بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
•
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
•
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
•
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
•
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
•
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
•
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
•
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
•
29 SAFAR 1434 (12 JANUARI 2013)
Di awal tahun ke dua aku bekerja, aku menyewa sebuah rumah kira-kira 2 kilometer dari sebuah bandar. Aku bekerja di sebuah pekan kecil, 16 kilometer jaraknya dari rumah sewaku.
Hidup bujang waktu itu. Satu petang sedang aku berehat (tidurlah), kira-kira tiga bulan aku tinggal di situ, aku terjaga sebab terdengar suara orang marah-marah. Aku kenal suara orang yang sedang marah-marah. Rupa-rupanya tuan rumah sewaku datang menuntut sewa rumah dengan jiranku. Aku tidak pernah kenal pun jiranku. Waktu itu duniaku rumah, tempat kerja, rumah. Bila keadaan reda aku jengah keluar. Aku lihat barang-barang jiranku melambak di depan rumah.
Waktu itu hujan mula rintik-rintik. Sebagai jiran, walau pun hari itu pertama kali aku tengok rupa jiranku, aku menawarkan dia menumpang di rumah sewaku buat sementara waktu dan membawa masuk perabut rumah dan barang-barangnya. Siap sahaja barang terakhir dibawa masuk ke rumah sewaku, hujan turun dengan lebatnya. Jiranku telah berkeluarga dan aku dimaklumkan olehnya, isteri dan dua orang anaknya yang masih kecil telah dihantar pulang ke kampung isterinya, beberapa hari sebelum kejadian tersebut.
Aku dan bekas jiranku menjadi rakan serumah. Bekas jiranku ini peniaga roti canai. Sejak itu mulalah dia menyiapkan dan memasak barang-barang keperluan niaganya di rumah sewaku. Dia rajin memasak untuk makan tengahari, bila aku pulang dari kerja. Diam tak diam telah dua bulan lebih dia tinggal bersama-sama aku, tanpa aku minta dia berkongsi membayar sewa rumah, bayaran bil air dan letrik.
Satu masa di awal bulan motosikalnya rosak dan dia meminjam motosikalku yang baru sahaja aku baik pulih. Dia menghantar aku ke rumah kawan sekerja aku setiap pagi dan aku menumpang kereta kawan sekerjaku untuk pergi dan balik kerja. Rakan serumahku akan menjemputku di bandar untuk pulang ke rumah sewaku. Aku pernah jalan kaki dari bandar ke rumah sewaku semata-mata kawanku ketiduran. Diam tak diam hampir sebulan juga dia meminjam motosikalku. Akhirnya di hujung bulan motosikalku rosak lagi, gara-gara dia tidak mengisi minyak 2T, walau pun telah diperingatkan oleh kawannya, minyak 2T sudah keluar tanda amaran. Aku baiki semula motosikalku dan rakan serumahku yang merosakkannya lepas tangan begitu sahaja tentang perbelanjaan membaik pulih motosikalku. Awal bulan tukar piston, akhir bulan tukar piston lagi, motosikalku. Allah S.W.T., beri aku kesabaran lagi.
Satu hari di bulan Julai, dia mengadu tidak kecukupan modal untuk berniaga hari itu dan meminta aku membantunya. Aku bantu dengan menghulurkan sedikit wang. Sayangnya keesokkan harinya, aku ternampak sehelai reset unisex saloon, yang bertarikh hari semalam. Sedihnya aku, aku sendiri tidak pernah pergi ke tempat seperti itu. Sampai ke hari ini hutang tersebut masih tidak berbayar dan aku pun tidak tahu orang itu sekarang ghaib entah ke mana. Aku halalkan.
Bulan September aku tinggal sementara di tempat kerjaku, kerana aku ada projek selepas waktu bekerja. Projek mencantikkan tempat kerjaku. Bilik aku di rumah sewaku, aku kunci. Sesekali aku pulang menjengah rumah sewaku. Satu hari aku pulang ke rumah sewaku di bulan Oktober, aku lihat ada orang asing sedang nyenyak tidur di rumah sewaku. Waktu itu aku sudah berubah sikap. Aku tidak bertindak mengejutkan orang asing di rumah sewaku. Waktu itu secara senyap-senyap aku cabut fius letrik di peti fius. Aku tanggalkan juga fius utama di luar rumah yang terletak bersebelahan dengan meter letrik. Aku bawa pergi fius-fius tersebut dan tinggalkan rumah sewaku buat sementara waktu.
November aku balik ke rumah sewaku. Aku lihat rumah sewaku seperti rumah tinggal. Bilik aku dipecahkan. Mujur tiada barang yang hilang. Di ruang dapur renyukkan kertas surat khabar memenuhi ruang dapurku. Aku hanya mampu berIstigfar, jiran yang aku tolong dulu, melakukan sedemikian rupa terhadapku. Alhamdulillah, aku tidak mengambil apa-apa tindakkan diluar peri kemanusiaan terhadapnya, sebab aku hamba Allah S.W.T..
Wassalam.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL
'IMRAN (3):185]
Firman allah s.w.t., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang
yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq)
menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha
mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.
Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa
yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah
jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120].
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi
lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah
S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk
kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada
kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba
Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan