بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .
eaho™.
(1). Rezeki Yang Tiada di Sangka-sangka Untuk Orang Yang Bertakwa.
June 24, 2011 at 12:51am
أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT telah ditetapkan rezeki untuknya. sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah SWT yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua makhluknya, dari sekecil-kecilnya makhluk (kuman) hinggalah sebesar-besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.
Firman Allah SWT maksudnya : "Tidak ada satu makhluk melatapun di muka bumi kecuali Allah yang menanggung rezekinya, dan Dia yang mengetahui tempat berdiamnya dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Loh mahfuz)” (Surah Hud ayat 6)
Manusia diminta untuk bertawakkal, berusaha, berdoa dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disedaikan oleh Allah SWT. dimuka bumi ini.
Firman Allah SWT.yang bermaksud :
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya."
(Surah At-Talaq ayat 2-3)
Takwa adalah merupakan kriteria atau ukuran sesaorang yang paling hampir dengan Allah SWT. Sesiapa saja dikalangan hamba-hamba Allah yang paling tinggi takwanya maka dia adalah orang yang paling mulia disisi Allah SWT. Orang yang bertakwa adalah orang mukmin yang cukup berhati-hati didalam menjalani kehidupan didunia ini, amat takut kalau-kalau dia terjerumus didalam kehidupan yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Ia bukan saja telah meninggalkan yang haram dan melaksanakan yang wajib tetapi ia telah meninggalkan perkara-perkara syubhah dan makruh. Dalam amalan ibadahnya diperbanyakkan amalan-amalan sunat dalam rangka merapatkan lagi hubungan dengan Allah SWT. Banyak membaca al-Quran, berzikir dan beristighfar malahan semua yang harus pula di niatkan kerana Allah supaya ianya menjadi ibadah.
Allah SWT. akan membantu orang-orang yang bertakwa, segala kesusahannya, kemiskinannya dan apa-apa saja permasaalaan hidup yang dihadapinya, akan terbentang luas jalan keluar diberikan oleh Allah SWT. Bukan setakat ini saja, malahan Allah SWT. akan memberikan rezeki yang tiada disangka-sangka samaada rezeki datang dari langit, bumi, lautan, malahan yang jauh didekatkan dan yang sedikit akan diperbanyakkan dan yang banyak dipermudahkan untuk menguruskannya.
Untuk memastika rezeki Allah SWT berterusan maka hendaklah banyak memohon keampunan disisi Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya : “Mohonlah ampunlah kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).” (Surah Nuh ayat 10 – 12)
Sahabat yang dimuliakan,
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
"Jika sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh."
Orang-orang yang bertawakkal ialah mereka yang yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah SWT. dan mereka akan mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.
Sesungguhnya amalan orang-orang yang bertakwa tidak akan sia-sia malah akan mendapat ganjaran yang besar di dunia lagi dan ditambah nikmatnya di akhirat. Dan rugilah bagi sesiapa yang ingkar akan suruhan dan larangan Allah SWT , sesungguhnya Allah SWT akan melaknati orang yang mengingkari suruhan dan larangan-Nya. Maka akan memberinya pembalasan dan azab yang pedih di dunia lagi dan akan ditambah keseksaan dengan azab yang lebih pedih di akhirat kelak di dalam neraka di atas amalan-amalan mereka yang kufur.
Firman Allah SWT maksudnya : “Jika seluruh penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi”. (Surah al-A`raf ayat 96 )
Oleh itu, sebagai orang mukmin, menjadi kewajipan kita menyerahkan diri kepada Allah terhadap segala keperluan hidup diatas muka bumi ini. Kerana Allah telah menjamin rezeki hamba-hamba-Nya. Rezeki yang dikurniakan Allah bukanlah untuk bermewah-mewah atau menunjuk-nunjuk, melainkan semua ini untuk bekalan dalam beribadah dan supaya hati kita menjadi tenang. Sebab, kadangkala kemiskinan itu mengganggu fikiran dalam beribadah kepada Allah.
Tawakkal atau berserah diri dalam perkara rezeki, bukanlah bererti penyerahan diri secara lahiriah dengan hanya duduk berpangku tangan tanpa bekerja. Yang dimaksudkan disini ialah kita harus yakin dengan sepenuhnya bahawa Allah telah menjamin rezeki bagi segala makhluk yang telah diciptakan-Nya. Untuk mendapat jaminan tersebut, manusia mestilah berusha dan berikhtiar untuk mendapatkannya, melainkan orang-orang tertentu diberi kelebihan oleh Allah SWT.
Diriwayatkan dari sahabat Abu Hurairah bahwa Rasulullah mengabarkan bahwa Allah berfirman dalam hadis Qudsi, “Wahai Hamba-hambaku, hendaknya kalian memenuhi waktu dengan ibadah, kalau kalian melakukannya Aku akan memenuhi dada kalian dengan kekayaan, dan Aku akan menutupi kefakiran kalian. Kalau kalian tidak melakukannya, Aku akan memenuhi dada kalian dengan kesibukan dan Aku tidak akan menutup kefakiran kalian.”
Maka hendaknya seorang hamba menyibukkan dirinya dengan ibadah dan tetap berusaha mencari rezekinya. Kerana dengan memberi tumpuan beribadah akan mempermudah seseorang dalam mencari rezeki dan mendapat pertolongan Allah SWT.
Sahabat yang dikasihi,
Kunci rezeki dan perbendaharaan Allah SWT hanya berada ditangan-Nya dan Dia akan membuka pintu rezeki ini seluas-luasnya kepada hamba-hamba-Nya yang banyak melakukan amal soleh, amal ibadah dan sentiasa membuat kerja-kerja kebajikan. Apabila Dia kasih dan sayang pada kita maka segala permohonan dan doa kita dimakbulkan-Nya dan di kurniakan rezeki di jalan yang tiada disangka-sangka.
(2). Sebab-Sebab Turunnya Rezeki.
(DiCalit
Nota: Diedit dari Bahasa Indonesia kepada Bahasa Local Admin., tanpa
menjejaskan isi asalnya) .
Akhir-akhir ini banyak orang yang mengeluhkan masalah penghasilan atau rezeki, entah kerana merasa kurang banyak atau kerana kurang berkat.
Pelbagai masalah kehidupan, mengatur penghasilan dan keperluan serta bermacam-macam tuntutannya. Sehingga masalah penghasilan ini menjadi sesuatu yang menyibukkan, bahkan membuat bingung dan tekanan kepada sebahagian orang.
Maka tak jarang di antara mereka ada yang mengambil jalan pintas dengan menempuh segala cara yang penting keinginan tercapai. Akibatnya munculanlah rasuah (penerima dan pemberi), pencuri, pencopet, perompak, penipuan bahkan pembunuhan, pemutusan silaturrahim dan meninggalkan Ibadah kepada Allah SWT., (Engkar Perentah dan LaranganNya) untuk mendapatkan wang atau alasan keperluan hidup.
Mereka lupa bahawa Allah SWT., telah menjelaskan kepada hamba-hambaNya sebab-sebab yang dapat mendatangkan rezeki dengan penjelasan yang amat mudah.
Dia menjanjikan keluasan rezeki kepada sesiapa sahaja yang menempuhnya serta menggunakan cara-cara itu. Allah SWT.,juga memberikan jaminan bahawa mereka pasti akan berjaya serta beroleh rezeki dengan tidak disangka-sangka.
Diantara sebab-sebab yang melapangkan rezeki adalah sebagai berikut:
- Taqwa Kepada Allah SWT..
Taqwa merupakan salah satu sebab yang boleh mendatangkan rezeki dan menjadikannya terus bertambah.
Allah Subhannahu wa Ta”ala berfirman, ertinya: “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” (At Thalaq 2-3) .
Setiap orang yang bertaqwa, menetapi segala yang diredhai Allah SWT., dalam segala keadaan maka Allah SWT., akan memberikan keteguhan di Dunia dan di Akhirat. Salah satu dari sekian banyak pahala yang dia peroleh adalah Allah SWT., akan menjadikan baginya jalan keluar dalam setiap permasalahan hidup dan Allah SWT., akan memberikan kepadanya rezeki secara tidak terduga.
Imam Ibnu Katsir berkata tentang firman Allah SWT., di atas, “Iaitu barang siapa yang bertakwa kepada Allah SWT., dalam segala yang diperintahkan dan menjauhi apa saja yang Dia larang, maka Allah SWT., akan memberikan jalan keluar dalam setiap urusannya dan Dia akan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka, yakni dari jalan yang tidak pernah terlintas sama sekali sebelumnya.”
Allah SWT juga berfirman, ertinya: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.” (QS. 7:96).
- Istighfar dan Taubat.
Termasuk sebab yang mendatangkan rezeki adalah Istighfar dan Taubat, sebagaimana firman Allah SWT., yang mengisahkan tentang Nabi Nuh Alaihissalam, yang bermaksud: “Maka aku katakan kepada mereka:”Mohonlah ampun kepada Rabbmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun” nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS. 71:10-12).
Al-Qurthubi mengatakan, “Di dalam ayat ini, dan juga dalam surat Hud (ayat 52, Red) terdapat petunjuk bahawa Istighfar merupakan penyebab turunnya rezeki dan hujan.”
Ada seseorang yang mengadukan kekeringan kepada al-Hasan al-Bashri, maka beliau berkata, “Beristighfarlah kepada Allah (SWT),” lalu ada orang lain yang mengadukan kefakirannya dan beliau menjawab, “Beristighfarlah kepada Allah (SWT).” Ada lagi yang mengatakan, “Mohonlah kepada Allah (SWT) agar memberikan kepadaku anak!” Maka beliau menjawab, “Beristighfarlah kepada Allah (SWT).” Kemudian ada yang mengeluhkan kebunnya yang kering kontang, beliau pun juga menjawab, “Beristighfarlah kepada Allah (SWT).”
Maka orang-orang pun bertanya, “Banyak orang berdatangan mengadukan berbagai persoalan, namun anda memerintahkan mereka semua agar berIstighfar.” Beliau lalu menjawab, “Aku mengatakan itu bukan dari diriku, sesungguhnya Allah SWT., telah berfirman di dalam surat Nuh,(seperti tersebut diatas, Red)
Istighfar yang dimaksudkan adalah Istighfar dengan hati dan lisan lalu berhenti dari segala dosa. Orang yang berIstighfar dengan lisannnya sahaja dan sementara itu dia masih terus melakukan dosa-dosa dan dengan hati yang masih sentiasa menyukainya, maka ini merupakan Istighfar yang dusta. Istighfar yang demikian tidak memberikan faedah dan manfaat sebagaimana yang diharapkan.
- Tawakkal Kepada Allah.
Allah SWT., berfirman, ertinya: “Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. 65:3).
Nabi Muhammad SAW telah bersabda, ertinya: “Seandainya kalian mahu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya maka pasti Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana burung yang diberi rezeki, pagi-pagi dia dalam keadaan lapar dan kembali dalam keadaan kenyang.” (HR Ahmad, at-Tirmidzi dan dishahihkan al-Albani).
Tawakkal kepada Allah SWT., merupakan bentuk memperlihatkan kelemahan diri dan sikap bersandar kepadaNya sahaja. Mengetahui dengan yakin bahawa hanya Allah SWT., yang memberikan pengaruh didalam kehidupan. Segala yang ada di alam berupa makhluk, rezeki, pemberian, mudharat dan manfaat, kefakiran dan kekayaan, sakit dan sehat, kematian dan kehidupan dan selainnya adalah dari Allah SWT., semata-mata.
Maka hakikat Tawakkal adalah sebagaimana yang di sampaikan oleh al-Imam Ibnu Rajab, iaitu menyandarkan hati dengan sebenar-benarnya kepada Allah Azza wa Jalla di dalam mencari kebaikkan (mashlahat) dan menghindari mudharat (bahaya) dalam seluruh urusan Dunia dan Akhirat.
Menyerahkan seluruh urusan hanya kepada Allah SWT., serta merealisasikan keyakinan bahawa tidak ada yang dapat memberi dan menahan, tidak ada yang upaya mendatangkan madharat dan manfaat selain Dia.
- Silaturrahim.
Ada banyak Hadis yang menjelaskan bahawa Silaturrahim merupakan salah satu sebab terbukanya pintu rezeki. Di antaranya adalah sebagai berikut:
- Sabda Nabi Shalallaahu alaihi wasalam., ertinya: “Dari Abu Hurairah ra berkata, “Aku mendengar Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, “Siapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah menyambung Silaturrahim.” (HR Al Bukhari).
-Sabda Nabi Muhammad SAW., ertinya: “Dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu , Nabi Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, “Ketahuilah orang yang ada hubungan nasab denganmu yang engkau harus menyambung hubungan kekerabatan dengannya. Kerana sesungguhnya Silaturrahim menumbuhkan kecintaan dalam keluarga, memperbanyak harta dan memperpanjang umur.” (HR. Ahmad dishahihkan al-Albani).
Yang dimaksudkan dengan kerabat (arham) adalah sesiapa sahaja yang ada hubungan nasab antara kita dengan mereka, baik itu ada hubungan waris atau tidak, mahram atau bukan mahram.
- Infaq fi Sabilillah.
- Infaq fi Sabilillah.
Allah SWT., berfirman, ertinya: “Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya.” (QS. 34:39).
Ibnu Katsir berkata, “Iaitu apapun yang engkau lakukan di dalam hal yang diperintahkan kepadamu atau yang diperbolehkan, maka Dia (Allah SWT..) akan memberikan ganti kepadamu di Dunia dan memberikan pahala dan balasan di Akhirat kelak.”
Juga firman Allah SWT., yang lain, ertinya: “Hai orang-orang yang berIman, nafkahkanlah (dijalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memaling mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. 2:267-268).
Dalam sebuah Hadis Qudsi Rasulullah SAW., bersabda, Allah SWT., berfirman, “Wahai Anak Adam, berusahalah maka Aku akan berusaha kepadamu.” (HR Muslim)
- Menyambung Haji dengan Umrah.
Berdasarkan pada Hadis Nabi Shalallaahu alaihi wasalam dari Ibnu Mas”ud Radhiallaahu anhu dia berkata, Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, ertinya: “Ikutilah Haji dan Umrah kerana sesungguhnya kedua-duanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa sebagaimana tukang besi menghilangkan karat dari besi, emas atau perak, dan Haji Yang Mabrur tidak ada balasannya kecuali Syurga.” (HR. at-Tirmidzi dan an- Nasai, dishahihkan al-Albani).
Maksudnya adalah, jika kita mengerjakan Ibadah Haji maka ikuti Ibadah Haji tersebut dengan Umrah dan jika kita melakukan Umrah maka ikuti atau sambung Umrah tersebut dengan melakukan Ibadah Haji.
- Berbuat Baik kepada Orang Lemah.
Nabi SAW., telah menjelaskan bahawa Allah SWT., akan memberikan rezeki dan pertolongan kepada hambaNya dengan sebab ihsan (berbuat baik) kepada orang-orang lemah. Nabi Muhammad SAW., bersabda, ertinya: “Tidaklah kalian semua diberi pertolongan dan diberikan rezeki melainkan kerana orang-orang lemah diantara kalian.” (HR. al-Bukhari).
Dhu”afa” (orang-orang lemah) klasifikasinya bermacam-macam, ada fuqara, yatim, miskin, orang sakit, orang asing, wanita yang terlantar, hamba sahaya dan sebagainya.
- Kesungguhan (Tekun) Beribadah.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu, dari Nabi Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, “Allah Subhannahu wa Ta”ala berfirman, ertinya: “Wahai Anak Adam Bersungguh-sungguhlah engkau beribadah kepada Ku, maka Aku akan memenuhi dadamu dengan kecukupan dan Aku menanggung kefakiranmu. Jika engkau tidak melakukan itu maka Aku akan memenuhi dadamu dengan kesibukan dan Aku tidak menanggung kefakiranmu.”
Tekun beribadah bukan bererti siang malam duduk di dalam masjid serta tidak bekerja, namun yang dimaksudkan adalah menghadirkan hati dan raga dalam beribadah, tunduk dan khusyu” hanya kepada Allah SWT., merasa sedang menghadap Pencipta dan Penguasanya, yakin sepenuhnya bahawa dirinya sedang bermunajat, mengadu kepada Dzat Yang menguasai Langit dan Bumi.
Dan masih banyak lagi pintu-pintu rezeki yang lain, seperti Hijrah, Jihad, Bersyukur, Menikah, bersandar kepada Allah SWT.. Meninggalkan kemaksiatan, Istiqamah serta melakukan ketaatan, yang tidak dapat di sampaikan secara lebih terperinci dalam lembar yang terbatas ini.
Mudah-mudahan (In Syaa Allah) Allah SWT., memberikan taufik dan hidayah serta bimbingan kepada kita semua. Amin.
Al-Sofwah( Sumber: Kutaib “Al Asbab al Jalibah lir Rizqi”, al-qism al-ilmi Darul Wathan. )/Bambang Ant .
Sumber: - Rezeki Yang Tiada diSangka-sangka Untuk Orang Yang Bertakwa . (abu-basyer) .
- Sebab Sebab Turunnya Rezeki . (www.eramuslim.com) .
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86)
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. (Peceq Admin).
Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .
('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan