Khamis, 5 September 2013

1496. Kita mesti bersegera... jika tidak sokong membawa rebah berlanjutan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™.  ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 
Nasihat Mahathir adalah sokong membawa rebahnya bangsa Melayu - Sakmongkol
Bila Dr Mahathir mengkritik Umno tetapi akhirnya memujuk supaya orang Melayu terus bersama Umno kerana masa depan orang Melayu berada dengan Umno -  saya teringat lagi pesan pendita Zaaba betapa banyak kerja yang kita mesti lakukan untuk memerdekakan orang Melayu daripada penjajahan dan pemenjaraan minda

Bila Mahathir meyebut yang demikian, saya bertambah sedar betapa kita mesti bersegera menyingkirkan pemimpin bangsa kita sendiri dari jenis yang berfikiran seperti Mahathir dan Najib dan yang seminda dengan mereka.

Masa depan bangsa Melayu berada dengan Umno? Jika begitu lebih baik kita berikrar solatku, ibadatku, hidup dan matiku kerana Umno. Pesan Zaaba ialah kita orang Melayu jangan bertaat setia kepada ulil amri yang zalim dan membodohkan orang Melayu kerana dalam masa yang kita bertahan itulah, pemimpin kita menjual aset negara dan merompak serta melanun kekayaan negara ini atas sebab orang Melayu tersangat percaya dan bergantung harap kepada mereka.

Dalam masa memujuk orang Melayu dengan kata-kata nasihat, pimpinan negara ini mahu jual MAS. Dalam masa menasihat orang Melayu dengan kata-kata muluk, Mahathir masukkan jarumnya dan mengulangi kepercayaan mereka kepada menswastakan punca pengkayaan negara. Tidakkah kita pelik dengan nasihat Mahathir supaya MAS diswastakan untuk  mendapat keuntungan? Ketika Mahathir menswastakan MAS kepada Tajudin Ramli, apa yang sudah terjadi? Mahukah orang Melayu ditimpa malang sekali lagi dengan mengikut nasihat Mahathir yang semakin nyanyuk itu?

Najib tentu sangat senang dan akan mengikut setuju dengan pandangan Mahathir sebab si Najib ini tahu bahawa masa depan politiknya bergantung kepada kepandaiannya meminimakan kemarahan Mahathir ke atasnya. Kalau Mahathir tiba-tiba mati, tentu Najib akan meneruskan polisi menjual aset negara kepada sahabat yang dia bariskan untuk ganti barisan sahabat yang Mahathir bentuk.

Nampaknya Mahathir sangat faham minda orang Melayu dan bagaimana jiwa hamba orang Melayu terbentuk, iaitu walaupun kita membuang penjajahan fizikal, perkara  keji yang menyebabkan minda orang Melayu itu tunduk dihamba-abdikan memerlukan usaha yang tegas dan berani untuk dihapuskan.

Apa yang terjadi bila British datang mula dari kurun ke19 sehingga kita merdeka tahun 1957? Bermula dari bila British datang ke Pulau Pinang, masuk ke Perak dan kemudian ke dalam beberapa buah negeri Melayu lain melalui penubuhan negeri-negeri Selat, negeri  bersekutu dan negeri tidak bersekutu dan seterusnya Federation of Malaya?

Zaaba melihat kedatangan British sebagai suatu yang positif iaitu menggantikan zaman buas yang menindas bangsa Melayu dengan suatu zaman berasaskan undang-undang dan peraturan. Kedatangan British membebaskan orang Melayu daripada penjajahan fizikal kebuasan dan sebagainya. Tapi seperti biasa, memahami Mahathir bukan dengan mendengar apa yang dia ucapkan. Untuk faham Mahathir, kita mesti cari apa yang dia tidak ucapkan dan mencari maksud dari ucapannya yang tersurat. Apa yang Dr Mahathir tidak sebutkan?

Dia tidak akan berkata kesan daripada kegagalan Umno membebaskan perhamba-abdian minda orang Melayu. Itu yang Umno gagal. Mahathir tidak akan beritahu bahawa kemajuan sejati orang Melayu memerlukan (1) merdeka dari penjajahan fizikal dan (2) merdeka dari penjajahan minda. Yang kedua itu akan menjadikan orang Melayu berada dalam barisan depan sebagai peon, tambi dan orang suruhan yang tidak berkehendak mengunakan otak.

Ini yang Umno lakukan - menjadikan orang Melayu itu teramai daripada golongan peon dan tambi dan orang suruhan. Kenapa? Kerana Umno itu gagal mengeluarkan orang Melayu daripada penjara minda.

Malah, Umno mengekalkan orang Melayu dalam penjara minda iaitu bergantung harap kepada Umno. Malangnya nasib orang Melayu jika tidak dapat membezakan bahawa masa depan dan kemajuan sejati bangsa kita ini berkehendakkan:

(1) Sebuah kerajaan yang baik yang memerintah mengikut undang-undang  dan peraturan

(2) kerajaan yang dipimpin oleh pimpinan yang berkualiti

(3) memerlukan jentera pentadbiran dengan cabang-cabangnya yang cekap dan dedikasi dan dipimpin oleh penjawat awam yang bermutu tinggi.

(4) memerlukan rakyat yang ada minda dan bakat tinggi berani bedepan dengan cabaran kehidupan berbekal dengan kerja kuat dan kemampuan diri. 

Umno ialah sebuah parti yang menjadi salah satu pertubuhan yang diilih dan disukai orang Melayu. Secara sendiri Umno bahkan parti yang dipilih orang Melayu tidak akan memberi faedah kepada orang Melayu kecuali parti tersebut mendedikasikan diri mereka untuk mencapai perkara yang disebutkan di atas.

Jalan selamat orang Melayu bukan dengan menggantikan penjajahan fizikal dari bangsa mereka sendiri dan bangsa yang menjajah tapi dengan mengubati sakit orang melayu dengan meningkatkan kualiti minda mereka. Langkah pertama mengangkat mentaliti orang Melayu ialah dengan meyakini bahawa kita tidak memerlukan parti seperti Umno jika mereka terus mengekang minda Melayu dan menajdikan Melayu itu kekal tunduk dan tertakluk pemikiran.

Jika kita ikut nasihat Dr Mahathir yang semakin lemah fikirannya, maka orang Melayu akan tetap kekal dalam jiwa hamba abdi mereka iaitu yang pertama dan utama sekali ialah orang Melayu akan gagal menyedari bahawa kemajuan memerlukan membuang tabiat bergantung harap kepada orang lain.

Dalam zaman pra-Britsh, Melayu bergantungharap kepada pemerintah buas bangsa mereka sendiri. Dalam zaman setelah British, orang Melayu diasuh bergantung pula kepada tuan yang baru sehinggalah sekarang, Melayu mahu diasuh supaya bergantung kepada pihak lain untuk memajukan diri mereka.

Bangsa lain pun pada mulanya bukan mempunyai kelebihan. Mereka pun berada dalam jahil dan tiada pelajaran, tapi mengapa tanya Zaaba, mereka tiada ketinggalan pada medan kemajuan kehidupan? Sebabnya mengikut pangamatan Zaaba, bangsa lain dilatih dengan beberapa tabiat dan perangai yang menyokong kemajuan yang sebenar.

Bangsa lain terlatih dengan sebab susah dapat makan, susah kerana terlalu ramai dan disebabkan tekanan dan cabaran ini, terlatih supaya bekerja kuat baru dapat makan.

Apa prinsipnya? Prinsipnya ialah menyedari bahawa dalam kehidupan ini tidak ada makanan percuma dan menyedari bahawa sistem ganjaran atau reward system mesti bersandar pada prinsip ganjaran mengikut tahap usaha dan tahap kualiti minda. Tidak ada jalan pintas mendapat ganjaran kehidupan.

Selagi kita diajar oleh Umno dan pemimpin seperti Mahathir, Najib dan yang sepemikiran seperti mereka, orang Melayu akan terus terasuh dan terdidik dengan fikiran bahawa ada jalan pintas mendapat ganjaran kehdupan. Iaitu hanya perlu meletakkan amanah dan kepercayaan kepada Umno dalam kapasitinya sebagai parti poitik.

Tidak ada maknanya anjuran dan nasihat seperti yang demikian. Jika Umno mewujudkan sebuah kerajaan yang koman dan sub-standard, dengan agensi pentadbiran yang dipimpin dan diisi dengan orang yang bermutu rendah, kalau tiada kerajaan yang memerintah mengikut undang-undang dan peraturan, orang Melayu tidak ada masa depan.- sakmongkol.blogspot.com, 19 Ogos, 2013.
* Penulis ialah Ahli Parlimen Raub.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.


"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 
Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') 

Tiada ulasan: