بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Follow my tweet: (AlWaser) .
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Follow my tweet: (AlWaser) .
Kerajaan tidak bodoh tarik gelaran Samad Said,
kata Sasterawan Negara
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak menolak kemungkinan gelaran Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (gambar) boleh ditarik balik berhubung insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan Jumaat lalu.
Menteri Penerangan dan Komunikasi itu berkata, tindakan sedemikian hanya boleh ditentukan oleh pihak yang memberikan gelaran tersebut.
"Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak menjejaskan gelaran itu dan tidak mustahil jika orang tidak lagi pandang tinggi kepada Sasterawan Negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 'Saya Sayang Malaysia' atau #MYSyg di Petaling Jaya, malam tadi.
Samad atau nama sebenarnya Abdul Samad bin Muhammad Said dianugerahkan Sasterawan Negara pada 1985 atas sumbangan beliau memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu.
Dalam insiden di Dataran Merdeka itu, Samad dikatakan sedang mendeklamasikan sajak berhampiran bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris dalam empat jalur yang kemudiannya dirampas seorang lelaki.
Ahmad Shabery berkata, tindakan individu yang mengibarkan bendera berkenaan disifatkan sebagai perbuatan orang yang dahagakan perhatian dan 'perlu diberikan rawatan'.
"Mungkin mereka ini rasa orang sudah lupa dan tidak pula mempunyai isteri atau anak yang sayang (pada mereka) menyebabkan mereka terkinja-kinja mengibarkan bendera lain semasa orang lain mengibarkan Jalur Gemilang," katanya dipetik dari Bernama.
Samad ditahan polis di rumahnya di Bangsar, kira-kira jam 12.40 pagi semalam dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya.
Sasterawan Negara itu disoal siasat selama hampir dua jam selepas tiga anggota polis mengambilnya di rumah berhubung insiden pada malam ambang kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Samad diwakili peguam, Latheefa Koya dan Eric Paulsen.
Sebelum ini, polis turut menahan dan menyoal siasat aktivis, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung insiden pengibaran Sang Saka Malaya. – 5 September, 2013.
Sumber: (Gelaran-sasterawan-negara-samad-said-boleh-ditarik).
+++ +++ +++ +++ +++ +++ +++ +++ +++ +++ +++ +++ +++
Hangat!! Sasterawan Negara, A Samad Said Rela Dilucut Gelaran Sasterawan Negara, Kewarganegaraan.. Apa Sebenarnya? Jom Terjah!!
Pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said berkata beliau mengalu-alukan sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan kumpulan pendesak agar gelaran Sasterawan Negara yang diterimanya pada 1985 ditarik balik.
Tidak cukup dengan itu, tokoh sastera itu berkata beliau juga tidak kisah jika kewarganegaraannya juga dilucutkan. "Soal tarik balik anugerah Sasterawan Negara itu sangat bapak alu-alukan. Teruskanlah.
"Malah kalau ingin tarik balik warganegara saya pun, saya alu-alukan,” katanya dalam SMS kepada Malaysiakini.
Kenyataan itu timbul ketika polis menggiatkan siasatan ke atas beliau, yang berucap dalam satu perhimpunan bersama individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang kemerdekaan Jumaat lalu.
Beliau juga mengulas desakaan yang timbul, seperti yang diulas oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, agar gelaran tersebut ditarik balik.
Kumpulan berhaluan kanan Melayu, PERKASA pula dilaporkan menuntut agar tindakan tegas dikenakan ke atas individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya.
Menurut NGO tersebut, individu berkenaan tidak layak menjadi warganegara Malaysia kerana perbuatan itu didakwa menghina bangsa dan negara.
Diminta mengulas dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis terpaksa menahan beliau selepas tokoh itumenyelinap masuk ke rumah pada tengah malam kelmarin, A Samad berkata:
"Sudah terlalu banyak berita tentang peristiwa seputar bapak. Cukuplah. Jika ingin ditambah biarlah seputar polis sahaja," katanya.
Sumber: (Hangat-sasterawan-negara-samad-said) .
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
05 September, 2013
Pak Samad Dedah Tembelang Polis
Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said (gambar) menafikan bersembunyi,
mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sengaja mereka
cerita, kononnya telah pergi ke rumahnya lebih awal pada petang Selasa
untuk menangkap beliau.
Khalid hari ini dilaporkan menuduh Samad ataupun lebih dikenali sebagai
Pak Samad secara senyap-senyap pulang ke rumahnya lewat malam sehingga
memaksa polis menangkapnya pada lewat pagi.
"Saya ada di rumah sahaja, saya tidak bersembunyi.
"Saya memang ada di rumah sahaja, kemudian saya bersiar-siar sekitar
Bangsar dan minum teh di kedai mamak berhampiran rumah saya," kata
beliau apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Samad juga berkata sepanjang hari berada di rumah pada petang Selasa, tiada seorang pun anggota polis yang datang ke rumahnya.
"Tiada, masa saya di rumah tiada polis pun yang datang," katanya lagi.
Semalam, Samad ditahan polis di rumahnya di Bangsar, kira-kira jam 12.40
pagi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala
Lumpur untuk membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka
Malaya.
Namun, orang ramai termasuk pemimpin politik dan aktivis menyelar
tindakan pihak polis tersebut sebagai tidak beradab dan menghormati
seorang yang telah berusia dengan menahannya lewat pagi.
Sasterawan Negara itu disoal siasat selama hampir dua jam selepas tiga
anggota polis mengambilnya di rumah berhubung insiden pada malam ambang
kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Samad disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 505, Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, polis turut menahan dan menyoal siasat aktivis, Hishamuddin Rais dan Adam Adli di bawah Akta Hasutan 1948 semalam.
Insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya itu turut tersebar dalam laman sosial YouTube.
Selain itu, tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung insiden itu.
Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia dan Pertubuhan Martabat Jalinan
Muhibbah Malaysia membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul
manakala Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia menggesa polis mengenakan
tindakan tegas mengikut Akta Hasutan terhadap kumpulan yang mengibarkan
Sang Saka Malaya. ~the malaysian insider
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan