Ahad, 3 Februari 2013

Angkara Musuh Dalam Selimut. 36

>>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<<

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. Meja pECEq 
22 RABIULAWWAL 1434 (03 FEBRUARI 2013)
Gunting Dalam Lipatan kira bermaksud sama dengan Musuh Dalam Selimut. Tahu-tahu pakaian kita rosak sebab ada gunting dalam pakaian berlipat.
Amat bahaya kalau seseorang berwatak sedemikian disekeliling kita. Lagi teramat bahaya kalau kita sendiri berwatak gunting dalam lipatan.

Manusia berwatak gunting dalam lipatan, cerdik jahatnya. Dia tidak kisah soal maruah. Tidak jadi hal tentang harga diri. Tidak peduli akibat dari perlakuan bermuka-muka atau seumpama tingkah-laku Talam Dua Muka. Jenis ini mementingkan pencapaian niat jahatnya. Mana ada niat baik, kalau sudah sebati dengan watak yang syaitan laknatullah suka ini.
Dia akan pastikan dia berjaya menghuru-harakan keadaan, berjaya menjatuhkan maruah seseorang dan tercapai hajatnya untuk menjahanamkan keperibadian seseorang di mata masyarakat.  

Baling Batu Sembunyi tangan., pastinya manusia berwatak musuh dalam selimut akan Mengadu Dumba, menabur fitnah dan menimbulkan tuduhan palsu terhadap saingannya atau individu yang boleh mencabar kedudukannya dan tidak segan silu melakukan jenayah terancang.
Kita sebagai hambaNya Allah S.W.T., sentiasalah bermohon kepadaNya supaya kita dihindari dan dilindungi dari perbuatan tuduhan palsu dan fitnah. Manusia yang telah sebati dengan fitnah, dia sudah tidak peduli dosa dan pahala. Yang penting niat jahatnya terlaksana.

Mereka termasuk golongan yang mudah lupa, lalai dan tergolong antara golongan yang sesat lagi menyesatkan. Untuk mereka, kita mohonkanlah kepada Allah S.W.T., supaya diberi cahaya keInsafan dan lapangnya pintu taubat, sebelum kematian menyusuli perbuatan durjananya.

Kesan fitnah yang dilakukan oleh golongan yang sesat lagi menyesatkan ini kepada orang ramai, masyarakat, dan bangsa., begitu jauh sehingga sukar untuk mengubah persepsi mereka bahawa tuduhan itu merupakan fitnah, walau pun mangsa fitnah itu dibuktikan tidak bersalah mengikut hukum perundangan dunia. 
Pemfitnah sedar, dia ramai pengikut dan ramai percaya kata-katanya serta amat berpengaruh apabila berkata-kata, umpama bibir syaitan laknatullah. Kesempatan inilah dan kelebihan yang dia ada, dipergunakan untuk jalan songsang serta sesat lagi menyesatkan dengan mengengkari Perentah dan Larangan Allah S.W.T..
Allah Maha Pengampun, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Amalkanlah apa yang Allah S.W.T., perentah dan jauhilah segala larangannya. Kalau sudah terlanjur perbuatan, insaflah dan taubatlah selagi pintu taubat masih terbuka. In Syaa Allah kita menjadi hambaNya yang sayang kepada TuanNya Tuhan Yang Satu Allah S.W.T., menjadi hambaNya yang diredhaiNya, dirahmatiNya. Berkat selamat hidup dunia dan akhirat.

Amin Ya Rob.

Wassalamu.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
>>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<<

Tiada ulasan: