Ahad, 23 Jun 2013

614. Antara langkah-langkah memperolehi keredaan dan keberkatan Allah SWT.


          Antara langkah-langkah memperolehi keredaan
                  dan keberkatan Allah SWT

    * Menyebut nama Allah ketika bangun dari tidur.
    * Mengutamakan solat subuh di masjid.
    * Hendaklah pembukaan hari itu dengan berdoa semuga  
       semuga Allah mengurniakan rezeki halal.
    * Pohonnlah perlindungan Allah dari azab neraka.
    * Pohon di perkenan Allah akan nikmat syurga.
    * Menjaga dan berusaha menunaikan solat fardhu di masjid.
    * Sentiasa melakukan solat Rawatib dan sunat yang lain.
    * Bersembahyang dengan penuh khusuk dan tadabbur
       (memerhati bacaan didalam solat itu).
    * Bertaqwa kepada Allah dalam semua aspek kehidupan.
    * Memuji Allah di atas kurniaan nikmat agung (beragama Islam).
    * Memuji Allah di atas nikmat kurniaan pendengaran,
       penglihatan, akal fikiran dan segala nikmatNya.
    * Merebut peluang saat "tul ijabah" (masa yang cukup mudah
       untuk diterima doa).
    * Beramal dengan kandungan al Quran yang dibaca @ dihafaz.
    * Beramal dengan kandungan al Hadis yang dibaca @ dihafaz.
    * Menaruh minat dalam pembelajaran ilmu agama yang membentuk
       peribadi muslim sejati dengan menghadiri kelas pengajian
       Islam @ majlis ilmu yang bersangkutan.
    * Berusaha menghindari semua anggota badan dari melakukan
       perkara haram.
    * Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
    * Mwnziarahi orang sakit dan sedia membantu mereka.
    * Apabila mereka meninggal dunia iringai jenazah dan ucaplah
       takziah kepada keluarga mereka.
    * Mengajak kepada makruf (berbuat baik) dan mencegah
       kemungkaran (kejahatan).
    * Menasihati saudara seagama kerana Allah.
    * Mengutamakan pertolongan kepada saudara seagama dan
       menunaikan hajatnya apabila diperlukan.
    * Tidak memungkiri janji dan benar janjinya.
    * Ikhlas segala amalan yang lahir @ batin kerana merasakan
       Allah melihat dan memerhatikannya.
    * Berhemat ketika miskin @ kaya, dengan erti kata tidak
       boros dan tidak bakhil harta benda yang dikurniakan
       oleh Allah kepadanya.
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..


Tiada ulasan: