Isnin, 4 Februari 2013

Salah. 39

 




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

 •
Meja www.peceq.blogspot.com  


  • 23 RABIULAWWAL 1434 (04 FEBRUARI 2013)
    Salam semuanya Muslimin dan Muslimat. In Syaa Allah diberkati, dirahmati Allah S.W.T., sentiasa. 
    Perkataan salah bermaksud "tidak betul", "tidak benar", "tidak tepat", "kurang tepat" dan sebagainya. Kalau zaman sekolah dulu kalau buat latihan salah kena buat "semula" title dia. Sekarang "pembetulan". Istilah pun beredar mengikut peredaran zaman.

    Mengkayakan perkataan "salah" akan wujud beberapa perkataan yang membentuk kepelbagaian maksud. Antaranya pesalah, dipersalahkan, tersalah anggap, menyalahkan, menyalahi, salah tanda, salah pilih, salah baca, salah faham, terasa bersalah, bersalah, merasa bersalah, salah cakap, salah buat, salah kata dan sebagainya.
    Bayangkan kalau tidak salah, tetapi dipersalahkan. Ada yang berdiam diri, ada yang berhujah mempertahankan diri. Tak pasal-pasal jadi pesalah. Lain pula halnya kalau salah pilih. Ada yang boleh diperbetulkan apabila salah pilih. Beli baju, tapi tersalah pilih, boleh tukarkan dengan persetujuan pemunya kedai. Kalau pemunya kedai buat tak layan, hampa jadinya. 

    Amat payah untuk aku merasa kesal, pasti ada sebabnya. Tidak terjangkau aku untuk merasa riak. Tetapi hasil dari didikan jiwa dari kedua ibu bapaku. Bagaimana pun ada yang tidak boleh ditukar kalau tersalah pilih. Tahanlah kalau tahan, tanggung sampai mati. Mula-mula memang rasa tidak salah pilih. 
    Tetapi lama kelamaan sudah mula nampak terasa tersalah pilih. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya (selalu Allahyarham bapak ingatkan aku semasa hayatnya). Buatlah betul-betul supaya tidak menyesal dikemudian hari, pesan Allahyarham bapakku selalu, semasa hidupnya. Al Fatihah untuk bapak dan emak kita., Al Fatihah.

    Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian., perumpamaan ini pun Allahyarham bapak sering menyebutnya, untuk mengingatkan aku masa zaman kanak-kanak, zaman sekolah dan waktu di alam remaja. 

    Alhamdulillah aku diberi Allah S.W.T., ingat sampai sekarang apa Allahyarham bapak nasihatkan dan tegur semasa hayatnya. Aku perturunkan apa pesan, nasihat dan teguran Allahyarham bapak dan Allahyarhamah emah kepada adik-adikku, isteriku dan anak-anakku. 

    "Tak jadi orang" agaknya aku, andai aku tidak patuh nasihat, pesan-pesan dan teguran ke dua ibu bapaku dan kalangan ahli keluargaku. 
    Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali dan Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua... itulah antara pesan-pesan emak dengan bapak semasa hayatnya., agar aku dan adik-adikku anak-anaknya menjadi orang yang berguna kepada Islam, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

    Bukan salah ibu mengandung. In Syaa Allah, bapak, emak., "bisik hati kecilku" apa yang bapak dan emak ajari, nasihati, teguri dan pesani, semasa hayatmu, sentiasa aku ingat dan aku panjang-panjangkan kepada adik-adikku, anak menantumu, cucu-cucumu dan juga kepada seseorang yang sedang menjadi pembaca blog ini. 

    Aku sayang bapak, aku sayang emak, aku sayang semuanya. Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Pengampun, Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Pencipta, Allah Maha Berkuasa, Allah Pemilik segala isi alam. Amin, Amin, Amin Ya Rob...
    "Ialah nanti dah besar, engkau nak kayuh basikal tua, belakang tong getah"... kata-kata kenangan, kata-kata motivasi Allahyarham bapak, bila aku malas-malas belajar, satu masa dulu. 

    Bila teringat kata-kata itu, aku tersenyum sendiri dan terasa dekat dengan bapak dan emak. Ya Allah Engkau ampuni kedua ibubapaku, limpahkan rahmatMu kepada ibubapaku Ya Allah. Amin

    Wassalam.
    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP



Perhatian:
 Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: