بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Follow my tweet: (AlWaser) .
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Follow my tweet: (AlWaser) .
[melayucyber] Fw: Akibat Tidak Menghormati Azan
Akibat Tidak Menghormati Azan
telokbakong.blogspot.
gigitankerengga.blogspot.
Pelbagai pengalaman misteri meguji keimanan insan sering terlalai
ketika seruan azan berkumandang. Cerita ini adalah cerita yang agak lama juga.
Tapi jika dibaca artikel yang menarik juga yang dikongsikan kepada saya ni
berkenaan perkara-perkara pelik di padang golf kerana tidak menghormati
azan.
Sebenarnya apa yang lebih penting? Solatkah atau azan itu sendiri.
Apa gunanya berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada azan tetapi selepas
itu permainan diteruskan tetapi tidak juga mengerjakan
solat.
Permainan golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh
menenangkan jiwa itu, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi
benar-benar berlaku di padang golf di negara ini.
Pernah satu hari, seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf
hingga berlarutan pada waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang terakhir,
mereka terpaksa berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang putting di atas
green, kira-kira 100 meter di hadapan mereka.
Dalam permainan golf, pemain boleh membuat aduan kepada marsyal
jika permainan pemain di hadapan terlalu lambat. Selepas menunggu begitu lama,
empat pemain yang kelihatan seperti warga Korea itu, masih melakukan putting
berkali-kali sehingga tempohnya tidak boleh diterima akal. Berikutan itu, lelaki
yang bergelar Datuk tadi menghubungi rumah kelab dan mengadu kepada marsyal
untuk menegur empat ‘warga Korea’ itu supaya bermain dengan
laju.
Marsyal itu menjawab: “Datuk, flight (sepasukan empat orang) Datuk
adalah flight terakhir, tak ada orang lain dah kat fairway (padang) waktu ini.”
Mendengar jawapan itu, mereka terus bergegas masuk ke dalam buggy dan segera
pulang ke kelab, dengan tidak lagi meneruskan permainan.
Rupa-rupanya empat ‘warga Korea’ itu bukan manusia. Di kelab itu
kemudian heboh mengenai kejadian aneh itu. Kapten kelab datang dan bertanya
secara lembut, sama ada mereka berhenti menghayun kayu golf apabila terdengar
azan Maghrib berkumandang dari masjid di pinggir kelab golf eksklusif
itu.
Semuanya tergamam dan saling memandang antara satu sama lain.
Bayangkan, jika waktu di padang golf itu, mereka menghampiri ‘pemain Korea’ di
atas green, entah apa akan terjadi.
Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Syeikh
Zamihan Al-Ghari ketika diminta mengulas berkata, kemungkinan yang dilihat itu
adalah malaikat atau jin Islam kerana syaitan akan lari sejauh mungkin hingga ke
hujung dunia sehingga dia tidak lagi mendengar bunyi azan.
“Seruan Allah mengajak kepada kebaikan dan begitu juga dengan
seruan azan yang mengingatkan kepada tanggungjawab menunaikan solat. Oleh itu
kejadian pelik yang berlaku kepada kepada pemain golf ini boleh dilihat sebagai
bonus daripada Allah untuk menyedarkan mereka supaya berhenti sebentar untuk
mendengar azan dan solat sebelum menyambung permainan.
“Bagi manusia biasa, hatta yang banyak melakukan dosa juga tidak
mustahil menemui kejadian pelik ini untuk diberi kesedaran dan ini menunjukkan
kekuasaan serta kasih sayang Allah (SWT),” katanya.
Malah, apa saja kegiatan termasuk ketika seseorang sedang berucap
di khalayak ramai perlu berhenti seketika sewaktu azan berkumandang. Namun,
banyak lagi cerita pelik berlaku, kebanyakannya menjurus kepada sikap pemain
golf yang tidak berhenti seketika apabila terdengar azan sama ada apabila masuk
waktu Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak, bagi yang bermain golf pada waktu malam.
Sesetengah padang golf di sekitar Lembah Klang, memang ada menyediakan tempat
solat di tepi padang golf.
Di
padang golf yang lain pula, tidak berapa lama dulu, seorang rakan bersama
kawannya ‘sesat’ apabila tidak terjumpa tempat tee-off (pukulan pertama untuk
setiap lubang) seterusnya selepas selesai bermain di lubang
ke-12.
“Seminggu sebelum itu, saya juga bermain di tempat sama, tiada
masalah dan memang mustahil untuk tidak menemui tempat tee-off seterusnya.
Tetapi kali ini, saya mendapati laluan untuk ke lubang ke-13 itu bagaikan
tertutup…. saya pergi ke kiri, nampak semak… ke kanan pun semak dan ke depan
lagi semak. ”
Jalan keluar ialah berpatah balik dan waktu itu jam sudah melewati
1.30 petang,” katanya yang nyata juga tidak berhenti bermain ketika azan Zuhur.
Sehingga kini, beliau masih tertanya-tanya insiden itu.
Baru
minggu lalu, kejadian aneh turut berlaku di sebuah padang golf lain di kawasan
Subang Jaya apabila seorang rakan yang melakukan pukulan kedua melungsurkan bola
jauh tetapi menuju ke arah pokok sawit, hingga seakan menyeberang ke fairway di
sebelah, memungkinkan bola itu jadi ‘OB’ (out-bound).
Apabila buggy yang dinaikinya bersama rakan yang juga seorang Datuk
berhenti di atas track berdekatan pokok sawit, bola tidak kelihatan, hilang.
Tetapi kira-kira lima minit kemudian, tiba-tiba bola golf melantun balik ke arah
fairway, bagaikan dilambung atau dicampak oleh seseorang.
“Saya tengok di celah-celah pokok, kemungkinan ada pekerja yang
mencampak bola tetapi tiada seorang manusia pun di situ,” katanya yang
terselamat daripada dikenakan penalti dua strok kerana bola
hilang.
Penulis sendiri yang menaiki satu lagi buggy di belakang mereka
turut hairan tetapi saya tidak nampak bola itu apabila ia ‘tercampak’ semula ke
arah fairway.
Banyak lagi kisah pelik seperti bola beralih tempat atau tiba-tiba
18 biji bola berada di atas green yang sepatutnya cuma empat biji selepas empat
pemain mahu melakukan putting, memberi pengajaran berguna.
Di
sini, kita perhatikan satu alkisah. Diriwayatkan bahawa Siti Zubaidah adalah
seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki
pentasnya sendiri serta beberapa penyanyi yang menjadi
penghiburnya.
Apa
yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan, dia akan
segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti untuk seketika bagi
menghormati azan.
Selepas selesai dan menjawab azan, barulah disambung semula, hanya
itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Selepas dia meninggal, ramai di kalangan
orang salih bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, “Ibadat apakah yang
menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu menggali sebuah kolam
air antara Makkah dan Madinah?
Jawab Zubaidah, “Allah (SWT) mengampunkan dosaku dengan banyak
mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu, ketika
hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku sedang
berhibur dan mendengar nyanyian, maka dengan serta-merta aku menyuruh mereka
memberhentikannya bagi menghormati Seruan Azan.
“Itulah ibadat yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan,
Allah (SWT) berfirman, “Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di
dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka.”
Penulis menerima banyak e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan
panggilan telefon daripada pembaca termasuk rakan serta mereka yang tidak
dikenali mengenai tulisan saya di kolum ini minggu lalu bertajuk ‘Kisah misteri
alam roh beri pengajaran berguna.’
Ramai juga pembaca memberi maklum balas menyatakan mereka atau ahli
keluarga mahupun kawan pernah mengalami kejadian misteri yang serupa apabila
koma.
Antara maklum balas paling menarik ialah cerita berikut: “Seorang
kawan saya bukan saja mat rempit, malah kaki judi, minum arak dan suka berfoya.
Suatu malam, dia terbabit dalam kemalangan hingga patah tulang rusuk dan kaki
kanan serta keretakan tukang belakang. Beberapa hari dia koma di hospital.
Pendekkan cerita, apabila sudah keluar hospital kemudian, maka dia bercerita
mengenai kejadian misteri. ”
Dia
mendakwa melihat alam Neraka, ditunjukkan kepada dia, menyebabkannya rasa takut
yang amat sangat apabila disebut perkataan Neraka. Sejak itu, dia sudah bertukar
menjadi seorang manusia yang sempurna, tidak pernah tinggal sembahyang dan
meninggalkan semua kegiatan tidak berfaedah sebelum ini,”
katanya.
Wallahua’lam….
(*In Syaa Allah bermanfaat).
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan