Isnin, 28 Januari 2013

Kesegaran Minda. 28

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]

Firman allah s.w.t., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<<

Salam kaum Muslimin dan Muslimat yang diberkati Allah S.W.T..

Aku suka pokok-pokok. Tanam-tanaman pun aku suka. Aku jadikan hobi. Ilmu berbudi dengan tanah, aku dapat dari Allahyarham bapaku, Allahyarhamah ibuku, Allahyarham Yaie dan Allahyarhamah Nyai. Begitu juga sumbangan bapa-bapa saudaraku dan emak-emak saudaraku.

Jasa guru sains pertanian juga menyumbang minatku kepada bertani yang menjadi sebahagian hobiku. Perbincangan dengan rakan taulan dan sahabat handai, mendatangkan idea tambahan kepada kesegaran minatku. Melihat sendiri dan meneliti pelbagai projek landskap diseluruh negara Malaysia, Singapura dan Indonesia, telah membekalkan aku idea-idea penstrukturan tanaman hiasan. Sumber-sumber dari internet tentang pelbagai jenis tanaman juga memberi satu kemudahan kepadaku.

Cara menanam pokok ciptaan Allah S.W.T., dan mengisinya dengan bacaan selawat Nabi S.A.W., Al Fatihah dan Wirid pada mengEsakan Allah S.W.T., mendekatkan aku dan jiwa pokok dan tumbuh-tumbuhan kepada Maha Pencipta.

Meletakkan kedua-dua kepala lututku di permukaan tanah sewaktu menanam kelapa sawit, kelapa biasa, pisang, nenas, ubi dan pelbagai jenis pokok buah-buahan, mendekatkan aku dengan sebahagian pergerakan sewaktu solat. Penyesuain kaedah kedudukan aku ketika menanam pokok hiasan dalam pasu, juga menceriakan aku dengan sesuatu yang bercirikan keIslaman.




Menanam pokok-pokok sambil aku menghadap kiblat, berdoa kepada Maha Penciptanya, In Syaa Allah mendatangkan keberkatan rezeki dariNya. Tentu berbeza dengan gaya menanam pokok sambil mencangkung.

Aku suka bertukang. Membina rumah dengan gaya kreatif dan tenaga sendiri adalah cita-cita dan harapanku. Aku membancuh simen dengan air wuduk yang aku tadah. Mengajar aku memaksimamkan penggunaan air. Memohon perlindungan dariNya yang memberi aku ilmu pertukangan, mencetuskan idea memaksimamkan penggunaan air wuduk dalam pembinaan rumahku. Dalam semua pergerakkan pertukangan aku utamakan kalimah Bismillah. Begitu juga sewaktu aku melaksanakan sistem pendawaian elektrik dan perlaksanaan penyaluran paip air untuk seisi rumah kediamanku di dunia ini.

Amin, Amin, Amin Ya Allah., Alhamdulillah syukurku kepadaMu yang memberi izin untuk aku mempergunakan ilmu-ilmuMu dan mendorong aku berkongsi dengan muslimin dan muslimat hambaMu jua Ya Allah.

Wassalam.

Sumber gambar:
Makanan yang merangsang minda.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<<

Tiada ulasan: