بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Ke langitlah mana kan lagi.
Mendongak mengajar kita tersandung, tersepak sesuatu yang telah kita tinggalkan kerana asyik memandang indah langit. Langit mengajar kita bahawa langit tidak selalu cerah sebagaimana kehendak Pencipta-Nya Allah Yang Maha Berkuasa.
Langit juga memberitahu dia setia dengan Maha Pencipta-Nya, Allah Yang Maha Esa. Gelap langit gelaplah bumi. "Mendung" dan "Hendak hujan" kata manusia hamba Allah SWT..
Langit pun tidak kenal apa itu sombong. Langit juga tidak kenal seperti juga tanah apa itu fitnah. Mereka juga saling tidak kenal apa itu aib. Langit dan tanah tetap setia dengan Maha Pencipta-Nya Allah Yang Maha Agong.
Tidak pernah kenal erti sengketa. Tidak bercakaran. Tidaklah juga meladeni sikap angkuh dan sombong. Langit tahukah kasihan terhadap tanah?. Tanah tempat manusia hamba-Nya berpijak. Kalaulah kita pernah dengar bahasa langit dan tanah ... apakah mereka memaki hamun?. Tentu tidak.
Langit dan tanah sentiasa dengan jalan pahala?. Allah SWT Maha Mengetahui. Manusia tonggang langgang antara perkara benar dengan perkara dusta, walau pun mereka mengaku hamba-Nya.
Kalaulah langit itu suami dan tanah itu isteri. Sedihnya terpisah jarak yang begitu jauh sekali. Itu kuasa Allah SWT. Hamba-Nya yang berIman pasti akur dengan ketentuan Allah SWT Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Pemilik alam dan sekelian isinya.
Amin Ya Rob.
JazakaAllah Bil Khair.
Peceq: Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T..
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benar beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta" (Surah Al-Ankabut: 3-4)
"Sesungguhnya ilmu itu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kalian mengambil agama kalian."
(diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Muqodimah Kitab Shohihnya 1/14).
Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu temui mereka, dan usirlah mereka sebagaimana mereka telah mengusir kami. Dan fitnah itu lebih buruk daripada pembunuhan. Dan janganlah kamu perangi mereka di sekitar Masjidi'l-Haram, kecuali mereka memerangi kamu di sana. Jika mereka memerangi kamu (di sekitar Masjid'l-Haram itu), bunuhlah mereka. Demikianlah balasanm bagi orang kafir." ( Surah Al Baqarah ayat 191)
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah jadikan kamu berbagai bangsa bersuku-suku dan berpuak-puak, supaya kamu saling berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah Al Hujurat, Ayat 13)
Sumber: (Jambatan Ilmu) .
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Bismillahirrohmanirrohim.
Bila berkata...
Bila berhujah...
Bila memberi pendapat...
Bila bercerita...
Sama ada secara lisan atau bertulis dan Hindarilah dari membuka aib diri sendiri dan orang lain serta nilai tambahnya Jauhilah diri dari mencela diri sendiri dan mencelakakan orang lain
Jangan kedekut.
Maksudnya jangan sesekali kedekut untuk berbuat baik kepada diri sendiri.
Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob...
Wassalamu.