Selasa, 15 Oktober 2013

2037. Orang naik minyak sebelum mati.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Bertahun-tahun sudah setiap kali Hari Raya warga setempat dengan Mahzan, ada macam pesta bermain bunga api dan mercun. Cantik dan kuat bunyinya bagi penggemar.
Kadang waktu kedengaran Azan Maghrib menandakan waktu berbuka puasa, masa itulah bunyi mercun melangkaui Seruan Azan. Hari ini, pagi tadi, Takbir Hari Raya Haji 1434 baru sahaja berkumandang, satu das bunyi mercun dekat dengan rumah Mahzan. Bunyi lagi untuk kali ke dua. Taktik yang digunakan ialah dengan bermain dekat dengan rumah Mahzan, jauh dari rumah pelakunya. Ikut kata "emak dan bapa" katanya.

Mahzan memang dari dulu langsung tidak sesen pun menghabiskan duitnya untuk membeli benda-benda tersebut kerana mematuhi undang-undang negara.

Untuk pertama kalinya Mahzan berubah watak. Mahzan membina dan bermain meriam. Belanja pun murah dan tidak setinggi duit lebur untuk mercun dan bunga api. Hah engkau!. Bergegar ladakkan bunyi meriam tersebut.

Ada satu kali Hari Raya Puasa tahun ini, sedang Mahzan dengan meriamnya. Datanglah satu kaum "Cucu aku nak tidur". Sedangkan waktu itu pun sudah tua waktu Asyar dan tidak jauh sudah dengan waktu Maghrib. Cuba "search" tentang tidur selepas waktu Asyar. Apa akibatnya.

Walau apa pun alasan Mahzan hukum tidak menghalalkan cara. Si datuk terlupa masa anak-anak Mahzan masih kecil, anak-anak kepada yang sekarang jadi datuk itulah menggegarkan saban malam dengan mercun dan tidak cukup dengan itu dengan ledakkan berdas-das bunyi peluru muntahan senapang patah.

Mahzan sebenarnya bercadang meletupkan meriamnya ''last nite,'' tapi Mahzan lupakan niatnya yang langsung tidak murni itu. Untuk Hari Raya Haji ini, memandangkan kejadian pagi tadi sewaktu Takbir Hari Raya sedang berkumandang. Mahzan nekad sebelum tengahari tadi bersama meriamnya lagi.

Selesai das terakhir dan memang itu cadangan Mahzan sebenarnya untuk membunyikan empat kali. Keluarlah seorang datuk yang dikenal pasti pesakit jantung dan datuk kepada cucu yang main mercun dekat dengan rumah Mahzan pagi tadi. Dekat dengan rumah Mahzan tetapi jauh dari rumahnya.

"Ada yang sakit jantung, nanti kalau mati macam mana?". Laungnya menggantikan Takbir Hari Raya Haji pagi tadi. "Mahzan bolayan."

In Syaa Allah panjang umur Mahzan hendak tengok dan dengar Hari Raya tahun depan. Mahzan nekad gunakan peluru mulut pula yang selama ini "DIAM" ... "Main laa mercun dan meriam puas-puas nanti ada yang MAMPOS baru engkau tahu." dan "Baru engkau ingat engkau ada cucu, dulu engkau ingat anak engkau sudah besar."

Harapannya Mahzan tidak akan menggunakan peluru mulut. Peluru mulut lebih bahaya dari lastik, peluru getah atau peluru kapur. Mahzan sedar "Silaturrahim" penting dalam kehidupan Islam, itu sebabnya Mahzan selalu diam. Yang kuat komplen itulah pencelaka dunia sebenarnya?. Nauzubillah.

Ini pula kisah Lembu naik minyak sebelum dikorbankan.
Kredit gambar Omakkau
Hubungi admin: stunxe@gmail.com

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bismillahirrohmanirrohim.

Bila berkata...
Bila berhujah...
Bila memberi pendapat...
Bila bercerita...

Sama ada secara lisan atau bertulis dan Hindarilah dari membuka aib diri sendiri dan orang lain serta nilai tambahnya Jauhilah diri dari mencela diri sendiri dan mencelakakan orang lain

Jangan kedekut.
Maksudnya jangan sesekali kedekut untuk berbuat baik kepada diri sendiri.

Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob...
Wassalamu.