بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Talam dua muka - pengkhianat berlesen.
Seperti yang aku pernah dengar dari kerani, peon, tukang kebun, pengawal keselamatan dan cleaner. Hal ini tidak melibatkan mereka yang jujur, amanah dan mengotakan Islam sebagai Agama anutannya.
Di sekolah sesetengah pekerja bertitle di atas suka melondehkan hal sekolah di mana mereka mencari rezeki. Ini ditambah pula sikap sesetengah guru yang memang mulut celupar akibat tidak puas hati dengan sesiapa sahaja di tempat dia sendiri berkhidmat.
Sesetengahnya pula berlakun sebagai penulis surat layang. Bereputasikan lebih kepada hasad dan dengki. Maklumlah Melayu. Kalau Islam mana mungkin suka menyebar aib orang lain. Jenis-jenis inilah jadi perosak generasi Melayu yang baru hendak hidup berilmu.
Masing-masing yang berperangai buruk, megah menjaja cerita ke sana ke mana keburukan tempat mereka bekerja. Megah menjadi penyampai pertama berita buruk. Sadisnya perkara baik disorok atau ditong sampahkan.
Sesetengahnya pula suka mendengar dari sebelah pihak dan tidak segan silu dan takut dengan azab Allah SWT tentang bersubahat dengan pencerca dan pengumpat. Malah individu ini terus menjadi penyebar perkara buruk tanpa usul periksa.
Keadaan beginilah yang menyebabkan lahirnya Melayu yang merasa megah melaungkan kata-kata nesta seperti "Cikgu tapi bodoh." Walau pun hal kebodohan yang disebutkan itu di luar bidang tugas atau perkara selepas tugas rasmi.
Melampaunya manusia yang membodohkan cikgu itu menghantar anaknya ke sekolah juga seperti dirinya juga dulu tetapi dirinya tergolong kalangan "sekolah tak habis." Menariknya telah terbukti orang yang begitu anaknya pun sudah ada seperti dia sekolah tak habis juga.
Alasan biasa tidak habis sekolah Melayu jenis ini ialah faktor kemiskinan keluarga sebagai menutup sikap penipu dan pemalasnya semasa bersekolah dulu. Dengan bersahaja menyalahkan emak bapaknya yang miskin.
Sadisnya jenis ini bila cerita politik cukup pandai, konon. Tetapi sumber baca, sumber dapatan pengetahuan hanyalah setempat dan dengar cakap-cakap orang sahaja tanpa fakta jitu. Berbeza sangatlah dengan orang berilmu berhujah.
Itu sebab bijak pandai kata jangan layan orang bodoh berkata, nanti yang pandai pun terikut bodoh. Yang bodoh berlagak pandai untuk memperbodohkan yang lain. Supaya dia kelihatan pandai. Itu sebab bila jenis ini bekerja di gedung ilmu, dia tidak dapat lari dari dunia kekurangannya. Maka jadilah individu ini talam dua muka.
Ada juga yang tidak segan silu membanding pendapat dia dengan cikgu. Dia lupa kerjanya lebih kepada kekuatan tulang empat kerat yang diperah habis dengan waktu kerja yang melangkaui waktu kerja seorang guru dan memerlukan kerja lebih masa. Inilah cebisan hidup Melayu tidak habis sekolah yang mudah lupa diri.
In Syaa Allah Bermanfaat.
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan