Sabtu, 19 Januari 2013

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri., Bercakap Bohong Lama-Lama Mencuri. 14.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ


 •
07 RABIULAWWAL 1434 (19 JANUARI 2013)

Siakap  Senohong Gelama Ikan Duri., Bercakap Bohong Lama-Lama Mencuri.

Setelah berbuat salah dengan merosakan sesuatu peralatan, memusnahkan sesuatu barang, atau melakukan perbuatan yang salah, seseorang yang bertindak secara jujur akan mengakui kesilapan, kerosakan atau kemusnahan yang telah dilakukan. Ada juga yang lebih suka berlaku pecah amanah dengan menafikan perbuatan salah yang telah dilakukannya.

Menghargai pengakuan yang jujur seseorang, yang telah melakukan kesilapan adalah jalan yang terbaik untuk menghindari seseorang itu dari terus melakukan kesilapan yang serupa dan lain-lain kesilapan. Nasihat, tunjuk ajar dan sokongan semangat akan dapat mematangkan seseorang dengan perlakuan yang lebih baik dan berpegang teguh kepada kejujuran. Orang yang bersikap jujur akan dengan rasa yakin untuk memohon maaf diatas kesilapan dan kesalahan yang dilakukannya.

Sesetengah orang lebih suka bersikap pecah amanah dengan berbohong, untuk melindungi perbuatan dan perlakuan salahnya. Jangan haraplah sipenipu ini memohon maaf diatas perbuatannya itu. Kita sedia maklum berbohong adalah satu sifat keji yang tidak patut dilakukan oleh seseorang.


Tidak jujurnya seseorang akan menyusahkan orang lain. Orang lain yang tidak terlibat langsung dengan perbuatan salahnya, akan turut dipanggil, ditanya siapa yang melakukan itu, ini.

Lebih teruk lagi orang yang berbohong atau penipu ini akan mengugut saksi yang melihat kejadia atau kesalahan yang dilakukannya, supaya  mendiamkan diri. Maksudnya dengan ugutan tersebut penipu ini akan mengajar orang lain supaya turut berbohong sepertinya.
Kejujuran akan mendatangkan ruang untuk seseorang menambahkan ilmu pengetahuan. Orang yang jujur memperakui kesilapannya, berpeluang mendapat tunjuk ajar dan tip-tip nasihat, yang amat berguna dalam kehidupan seharian. Dengan pengetahuan tambahan tersebut, ruang melakukan kesilapan yang serupa akan semakin kabur dan kedewasaan atau kematangan seseorang itu akan semakin menyerlah. Kejujuran akan mengajar seseorang itu erti ketabahan, erti keberanian dan pastinya sealiran "berani kerana benar".

Punca ketidak jujuran seseorang, wajar dikesan dan dicari, sebelum terlambat. Sebelum seseorang itu mengalami kerosakan peribadi dan perwatakan yang lebih teruk dan tidak terkawal. Bukanlah bertujuan untuk saling salah menyalah antara satu sama lain. Masing-masing wajar bermuhasabah diri dengan nawaitu kerana Allah S.W.T.. Dengan ini masing-masing terlindung dari dari gangguan syaitan laknatullah.

In Syaa Allah hidup kita semua dalam keampunanNya, dalam keberkatanNya, dalam perlindunganNya, dalam rahmatNya, Allah S.W.T., pencipta dan pemilik sekelian isi kandung alam.

Wassalam.



"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
 eaho™.

Tiada ulasan: