap boleh dan berkebolehan memerintah, ia sudah dianggap okey. Dalam erti kata lain, parameter Melayu terhadap pemimpin mereka sangat rendah, malah dalam beberapa keadaan tiada pun parameter atau skala pengukuran.

Sebagai contoh, tanpa kedatangan Portugis pada 1511, dapat dikatakan orang Melayu akan membiarkan diri mereka secara berterusan ditindas pemerintah Melaka ketika itu. Ini tidaklah bermakna saya mendukung kolonialisme, malah penaklukan kuasa asing terhadap orang Melayu hanya menambah beban sejarah. Cuma, saya ingin menunjukkan bagaimana orang Melayu okey dengan pengkhianatan dan kezaliman.

Sebagai contoh, dalam Sejarah Melayu kita mengetahui kegagalan Sultan Mahmud Syah memerintah Melaka. Baginda adalah raja, justeru kerajaan ketika Portugis menyerang Melaka. Peribadi baginda boleh dipertikaikan. Baginda digambarkan sebagai seorang pemimpin yang melimpah ruah hasad dan iri hati semata-mata didorong oleh nafsu syahwat yang meluap-luap kelaharannya. Baginda digambarkan sebagai seorang yang suka berzina malah dengan isteri orang, iaitu dengan isteri Tun Biajid yang merupakan anak Laksamana Hang Tuah.

Baginda juga pantang melihat perempuan muda cantik, di mana sejarah mencatatkan keberahian nafsu baginda yang gasang kepada wanita-wanita ini tidak kira kepada isteri atau tunang orang sekalipun. Maka kita membaca perihal kecantikan Tun Teja Ratna Benggala anak Bendahara Pahang yang meskipun sudah ditunangkan dengan Sultan Pahang, Sultan Abdul Jamil, tetap Sultan Mahmud meleleh, “baginda pun ingin rasanya akan anak Bendahara Pahang itu”.

Tidak cukup itu, Sultan Mahmud juga berdendam ke atas Bendahara Seri Maharaja kerana mengahwinkan anaknya Tun Fatimah jelita kepada Tun Ali tanpa pengetahuan Baginda yang juga terkecur dan berkenankan Tun Fatimah: “Baginda berkata dalam hatinya; ‘Jahatnya Pak Mutahir ini, demikianlah baik anaknya tiada ditunjukkannya kepada kita’. Maka Sultan Mahmud Shah berdendam di dalam hatinya akan Bendahara.”

Selain itu tatkala Laksamana Khoja Hasan menyebar fitnah Raja Mendeliar (setelah Laksamana dituba dengan emas sebahara) iaitu kononnya Bendahara Seri Maharaja sedang berkomplot “kasadnya hendak naik raja di dalam negeri Melaka”, maka Baginda pun tanpa banyak timbang terus bertindak membunuh Bendahara serta 3 orang pembesar kerabatnya, kerana “kabullah pada hatinya (yang berdendam), seperti kata orang mengantuk disorongkan bantal.”

Pembunuhan Bendahara Sri Maharaja ini menjadi asas kegoyahan yang paling dahsyat buat Melaka. Ini kerana kepimpinan Bendahara dan keperwiraan Tun Hasan Temenggung merupakan faktor utama dalam kemenangan Melaka menewaskan serangan pertama kuasa Portugis yang diketuai Gonzalo Periera, seperti yang disebut oleh Sejarah Melayu. Hanya dalam serangan Portugis yang ke-2 diketuai oleh Alfonso d’Albuquerque, yakni setelah pembunuhan 4 orang pembesar dan perpecahan dalaman yang parah, baru kalahlah Melaka.

Oleh semua kezaliman, dan pengkhianatan yang terjadi dalam pemerintahan apakah yang rakyat atau masyarakat Melaka lakukan? Sifar. Tiada. Relaks. Okey. Belaka. Pemimpin dianggap abah, tok ayah, bahkan dalam doktrin tradisional “bayang-bayang Tuhan di muka bumi”.

Ini semua memberi petanda selera politik atau kemampuan Melayu menilai pemerintahan yang baik amat rendah, comot, tidak cukup canggih dan ke hadapan, malah purba dan paling penting ia bertentangan dengan Islam. Maka tidaklah menghairankan hari ini, terdapat kumpulan kanan Melayu yang suka menjual kegemilangan Melaka, dengan mendiamkan atau menutup kezaliman dan penindasan berjela-jela.

Inilah sebab sasterawan Melayu bernama Fatimah Busu menuliskan seuntai sajak yang tidak perlu pun puitis. Ia berbunyi begini, yang tujuannya adalah untuk menyentak:

“Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat negaramu!
Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat bumimu!
Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat bangsamu!
Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat bahasamu!
Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat agamamu!”

Sajak ini termuat dalam “Gurindam Jiwa 50 Tahun Merdeka”, yang memaparkan Melayu sentiasa, dan memang okey dengan pengkhianatan. Malah, tidak keterlaluan dikatakan Melayu terbiasa dengan khianat. Kalau berniaga tidak khianat bukan Melayu. Kalau berpolitik tidak khianat lagilah bukan Melayu. Kalau beragama tidak khianatkan sunnah Nabi (dengan tidak mencegah mungkar orang atas) bukan juga Melayu.

Bezanya, selepas berlaku migrasi besar bangsa bukan Melayu iaitu Cina dan India ke Tanah Melayu, untuk setiap satu kebodohan dan kealpaan Melayu, mereka Melayu akan ada “punching bag” untuk dipersalahkan; “Apa lagi Cina mahu” atau “India balik negeri.” 

Sikap sambil lewa Melayu dengan khianat ini bukan sahaja jatuh atas pundak Melayu, tetapi juga jatuh atas jemala gugusan Melayu yang lain, misalnya Jawa. Mereka juga tahu betapa okey dan relaksnya Melayu dengan khianat tetapi melayan ia seperti biasa. 

Prabowo (terlepas dari kecenderungan politik beliau sendiri) pernah membaca sebuah sajak yang tajuknya “Asal Santun” ketika berkempen di Gelora Bung Karno, Jakarta pada 23 Mac 2014. Bunyinya begini:

“Asal Santun
Boleh bohong asal santun
Boleh mencuri asal santun
Boleh korupsi asal santun
Boleh khianat asal santun
Boleh ingkar janji asal santun
Boleh jual negeri asal santun
Boleh menyerahkan kedaulatan negara kepada asing
asal santun”

Jika menghuraikan apa itu kezaliman, rasuah, dan pengkhianatan sudah dianggap tidak bermakna, maka bagaimanakah kita melindungi rakyat, dan masyarakat keseluruhan dari petaka korupsi atau kejahatan pemimpin secara besar-besaran sekali lagi? Apakah yang perlu kita, di zaman moden lakukan?

Profesor Jerome Raymond Ravetz dari Institute for Science, Innovation and Society, Universiti Oxford menyatakan apa yang perlu dilakukan bukan lagi mencegah rasuah dan korupsi. Akan tetapi melakukan sesuatu yang lebih bermakna, iaitu mencegah aktiviti atau sebarang usaha upaya melindungi atau menyembunyikan rasuah dan korupsi tersebut. Justeru yang patut dilakukan kini bukan lagi menyelongkar korupsi tetapi menelanjangkan sebarang usaha untuk menutup korupsi itu sendiri.

Dalam tulisan beliau berjudul “Corruption” pada 2016, Ravetz menyatakan gandingan korupsi dan “cover-up” mestilah berani dirungkaikan. Beliau menyatakan, para sosiologi harus mulai mengkaji, bukan lagi tentang rasuah, tetapi tentang fenomena menutup apa yang sebenarnya ini. Kata beliau, “For, while corruption occurs at all levels, cover-up is the task of the higher levels responsible for direction and control. From this the lesson is that those at the top are never innocent. Indeed, it can be argued, the lower level corruption is the price of higher level corruption.”

Ravetz juga menulis betapa menjelaskan tentang skandal lebih mudah, tetapi memperihalkan tentang menutup apa yang sebenarnya jauh lebih payah. 

Apa yang berlaku ketika Kesultanan Melayu Melaka dahulu kala yang membuatkan orang Melayu dahulu, dan hari ini relaks dan okey bukan kerana mereka tiada agama justeru memejam mata segala kemungkaran; tetapi kerana kejahilan mereka diekploitasi orang atas dengan sungguh strategis lantas berlaku “cover-up” mempesonakan.

Contoh “cover-up” era tradisional adalah, kita biasa mendengar peristiwa Singapura dilanggar todak. 

Mengapakah fenomena alam itu lebih terkesan oleh orang Melayu berbanding rentetan sebelum atau selepas kejadian tersebut? Misalnya, kejadian “Singapura Dilanggar Todak” tidak dibaca sebagai peristiwa Tuan Jana Khatib dihukum bunuh raja kerana sebab remeh, atau kita tidak membaca judul Hang Nadim dibunuh raja meskipun menyelamatkan Singapura. Yang lebih menonjol bukan 2 peristiwa zalim tersebut, tetapi lebih kepada todak. 

Tidakkah menjengkelkan Melayu lebih sedihkan hal ikan dari pembunuhan tanpa belas kasihan.

Kita seterusnya mendengar kisah Sang Rajuna Tapa dan anaknya yang lawa itu dan jarang kita membaca dengan tajuk atau kata kunci begini; “Akibat Khianat, Singapura Dialahkan Majapahit.” Ini contoh cara “cover-up” yang pernah berlaku.

Salah satu cara mengenal pasti permulaan kepada menutup apa yang sebenarnya dalam politik moden ialah apabila agensi-agensi kerajaan diketuai oleh orang politik dan bukan lagi teknokrat atau para profesional. Ia adalah permulaan kepada penindasan, kezaliman dan korupsi.

Hari ini jika Melayu memejam mata kepada gejala di atas tanpa rasa bimbang, malah kekal okey. Relaks. Tidak apa. Atau bersikap ala orang Melaka pra 1511 yakni asalkan ada kerajaan. Atau lebih buruk, menyalahkan orang lain yakni meratib asalkan bukan Cina atau India; maka ketahuilah pusingan u yang penuh malapetaka akan berlaku sekali lagi.

Pusingan u itu adalah, kita sedang berpatah balik menuju destinasi lampau:

Selamat Datang Tirani.

Sumber: 
https://wrlr.blogspot.com/2020/04/khianat-dalam-sejarah-melayu-oleh.html

TERBUKTI DR MAZA MEMANG MERESTUI PENGKHIANATAN DAN CUBA MENGHALALKANNYA


Saya telah membaca jawapan Dr Maza ke atas salah seorang ahli Amanah yang bertanya kepada Mufti Perlis itu mengapa beliau menyokong pengkhianatan sehingga menjatuhkan kerajaan PH, iaitu kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU14 yang lalu. 


Dr Maza memberikan hujahnya, di antara lain;


1.  Isu janji PM7 Tun M kepada PM8, iaitu Anwar Ibrahim.  Dr Maza kata, beliau dan rakyat tidak terikat dengan janji2 tersebut.  


Hujah saya, seperti perjanjian Hudaibiyyah di antara Nabi Muhammad SAW, puak Islan dengan puak Musyrikin Mekah. Di antara syarat di dalam perjanjian tersebut, umat Islam hanya boleh masuk ke Mekah selama tiga hari sahaja.  Sekiranya, terdapat umat Islam yang melanggar perjanjian tersebut, bolehkah mereka beri alasan, "Saya tidak terlibat dengan janji di antara Rasulullah dengan Ketua Musyrikin Mekah?".  


Di dalam PH, manifesto PH menyebut tentang perjanjian berkenaan jawatan PM 7 Kepad PM 8 secara jelas dan diwar-warkan sebelum PRU14.  Di atas manifesto ini, rakyat bersetuju dan menyokong PH untuk menjadi kerajaan.  Kalau Dr Maza merasakan beliau tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut, tentunya Dr Maza telah memilih Bn di dalam PRU14 yang lalu agar kerajaan kleptokrasi itu kekal berkuasa.  Paling tidak, Dr Maza tidak langsung keluar mengundi.  Tetapi, rakyat yang memilih PH untuk menjadi kerajaan faham tentang manifesto PH termasuk janji untuk jawatan PM.  Yang membuat janji dan menyokong manifesto dan janji PH ini tidak boleh berlepas diri.  Mereka punyai hak untuk menyokong, menolak atau berkecuali.  Ini bukan soal 'faraid" kuasa.   Ini soal persefahaman di antara parti.  Faraid kuasa adalah seperti kerajaan sekarang, dapat jadi kerajaan tanpa mandat rakyat, kemudiannya faraidkan jawatan menteri sesama mereka.  


2.  Hujah Dr Maza, PM sekarang adalah dilantik oleh Agong mengikut Perlembagaan, maka ianya sah dan wajib disokong mengikut syarak. 


Hujah saya, jangan kaitkan Agong dengan isu2 politik kerana Agong tidak terlibat dalam menangani permasalahan dan pengkhianatan oleh orang2 politik.  


Saya beri contoh mudah, di dalam satu perlawanan bola sepak, Tim Dr Maza melawan Tim Mahathir.  Perlawanan itu sengit dan disaksikan oleh ribuan penonton.  Tiba2 di penghujung perlawanan, salah seorang pemain pettahanan Tim Mahathir dengan sengaja menendang bola masuk ke gawang gol sendiri, mungkin telah diberi rasuah oleh pihak Tim Dr Maza.  Adakah jaringan itu dikira?  Jawapannya, Ya, pengadil akan mengira jaringan tersebut.  Akibatnya Tim Mahathir kalah.  Para penonton menyaksikan sendiri pengkhianatan tersebut dan tentunya para penyokong Tun M merasa marah dan melabelkan pemain pertahanan tersebut "pengkhianat".  Wajarkah Pengadil dipersalahkan?  Jawapannya tidak.  Pengadil hanya buat keputusan berpandukan undang2 dan apa yang berlaku di hadapannya.  Pengadil tidak terlibat dengan strategi jahat Tim Dr Maza dengan merasuah pemain pertahanan Tim Tun M untuk memenangi perlawanan tersebut.  Begitulah kedudukan Agong di dalam isu ini.  Dr Maza jangan kaitkan Agong.  


3.  Dr Maza bercakap soal Rukun Negara pula.  Percaya kepada Rukun Negara, iaitu salah satunya "Kesetiaan kepada Raja dan Negara".  Dr Maza sangka kita tidak setia kepada Raja?  Meleset sangkaan Dr Maza kerana kita tidak kaitkan Raja dalam isu pengkhianatan ini.  Dr Maza lupa satu perkara lagi iaitu "keluhuran perlembagaan dan Kedaulatan Undang2".  Adakah mewujudkan kerajaan pintu belakang tanpa mandat rakyat ini bertepatan dengan "Keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang2"?.  Berdaulatkah sesebuah negara tanpa mandat rakyat?


4.  Dr Maza mengungkit peristiwa 16 Sept sewaktu PR cuba untuk mempengaruhi MP-MP dari Bn untuk sertai PR.  Bezanya amat jauh, wahai tok peti.  Mana2 parti memang tugas mereka sedaya upaya mendapatkan seramai mungkin pihak lawan untuk menyertai mereka.  Ini biasa dlm strategi parti.  Ini biasa berlaku di dalam umno juga, bahkan  parti Bersatu sendiri pun bawa masuk ramai MP Umno untuk sertai parti mereka.  Khianat yang dimaksudkan adalah sekumpulan ahli parti yang sedang memerintah yang membawa partinya keluar bersama beberapa MP dari kerajaan untuk bekerjasama dengan musuh mereka, bukannya pihak musuh yang membawa mereka keluar atau membeli mereka.  Kalau pihak umno atau Pas yang berjaya menarik mereka atau mereka melompat masuk parti Umno atau Pas, itu tidak menjadi isu sangat (walaupun khianat terhadap para pengundi mereka) kerana memang pihak musuh akan cuba mendapatkan seramai mungkin sokongan dari mana2 MP.  Tetapi, ini tidak berlaku.  Dr Maza tidak mahu ulas kah bagaimana satu ketika kerajaan negeri Perak di bawah Pas, YB Nizar tumbang angkara pengkhianatan juga?  Bukankah waktu itu, Pas melaknat perbuatan khianat tersebut sehingga mereka berbaring di tengah jalan hadapan istana bagi menghalang MB Umno, Zambry untuk angkat sumpah?  Sekarang, Pas pula bersubahat dengan pengkhianat?  Dr Maza tidak mahu ulaskah?


5.  Dr Maza ungkit pula tentang beberapa MP dan Adun Pas yang keluar parti untuk bersama Amanah, walaupun mereka ada 'Bai'ah" taat setia.  


Hujah saya, ini tidak perlu diulas panjang kerana Dr Maza sendiri pernah ulas tentang hukum "Bai'ah" itu sendiri, terpakai atau tidak.  Sila rujuk di Youtube, "fatwa" Dr Maza di dalam isu "Bai'ah" ini.  Manakala, kesemua MP atau Adun Pas yang meninggalkan Pas tersebut ada asas kuat untuk mereka keluar Pas kerana mereka tidak mahu khianat dengan undi rakyat yang mengundi mereka atas nama PR dan manifesto PR waktu itu. Kalau harapkan undi dari penyokong Pas sahaja, mustahil mereka boleh menang.  Mereka tidak mahu bersekongkol dengan Pas yang mahu keluar dari PR setelah rakyat beri kepercayaan kepada mereka atas nama PR.  Dr Maza sendiri tidak iktiraf "Bai'ah" berkenaan sebagai wajib dipatuhi.  


Cukup dulu beberapa hujah Dr Maza yang sempat saya ulas.  Sewajarnya, tindakan paling tepat yang boleh tok peti nasihatkan adalah, jangan masuk ikut pintu belakang tanpa mandat rakyat, sewajarnya adalah minta parlimen dibubarkan agar mandat itu diserahkan kembali kepada rakyat.  Bukannya merestui kerajaan pintu belakang tanpa mandat rakyat.  


WFAUZDIN NS

EXPORT BY MOSABIT
https://wrlr.blogspot.com/2020/04/terbukti-dr-maza-memang-merestui_10.html

Friday, April 10, 2020
Wahhhh....TERUK SUNGGUH PERANGAI DEPA NIH....

Begitu jahatnya sikap kebencian PAS apabila menggunakan medianya mengfitnah kepada aktivis Perubatan pulak.. Kononnya Dr Musa mengkritik Dr Noor Hisham.. lagi teruk mereka cuba kaitkan dengan DAP.. apa kena mengena ?

kelompok PAS ini, mereka menyerang Dr Musa, dan melagakan dengan Ketua Pengarah Kesihatan hanya bertujuan melagakan kedua tokoh ini.. Sama seperti sikap mahaguru Kebencian mereka yang cuba menghasut pemimpin gerakan Islam...

Tujuan utama depa hanya satu, menutup kelemahan Menteri Kesihatan dan Kerajaan tebuk atap yang gagal..Bayangkan tugas Menteri Kesihatan dan 2 timbalannya terpaksa dipikul Ketua Pengarah Kesihatan.. lalu mereka sebarkan kebencian menggunakn naratif Politik kebencian dan Ashabiyah... 

Begitulah juga kerja jahat depa, dan apa yg mereka fitnahkan kepada KSU KPDN dalam hal permit pengedaran arak Heinieken dan carslberg dalam tempoh KPK..Mereka sebarkan gambar KSU dengan bekas Menteri PH untuk beri gambaran KSU itu lantikan Politik...hari ini depa sebarkan gambar Dr Musa bersama Dr Dzul..

Apa yang dibangkitkan Dr Musa itu adalah reality dan hakikat..ia bukan menyentuh soal Pengarah Kesihatan..Ya.. Dr Hisham pun faham..tetapi dia hanya penjawat awam.. dia tak boleh berpolitik.. Dr Musa hanya sampaikan kelemahan dan Kegagalan kerajaan tebuk atap...

Apa yang dibangkitkan tentang keperluan perlindungan Frontliner memang tidak dipenuhi.. Kita lihat sendiri bagaimana barisan hadapan bergelut tanpa pakaian perlindunan PPE yang mencukupi.. ada yang sampai menggunakan plastik sampah sebagai ganti pakaian PPE..dan ramai dari kalangan NGO dan aktivis terpaksa menderma keperluan barisan depan negara..

Sebenarnya banyak kelemahan yang jelas dari Kerajaan samada tindakan mengawal wabak.. proses kuarantin dipintu masuk negara, sehinggalah kepada kelengkapan barisan depan.. jangan kata PPE, hatta Topeng muka yang dijanjikan pun masih belum diedarkan ketika tempoh PKP sudah hampir tamat..

Dr Noor Hisham jauh lebih kenal isi hati dan jasa Dr Musa dalam dunia perubatan.. Sebagaimana Pemimpin gerakan Islam dan Pemimpin Asia barat lebih kenal Tun Mahathir dan Ds Anwar.. tindakan kelompok Khawarij dan ruwaibidhah menyebarkan kebencian hanya menzahirkan sikap jahat mereka.. 

Bagi menutup semua kelemahan ini..Mereka ciptakan sentimen Politik, Jadikan Dr Noor Hisyam sebagai benteng..apalagi menggunakan sentimen perkauman bagi menutup kelemahan Kerajaan tebuk atap.. 

Depa dok ingat Dr Musa itu kemaruk dengan jawatan dan elaun sebagai penulis upahan seperti Dr kangkung pujaan PAS tu.. PAS hari ini lebih jahat dari UMNO..media UMNO tak seteruk Harakah mengfitnah..

Tak cukup melakukan fitnah kepada Penjawat awam,KSU kali ini mereka mengfitnah aktivis perubatan yang jelas menerima pengiktirafan Antarabangsa hatta Presiden Erdogan..

Alhamdulillah..Tak sampai sebulan mereka memerintah, Allah zahirkan sikap Jahat kelompok Khawarij dan ruwaibidhah ini.. :)

Ipohmali
Sumber: 

Tiada ulasan: