Isnin, 14 Oktober 2013

2034. Nasib baiklah Malaysia dapat kerajaan di bawah NAJIB yang memahami masalah rakyat Miskin di Malaysia yang sukar untuk mendapatkan lesen memandu.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Bagus apa ? banggang juga pengusaha sekolah memandu ini yang hanya memikirkan keuntungan. Nasib baiklah Malaysia dapat kerajaan di bawah NAJIB yang memahami masalah rakyat Miskin di malaysia yang sukar untuk mendapatkan lesen memandu. Terima Kasih Najib.

Kerajaan kena saman .. senjata makan tuan!

Sepuluh sekolah memandu memfailkan saman terhadap kerajaan, ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan dan seorang pengarah biro Pemuda Umno berhubung inisiatif Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang diperkenalkan perdana menteri.

Mereka antaranya memohon mahkamah mengisytiharkan program itu sebagai menyalahi undang-undang.

Dalam saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mereka mendakwa terdapat konspirasi yang menjejaskan ekonomi mereka.

baca lagi ..

Menurut mereka lagi, dalam program BL1M yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak awal tahun ini, yuran tahunan Yang dikenakan kepada pelajar lesen B2 (motosikal bawah 250cc) berjumlah RM130 atau RM150.

Kata mereka, yuran itu jauh lebih rendah daripada jumlah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu pada 2009, sebanyak RM261 keseluruhannya.

sumber sini

  • Warga Jeniang · Top Commenter · Executive at TNT Courier services BHD
    Mengapa janji dekat dgn PRU....Lepas PRU senyap entah kemana...Sekolah memandu pun ngok jugak lepas PRU baru sibuk nak saman....
  • Muswahidhir Md Dayan · Top Commenter · UiTM Shah Alam
    Ape yg bagus nye cik kak oi... Kalau awak buat business Goreng pisang harga RM1=3 tiba kerajaan suruh bagi RM1=5 ketul balance lagi 2 ketul sapa nak bayar cik kak. Kalau yg lagi dua ketul tu kerajaan bayar ke cik kak tak ape la. ni takat cakap cost nya Cik kak sendiri yg tangung mana adilnya org lain yg suruh turun harga yg berniaga plak yg kene tanggung fikir la skit cik kak 

    Jordan Chen · Top Commenter · Smka
    Jika kita betul sayangkan negara ini, usaha dan sedia berkhidmat utk negara bukan asyik mintak bantuan kerajaan. Tak sedar ke teguran Tun M, bantuan tunai seperti BR1M, Kr1m, bl1m akan menjahanamkan ekonomi negara.

  • Jordan Chen · Top Commenter · Smka
    Pengusaha Sekolah memandu pun perlu cari makan untuk bela keluarga. Fikirkanlah?
  • Wan Badaniah Ishak · General Worker at Pusat Kecemerlangan Laluan Pantas
    Pembetulan cik dayang bkn lesen memandu tapi lesen utk motor B2 je
  • Osman Omar · Top Commenter · SEK MENENGAH TUNKU SULONG, JENIANG
    Yg UMNO/BN dok mencekik duit rakyat hang x nampak rakyat dapat ciput. Tengok laporan audit jangan butakan mata dan hati tu. Laporan audit siapa yg buat x tau la kot2 laporan audit pun puak2 hangpa kata tipu. Mana janji 1juta rumah mampu milik.
  • Nurul Aklaq · Works at Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
    Muswahidhir Md Dayan , cik kak ni memang bodoh tak paham apa yang dimaksudkan
UNTUK membaca lain-lain komen sila ke pautan di bawah:
Sumber: (penburukonline) . 

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bismillahirrohmanirrohim.

Bila berkata...
Bila berhujah...
Bila memberi pendapat...
Bila bercerita...

Sama ada secara lisan atau bertulis dan Hindarilah dari membuka aib diri sendiri dan orang lain serta nilai tambahnya Jauhilah diri dari mencela diri sendiri dan mencelakakan orang lain

Jangan kedekut.
Maksudnya jangan sesekali kedekut untuk berbuat baik kepada diri sendiri.

Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob...
Wassalamu.