بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
•
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
•
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
•
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
•
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
•
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
•
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
•
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
•
AHAD 01 RABIULAWWAL 1434 (13 JANUARI 2013)
"Kalau" seumpama menafikan dari mempercayai Qada' dan Qadar. Contohnya "kalaulah dia masih hidup ................................". Kematian manusia itu bersebab, Allah S.W.T., jadikan setiap kematian manusia itu bersebab, setelah Allah S.W.T., memakbulkan permintaan Malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa iaitu Malaikat Izrail.
Tujuan Malaikat Izrail memohon kepada Allah S.W.T., setiap kematian manusia itu bersebab, supaya manusia tidak mengatakan Malaikat Izrail itu zalim terhadap manusia, apabila Allah memerentahkan Malaikat Izrail mencabut nyawa seseorang manusia seperti yang terkandung didalam Loh Mahfuz tentang riwayat seseorang manusia. Berlainan maksud dengan contoh ayat ini; ""Kalau boleh, pergilah ke sana dengan menaiki kapalterbang".
"Kalaulah dia tidak menaiki kapalterbang, mungkin dia masih hidup". Bila ayat ini dikaitkan dengan Qada' dan Qadar, penentangan atau redha dengan ketentuan Illahi kehendak kata-kata tersebut?. Yang hidup perlu menterjemahkan keredhaan dari sudut dalaman (amalan jiwanya) dan luaran (kata-kata dan perbuatannya).
Keinginan seseorang yang tidak terbatas, tidak mengingkut garis panduan hidup menurut Islam, akan menyebabkan seseorang itu bersikap dan berpeasaan tamak haloba dan berperasaan bermegah-megah. Bila hal ini terjadi pada diri seseorang, perkara pertama yang akan terjadi ialah sudut tutur katanya, seperti menyebut perkataan "kalau" yang tidak sealiran dengan Ketentuan Allah S.W.T..
Sebagai hambaMu Ya Allah, aku mohon perlindungan dariMu, dari melakukan kesilapan-kesilapan yang kecil, kerana jika aku tidak menyedarinya perkara ini akan semakin membesar dan akhirnya merosakan akidahku. Nauzubillah.
Wassalam.
Bolehkah perkataan KALAU mempengaruhi minda kita berdasarkan sesuatu berita. In Syaa Allah dipanjangkan umur, aku sebenarnya inginkan kepastian tentang banyak perkara, termasuklah hal yang digambarkan dan terkandung didalam berita dibawah.
Sumber: DariSungaiDerhaka - Wednesday, March 6, 2013.
Mahathir punca keganasan di Sabah?.
SAYA menyokong penuh cadangan dan gesaan Ketua Pembangkang,
Dato' Seri Anwar Ibrahim agar kerajaan memanggil satu sessi perbincangan meja
bulat peringkat Parlimen untuk mencari penyelesaian terhadap pencerobohan oleh
anasir asing di Lahad Datu yang kini sudah menular ke daerah lain di Sabah.
Dalam hal sama, kerajaan Negeri Sabah juga harus berbuat
demikian melalui Jawatankuasa Keselamatan di peringkat negeri yang turut
melibatkan kerajaan dan pihak pembangkang.
Saya juga menyeru kepada kerajaan untuk memberikan maklumat
serta merta dan tepat kepada rakyat mengenai perkembangan sebenar dan terkini
dan jangan membiarkan rakyat bergantung kepada berita dari luar negara;
khususnya berita melalui talian dari Filipina yang saya pasti tidak memberikan
maklumat sebenar yang memihak kepada negara kita.
Bagi pihak rakyat Malaysia di Sabah, saya menyalahkan bekas
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sebagai satu-satunya orang yang
bertanggungjawab kepada keadaan yang dihadapi oleh rakyat Sabah sekarang akibat
daripada Projek IC yang dimulakannya, di mana ribuan rakyat asing telah
diberikan kad pengenalan, terutamanya mereka yang datang dari Filipina sama
secara sah atau tidak atas alasan yang hanya dia sendiri yang tahu.
Saya juga sama sekali tidak setuju dengan kenyataan beliau
yang mengatakan bahawa pasukan keselamatan kita tidak melepaskan tembakan ke
arah pengganas atas alasan mereka adalah Islam.
Pandangan beliau ini bertentangan dengan pendirian yang
diambil oleh pihak berkuasa ke atas insiden Memali and puak Al-Maunnah di Sauk
dan kenyataan yang beliau keluarkan merupakan satu penghinaan kepada
kebijaksanaan rakyat Malaysia secara keseluruhan dan orang Sabah secara khusus.
Keadaan di Lahad Datu sepatutnya boleh dikawal dan
kehilangan nyawa di kalangan anggota keselamatan kita boleh dielakkan sekiranya
pihak berkuasa telah mengambil langkah yang sama.
Pencerobohan oleh anasir asing dan seterusnya kehilangan
nyawa di kalangan warga kita boleh dianggap sebagai satu tindakan menyerang
kedaulatan negara kita dan satu cabaran langsung yang ditujukan kepada DYMM
Yang DiPertuan Agong.
Oleh itu segala usaha seharusnya telah diambil secara
langsung bagi menangani masalah ini. Kegagalan dalam menangani krisis ini
secara serta merta menunjukkan bahawa sememangnya kerajaan persekutuan telah
gagal untuk melindungi kita dari pencerohohan anasir asing.
Sehubungan dengan perkara ini, saya menyeru kepada semua
pihak untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan kita untuk
menjalankan tugas mereka dalam mempertahankan kedaulatan kita dan saya juga
menyeru kepada semua pihak untuk tidak menyebarkan maklumat yang mungkin akan
menjejaskan operasi yang mereka jalankan.
Saya sesungguhnya bersimpati dengan keluarga wira kita yang
telah terkorban; kehilangan nyawa seperti ini boleh dielakkan sekiranya
kerajaan persekutuan telah mengambil tindakan pantas sebaik sahaja kedaulatan
negara kita berhadapan dengan ancaman sepertimana yang telah berlaku di Lahad
Datu.
Saya juga menyuarakan rasa turut sedih dan menyampaikan
ucapan takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang telah terkorban dan
berdoa agar mereka tabah menghadapi suasana yang menyedihkan ini. Inilah doa
ikhlas dari saya.
DATUK SERI WILFRED BUMBURING
Kredit:
Dia terperangkap atas nama kononnya toleransi yang sebenarnya tidak wujud pun, kerana toleransi tidak pernah menyebelahi dia.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan