Ahad, 13 Oktober 2013

2028. Rokok di Malaysia.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

[TERBONGKAR] 10 Perkara Semua Orang Mesti Tahu Tentang Rokok Tak Sah di Malaysia

Created 5 days ago - Last updated 2 days ago - 127,927 reads
Tahukah anda mengenai fakta-fakta berkenaan rokok seludup atau kontraband di Malaysia? Anda mungkin akan pelajari beberapa perkara yang baru di sini...

1. Malaysia pengguna rokok tak sah ke-3 tertinggi di antara 11 negara Asia (ITIC & Oxford Economics 2013)


Pedagang rokok haram menjadikan Malaysia sebagai sasaran berikutan keluasan pasaran dan mempunyai permintaan tinggi berbanding dua negara yang memiliki harga penjualan rokok termahal di Asia Tenggara.
Kerajaan rugi cukai RM700

2. 34.5% jumlah rokok yang terjual di Malaysia adalah tak sah (ITIC 2013) 

3. Malaysia hilang hasil cukai bernilai RM1.9 bilion pada tahun 2012 kerana rokok haram


Negara telah kehilangan pendapatan sekitar RM2 bilion melibatkan cukai eksais terhadap rokok di Malaysia disebabkan gejala penyeludupan rokok. 

Seludup Rokok: Kastam Pertimbang Pindaan Akta Bolehkan Hukuman Penjara Mandatori Dikenakan

4. Di Malaysia, 'rokok tak sah' BUKAN bermaksud jenama rokok seperti Marlboro, Dunhill


5. Apa yang dimaksudkan adalah rokok yang dihasilkan secara murah seperti jenama John, Luffman, Gudang Garam, Canyon, Era, League etc...


Kata Timbalan Ketua Pengarah KDRM, melalui kajian dilakukan mendapati sejak 2002 hingga 2011, penjualan rokok sah menurun sebanyak 32 peratus manakala dalam tempoh sama penjualan rokok tidak sah meningkat sebanyak 62 peratus terutama rokok Gudang Garam, John, Canyon, Era dan ...
myMetro | Rampasan rokok RM31j




6. Jenama-jenama ini di kilangkan di negara luar seperti Indonesia dan diseludupkan ke Malaysia


Ada beberapa laluan haram digunakan penyeludup dari Batam untuk membawa keluar rokok ke Malaysia. Antara laluan haram itu ialah di Batu Merah, Teluk Mata Ikan dan Nongsa. 

myMetro | Batam 'eksport' rokok putih


Kilang terbabit tidak memaparkan papan tanda dan hanya memaparkan nombor lot, tidak seperti dua kilang rokok berdekatan, yang menghasilkan rokok jenama Luffman dan Rock terutamanya untuk pasaran tempatan. 

mStar Online: Ribuan Rokok Haram Dihasilkan Setiap Hari Untuk Malaysia


7. Rokok seludup kebanyakanya dijual oleh pendatang asing dari Indonesia dan Filipina 

  • Kata Penolong Pengarah Kastam, Mohd Fadzly Abdullah, rokok seludup biasanya dijual pendatang tanpa izin dari Filipina di sekitar Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan, Tawau, Inanam, Menggatal dan Ranau 

    RCI Sabah: Malaysia rugi RM1 bilion kerana rokok seludup

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Abdul Manaf Othman, "Kesemua rokok ini juga dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran di kawasan Lahad Datu."
New Sabah Times

8. Rokok tak sah adalah cara paling lumayan untuk mendanakan jenayah terancang dan aktiviti pengganas. Permintaanya tinggi, untung tinggi dan penaltinya rendah 

Persekutuan Pengeluar-pengeluar Tembakau Malaysia (CMTM) merasakan saranan untuk menaikkan cukai rokok sehingga sebanyak empat kali ganda merupakan cadangan eksais tembakau yang ekstrem yang menguntungkan sindiket jenayah. 

Eksais tembakau ekstrem, untungkan sindiket haram

Berjuta-juta daripada pendapatan dagangan haram tembakau telah disalurkan kepada al-Qaeda, organisasi Taliban dan pertubuhan pengganas yang lain, dan kini turut membiayai pemberontak Congo bagi tujuan pengambilan anggota tentera yang terdiri daripada kanak-kanak, perlakuan merogol dan membunuh secara berleluasa.
mStar Online: LAPORAN KHAS: Perniagaan Haram Rokok Taja Pengganas & Jenayah Terancang


Terdapat bukti jelas dan menyakinkan bahawa sebahagian besar dana daripada pendapatan berbilion dollar daripada dagangan menyeludup masuk rokok dunia, disalurkan kepada rangkaian pengganas serta jenayah terancang antarabangsa. 

9. Rokok tak sah dijual pada separuh harga rokok asli dengan harga RM3.50 sepaket. Ini bermakna, ia lebih muda dibeli oleh remaja bawa umur
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengakui penjualan secara berleluasa rokok haram akan membantutkan usaha kerajaan untuk mengekang keupayaan membeli rokok, terutama remaja dan pelajar berumur 18 tahun ke bawah. 

Minda Pengarang: Lambakan rokok haram ancam nyawa rakyat, jejas ekonomi negara

10. Rokok tak sah mungkin ada satu atau lebih dari ciri-ciri berikut (klik gambar untuk keterangan lanjut)
mStar Online: LAPORAN KHAS: Perniagaan Haram Rokok Taja Pengganas & Jenayah Terancang



Sumber: (coolstuffcdn) . 

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bismillahirrohmanirrohim.

Bila berkata...
Bila berhujah...
Bila memberi pendapat...
Bila bercerita...

Sama ada secara lisan atau bertulis dan Hindarilah dari membuka aib diri sendiri dan orang lain serta nilai tambahnya Jauhilah diri dari mencela diri sendiri dan mencelakakan orang lain

Jangan kedekut.
Maksudnya jangan sesekali kedekut untuk berbuat baik kepada diri sendiri.

Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob...
Wassalamu.