بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Ummu Nidhal (Khansa' Palestin) dan Asmaa El Beltagi turut syahid di Mesir
1) Ummu Nidhal (Palestin). Ummu Nidhal atau dikenali juga sebagai Khansa' Palestin adalah seorang 'ibu hebat' yang telah menyerahkan kesemua 4 anaknya untuk menentang tentera Zionis. Tiga daripada empat anaknya telah syahid bertemu dengan Allah swt. Manakala seorang lagi daripada anaknya masih lagi di dalam tahanan Israel.
Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal adalah: "Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan (mengatasi perasaan sedih tersebut)."
Maka bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Ali'-Imran ayat 169 yg bermaksud: "Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki."
Mereka 'hidup' di hati kita dengan menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat kita demi meneruskan perjuangan ini.
Ummu Nidhal ketika menatap wajah anaknya yang Syahid dalam perang lapan hari dengan Israel.
2) Asmaa Mohamed El Beltagi (Mesir)
Asmaa Mohamed El Beltagi berusia 17 tahun dan adalah antara yang dibunuh pada Tragedi berdarah di Medan Rab'ah semalam. Beliau juga adalah anak kepada tokoh Ikhwan iaitu El Beltagi.
Jenazah Asmaa El Beltagi didoakan oleh ayahnya (gambar kecil).
3) Wajah suci Syahidah Habibah Ahmad Abdul Aziz "nyenyak beradu" setelah terkorban di Medan Rabiatul Adawiyah semalam.
4) Asma' Hisham Saqar.. Mahasiswi Mujahahidah yang dimasukkan ke hospital Rabi'ah setelah ditembak di betisnya. Kemudian menemui Syahid setelah ditembak di kepalanya oleh seorang sniper ketika mendapat rawatan di hospital tersebut.
Lihat senyumannya dan perhatikan maksud ayat dari surah 'Ya Sin' ini...
قال يا ليت قومي يعلمون بما غفرلي ربي وجعلني من المكرمين...
"Dia (yang telah mati sebagai syahid) berkata: "Alangkah bagusnya jika kaum ku mengetahui bahawa Tuhanku telah mengampun dosa-dosaku dengan kerana (kesanggupan aku mati demi untuk agamanya ini) dan menjadikan aku (di syurga ini) dari kalangan orang-orang yang mulia..."
Sumber: Ummu Nidhal (Khansa' Palestin) dan Asmaa El Beltagi turut syahid di Mesir . (GeloraHatiMuda at Gendang Perang - www.wasukalu.com)
Semasa
hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan
roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. (Peceq Admin).
Mengingatkan
diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In
Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya
kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan