Selasa, 20 Ogos 2013

1301. Janji Allah SWT., pasti.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . 
eaho 
('_') Google Translate ('_') . 

$50,000 hangus jadi abu. 


SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA: Encik Hamdan (nama samaran) mendapati kegiatan pelaburan di Indonesia yang dijalankan oleh dua konsultan yang menyebabkan wang simpanannya $50,000 lebur, mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat 'telefon dan menang baucar' di Peninsula Plaza. - Foto SAINI SALLEH


Juruteknik termakan pujukan dan janji dividen 10% dengan melabur di Jawa Tengah
PELABURAN menjanjikan dividen 10 peratus setahun tanpa perlu buat sesuatu pun.
Lagipun, pelaburan dalam sektor perikanan mempunyai potensi berkembang dan meraih untung besar.
Atas dasar itulah dan dek termakan kata-kata seorang kenalan yang memujuknya melabur, Encik Hamdan (nama samaran) tidak terpanggil berfikir dua kali.
Juruteknik berusia 60 tahun dan ayah tiga anak itu menyerahkan cek bernilai $30,000 kepada kenalan yang dikenali sebagai Faisal Yusuff, 38 tahun, itu sebagai tanda persetujuan menyertai pelaburan kelolaan sebuah syarikat di Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia.
Syarikat itu terlibat dalam pelaburan tanah, perikanan, pertanian dan perkebunan.
Wang sebanyak itu diserahkannya kepada Faisal dalam satu pertemuan di sebuah restoran makanan segera di AMK Hub pada Disember 2011.
"Memang saya teruja kerana dividen yang dijanjikan 10 peratus. Kalau simpan dalam bank faedahnya kurang 1 peratus setahun. Lagipun, saya kenal Faisal kerana dia pernah kerja dengan syarikat pelaburan di pusat bandar tetapi meletakkan jawatan kerana mahu buka perniagaan pelaburan sendiri bersama kawannya, Jonaidi, yang pernah bekerja dengan syarikat yang sama,'' kata Encik Hamdan.
Selang dua minggu kemudian, beliau menyerahkan lagi cek bernilai $20,000 sebagai tambahan pelaburannya kepada Faisal yang mendakwa berkhidmat sebagai konsultan bagi syarikat Indonesia itu.
Encik Hamdan dijanjikan dividen 5 peratus bagi pelaburan tambahan itu.
"Dia kata saya boleh ambil dividen 10 dan 5 peratus itu pada Disember 2012.
"Kalau 15 peratus, maknanya saya senang-senang boleh dapat dividen $7,500. Siapa nak bagi duit banyak macam ini?" katanya.
Menurutnya lagi, beliau tidak sedikit pun menaruh prasangka buruk terhadap Faisal kerana dia berpengalaman dan tahu selok-belok pelaburan di Indonesia.
"Saya sendiri ada melabur dengan syarikat bekas majikan Faisal dan setiap tahun saya dapat dividen yang tinggi.
"Tidak timbul tanggapan Faisal akan tipu saya atau pelaburan saya hangus di tangannya kerana syarikat pelaburan di Banyumas itu mantap dan masih berkembang,'' tambah Encik Hamdan.
Namun, lain ceritanya apabila pelaburannya sebanyak $50,000 itu genap setahun untuk menikmati dividen.
"Saya dah ingat macam-macam... apa nak buat dengan dividen yang bakal saya terima. Saya ada pilihan sama ada keluarkan dividen atau labur semula untuk tambah pelaburan saya.
"Tetapi, apabila genap masanya, cek dividen yang saya tunggu-tunggu tak tiba-tiba jadi saya telefon Faisal dan dia kata syarikat sedang jalankan audit dan akan beri dividen kemudian.
"Selepas sebulan, sekitar Januari tahun ini, saya telefon Faisal dan dia beri alasan yang sama. Saya mula resah kerana berasa ada sesuatu yang tak kena.
"Pada Februari saya telefon berkali-kali tetapi talian telefon bimbitnya telah dipotong,'' cerita Encik Hamdan sambil menyatakan beliau telah membuat laporan polis pada Mac lalu.
Beliau sedih berbaur kesal kerana percaya pada kata-kata manis dan untung besar yang dijanjikan oleh Faisal dan Jonaidi sehingga sanggup melaburkan wang simpanan hari tuanya yang kini tampak hangus. 
Sumber: $50,000 hangus jadi abuNota: $SG50K X RM2.55 = Berapa?. Lagi tukar kepada Rupiah ...  "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86) 

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. (Peceq Admin). 

Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. 


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . 
eaho 
('_') Google Translate ('_') 

Tiada ulasan: