بِسْمِ اللَّهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ
نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ
المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ
المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang
yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu
(seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai).
Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka
sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka
pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih
besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika
kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran
ayat 118-120]
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA.
eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Baca Juga:
1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.
Baca Juga:
1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.
Maksud Surah Al-Fil.
===========================================================بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Tidakkah
engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada tentera (yang
dipimpin oleh pembawa gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah Dia
telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia? Dan
Dia menghantarkan / mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong.
Yang melempari mereka dengan batu (berasal) daripada tanah yang terbakar. Lalu
Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).
Burung Ababil
- Dalam surah al-Fil diterangkan bahawa Allah SWT menyelamatkan Kaabah daripada serangan orang kafir yang ingin menghancurkan syiar agama-Nya dengan cara menghantar burung Ababil.
- Burung-burung itu melempar pasukan bergajah dengan batu panas dan beracun sehingga mereka diserang penyakit dan menemui maut.
- Pasukan bergajah Abrahah itupun hancur bagai daun kayu dimakan ulat dan mereka akhirnya menemui ajal masing-masing.
- Abrahah sendiri, menurut salah satu riwayat, menemui ajal ketika sampai di kota asalnya, Sanaa di Yaman.
Pasukan tentera bergajah
- Kata ashbab al-fil dalam surah al-Fil ayat pertama merujuk kepada pasukan bergajah yang dipimpin oleh Abrahah, gabenor Yaman yang berada di bawah kekuasaan Raja Najashi dari Habsyah.
- Abrahah dan pasukannya yang menunggang gajah berhasrat untuk menghancurkan Kaabah agar orang Arab tidak lagi menunaikan ibadah haji di sana, tetapi di gereja yang telah dibinanya di Yaman.
- Sepanjang menuju ke Mekah, Abrahah dan pasukannya mengalahkan semua pihak yang berusaha menghalangi usaha mereka.
- Sebelum tiba di Mekah, Abrahah bersama pasukan bergajahnya menghantar utusan memberitahu penduduk Mekah bahawa penyerangan dilakukan itu bertujuan untuk menghancurkan Kaabah, bukan untuk memerangi masyarakat kota itu.
Abrahah dan tentera bergajah dihancurkan.
Abrahah dan tentera bergajah dihancurkan Allah
swt dengan lontaran batu Sijjil daripada neraka yang diriwayatkan sebesar
sebiji kacang yang mana telah dibawa oleh burung Ababil. Lontaran batu tersebut
bagaikan hempasan peluru berpandu sehingga menghancurkan seluruh tentera bergajah
miliknya. Allah swt mengibaratkan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat.
Sumber: - AZAB ALLAH KEPADA TENTERA BERGAJAH YANG AKAN MENGHANCURKAN KA'BAH (nuryasminnadhirahadam.blogspot.com) .
===========================================================
MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA - KHUTBAH JUMAAT . 16 MEI 2003M / 14 RABIULAWAL 1424H
Peristiwa Di Bulan
Rabiulawal.
Ma’asyiral Mukminin Rahimakumullah,
Sebagaimana kita maklumi, di bulan Rabiulawal ini telah dilahirkan seorang Nabi dan Rasul yang terakhir bagi umat manusia dengan membawa risalah Islam yang benar. Setiap kali tibanya bulan yang mulia ini, umat Islam memperingati kelahirannya dengan pelbagai sambutan seperti majlis selawat, ceramah, forum-forum dan sebagainya.
Selain dari itu, umat Islam juga digalakkan supaya meneladani dan mencontohi keperibadian serta perwatakan Rasulullah s.a.w. Sabda Baginda s.a.w.,
Maksudnya: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
Jika kita menyingkap sejarah di bulan Rabiulawal, banyak peristiwa yang berlaku. Antaranya ialah, peristiwa tentera bergajah melanda Ka’bah. Kewafatan Baginda s.a.w. Bermulanya tarikh Hijrah yang boleh kita menggambil I’tibar dan pengajaran disebalik peristiwa-peristiwa tersebut.
Sidang Jumaat sekalian,
Tahun kelahiran Baginda dikenali juga dengan tahun gajah. Kerana pada waktu itu telah berlaku satu peristiwa besar, serangan tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah ke atas kota Mekkah. Serangan itu bertujuan untuk meruntuhkan Ka’abah supaya orang-orang Arab pada masa itu mengalihkan qiblat mereka ke Yaman.
Peristiwa tersebut digambarkan dalam surah yang khusus iaitu surah Al-Fil:
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Peristiwa lainnya ialah kewafatan Rasulullah s.a.w. Bukan sahaja kelahiran baginda berlaku di bulan Rabiulawal, malah kewafatannya juga pada bulan yang sama. Setelah tiga bulan Baginda pulang dari mengerjakan haji yang terakhir, baginda jatuh sakit. Penyakit Rasulullah s.a.w. semakin hari semakin bertambah berat dan membimbangkan.
Orang Islam Madinah khasnya kaum Ansar telah berhimpun berhampiran masjid tempat kediaman Baginda. Baginda pun keluar dipapah oleh sahabat-sahabatnya dan didudukan di atas tangga mimbar menemui orang ramai yang menunggu di situ dan berucap, maksudnya:
“Wahai orang-orang Islam! Aku mendapat tahu bahawa kamu sekalian begitu bimbang akan kewafatan Nabi kamu. Adakah pernah berlaku seorang Nabi sebelum daripadaku diutuskan oleh Allah hidup kekal, tidak wafat? Ketahuilah sesungguhnya aku akan meninggalkan kamu, kembali ke rahmatullah dan kamu sekalian juga akan menurut saya. Aku suka berpesan kepada kamu sekalian, wahai orang Ansar, supaya sentiasa berbaik-baik dengan orang Muhajirin. Begitu juga orang Muhajirin hendaklah berbaik-baik dengan orang Ansar!”
Kewafatan Baginda di bulan Rabiulawal setelah 23 tahun menjadi Rasul merupakan suatu peristiwa sedih dan menyentuh hati bagi seluruh umat Islam. Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan apa-apa untuk dipusakai. Seperti harta benda, rumah, gedung, kenderaan dan sebagainya. Rasulullah s.a.w. hanya meninggalkan dua pusaka yang amat bernilai iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah. Selama mana kita berpegang kepada sumber ini, kita tidak akan sesat dan terpesong dari jalan kebenaran.
Allah berfirman surah An-Nisa ayat 69
Sidang Hadirin sekalian,
Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. pada bulan Rabiulawal, umat Islam pada masa itu menghadapi ujian besar yang hampir-hampir tercetus peperangan sesama sendiri berikutan perselisihan yang timbul siapakah yang bakal menggantikan Rasul.
Namun atas kebijaksanaan sebahagian sahabat besar Rasulullah s.a.w keadaan tersebut berjaya dipulihkan hasil perhimpunan mereka di serambi bani Saadah yang berkesudahan memilih dan melantik Saiyidina Abu Bakar menjadi Khalifah pengganti Rasul. Pada bulan Rabiulawal ini jugalah berlakunya perlantikan Abu Bakar As-Siddiq r.a. menjadi khalifah di Masjid Nabawi dihadapan ribuan umat Islam.
Ma’syiral Muslimin Rahimakumullah,
Antara peristiwa penting di bulan ini ialah, terasasnya tarikh Hijrah yang diusahakan oleh Saiyidina Umar bin Al-Khattab r.a. dan digunakan oleh seluruh dunia Islam sehingga hari ini. Sekalipun dalam proses tersebut beliau menerima berbagai-bagai usulan. Namun Khalifah Umar berpendapat bahawa peristiwa hijrah adalah suatu detik sejarah yang amat penting. Kerana ianya merupakan titik tolak sejarah Islam tersebar ke seluruh semenanjung Arab.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Antara pengajaran yang dapat kita ambil dari peristiwa-peristiwa tersebut ialah:
Pertama, kekuasaan Allah mengatasi segalanya. Kalau kita lihat secara kasar, burung-burung yang lebih kecil dari gajah tidak akan dapat menandingi kekuatan tentera bergajah. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Burung-burung itu berjaya mematahkan rancangan tentera bergajah sehingga mereka menjadi hancur seperti daun-daun yang dimamah ulat.
Kedua, setiap yang hidup akan mati. Tiada apa yang kekal di dunia ini kecuali Allah s.w.t. walau sekuat mana sekalipun seseorang itu, namun ajal datang tanpa mengira masa, kedudukan, pangkat dan harta. Sepertimana berlaku keatas para Anbiya’ullah.
Firman Allah s.w.t.
Maka gunakanlah masa yang tinggal kita dengan baik dan penuhilah dengan ibadah. Setiap apa yang kita lakukan termasuk muamalah sesama insan adalah dianggap ibadah. Maka hayatilah dan contohi keperibadian Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan kita seharian sebagai contoh yang unggul.
Akhir sekali, marilah kita sama-sama menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w, kerana kehadiran Baginda dapat merubah keadaan sebuah masyarakat yang terpinggir pada ketika itu menjadi sebuah masyarakat yang mencipta sejarah menjadi sebuah masyarakat yang amat disegani dan disanjungi, kerana kemampuan mereka menguasai dunia dalam masa yang begitu singkat dengan membawa obor Islam ke pelusuk dunia. Cubalah kita fikirkan dan renungkan bersama Rasulullah sebagai rahmat, bukanlah bermakna kehadiran Baginda dalam masyarakat dihadiahkan denagn bunga-bunga atau dihamparkan dengan permaidani indah. Akan tetapi Baginda menghadapi ranjau dan duri dalam menyampaikan dakwah Islamiyah.
Jadi tidak cukup, jika setiap kali datangnya bulan Maulun ini kita hanya sambut dengan mengulangi bercerita tentang kehebatan-kehebatan umat terdahulu sedangkan kita sendiri tidak mengambil I’tibar daripada apa yang telah mereka capai. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 134:
Bermaksud: “Itu adalah
umat yang lalu, bagi mereka apa yang telah diusahakan dan bagimu apa yang sudah
kamu usahakan, dan kamu tidak akan dipertanggungjawabkan tentang apa yang telah
mereka lakukan”
=========================================================
SUMBER: Iktibar Peristiwa Bulan Rabiulawal - Majlis Ugama
Islam Singapura -
www.muis.gov.sg/websites/rservices/oom.../K1077.do...Translate this page - May 16, 2003 - Kerana pada
waktu itu telah berlaku satu peristiwa besar, serangan tentera bergajah
yang dipimpin oleh Abrahah ke atas kota Mekkah. More results for peristiwa serangan
bergajah yang dipimpin oleh raja abrahah
Al-Fil kisah kekalahan tentera Abrahah.
TAHUN kelahiran Nabi Muhammad SAW
dikenal dengan nama Tahun Gajah. Dinamakan demikian kerana pada tahun tersebut
terjadi peristiwa besar, iaitu penyerangan pasukan tentera bergajah yang
dipimpin oleh Abrahah, gabenor Yaman ke Kota Mekah dengan tujuan menghancurkan
Kaabah.
Abrahah berharap dengan hancurnya
Kaabah, maka orang Arab akan beribadat di gereja yang telah dibinanya di Yaman.
Penduduk Mekah sendiri, apabila mengetahui rancangan Abrahah tersebut, mereka
tidak memberikan tentangan kerana meraka sedar bahawa pasukan musuh terlalu
kuat untuk dikalahkan.
Namun sebelum semua itu terjadi,
Allah SWT menunjukkan kekuasaan-Nya dengan menghancurkan pasukan tentera bergajah
melalui kawanan burung Ababil. Peristiwa ini dijelaskan di dalam al-Quran, yang
terdapat dalam surah al-Fil.
Burung Ababil
Dalam surah al-Fil diterangkan
bahawa Allah SWT menyelamatkan Kaabah daripada serangan orang kafir yang ingin
menghancurkan syiar agama-Nya dengan cara menghantar burung Ababil.
Burung-burung itu melempar pasukan
bergajah dengan batu panas dan beracun sehingga mereka diserang penyakit dan
menemui maut.
Pasukan bergajah Abrahah itupun
hancur bagai daun kayu dimakan ulat dan mereka akhirnya menemui ajal
masing-masing.
Abrahah sendiri, menurut salah satu
riwayat, menemui ajal ketika sampai di kota asalnya, Sanaa di Yaman.
Pasukan tentera bergajah
Kata ashbab al-fil dalam
surah al-Fil ayat pertama merujuk kepada pasukan bergajah yang dipimpin oleh
Abrahah, gabenor Yaman yang berada di bawah kekuasaan Raja Najashi dari
Habsyah.
Abrahah dan pasukannya yang
menunggang gajah berhasrat untuk menghancurkan Kaabah agar orang Arab tidak
lagi menunaikan ibadah haji di sana, tetapi di gereja yang telah dibinanya di
Yaman.
Sepanjang menuju ke Mekah, Abrahah
dan pasukannya mengalahkan semua pihak yang berusaha menghalangi usaha mereka.
Sebelum tiba di Mekah, Abrahah
bersama pasukan bergajahnya menghantar utusan memberitahu penduduk Mekah bahawa
penyerangan dilakukan itu bertujuan untuk menghancurkan Kaabah, bukan untuk
memerangi masyarakat kota itu.
Kekuasaan Allah SWT
Surah al-Fil mengajar kepada kita akan kebesaran kekuasaan Allah SWT yang dapat melakukan apa saja yang Dia kehendaki, baik melalui hukum sebab-akibat yang sudah lumrah mahupun di luar hukum tersebut untuk menghalangi setiap langkah dan tindakan yang menentang aturan-Nya.
Hal ini terbukti ketika Allah SWT
menghancurkan pasukan bergajah hanya dengan menghantar kawanan burung Ababil.
Surah Makkiyah
Surah al-Fil merupakan surah ke-18 yang diterima oleh Rasullulah SAW daripada Allah SWT. Di dalam mushaf al-Quran, surah ini ditempatkan pada urutan ke-105.
Surah al-Fil adalah salah satu surah
pendek yang terdapat pada bahagian akhir al-Quran. Ia diturunkan di Mekah,
sebelum Nabi SAW dan pengikut baginda berhijrah ke Madinah.
Oleh sebab itu, surah ini
dikategorikan sebagai surah Makkiyah.
Nama al-Fil sendiri diambil daripada
ayat pertama surah ini yang bererti "gajah".
Maksud surah al-Fil
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada tentera (yang dipimpin oleh pembawa gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia?
Dan Dia menghantarkan / mengirimkan
kepada mereka burung yang berbondong-bondong.
Yang melempari mereka dengan batu
(berasal) daripada tanah yang terbakar.
Lalu Dia menjadikan mereka seperti
daun-daun yang dimakan (ulat).
Kapsyen
ALLAH SWT menyelamatkan Kaabah
daripada serangan orang kafir yang ingin menghancurkan syiar agama-Nya dengan
cara menghantar burung Ababil.
Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz2bcJPpbB0 - ©
Utusan Melayu (M) Bhd
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T.....
Firman Allah
S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik
dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima).
Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86)
Semasa
hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila
menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. (Peceq Admin).
Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.
Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan