بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Jadilah Orang Biasa Yang Bahagia.
Kawan saya faizal, seorang eksekutif yang metrosexual, suka mengemas pinggan dan cawan setiap kali selepas makan di restoran. Tidak padan dengan gaya machonya yang segak berdandan, dia selamba sahaja melakukan kerja itu. Satu hari saya tanya kenapa dia berbuat begitu? Jawabnya, dia pernah bekerja sambilan di restoran sewaktu dia pelajar dahulu. Katanya lagi, ketika itu dia memang penat mengemas jika ada pelanggan yang tinggalkan meja bersepah.
Bila faizal menjadi pelanggan kini, dia berasa prihatin dengan para pekerja restoran. Tak sedap hati kalau dia tak kemas meja selepas makan. Cukup setakat himpunkan pinggan dan gelas kembali ke dalam dulang. Dan, sekadar mengelap sedikit air yang tumpah di meja dengan kertas tisu.
Betul juga kata dan tindakan kawan saya itu. Sejak itu, bila saya makan di restoran dan teringat apa yang faizal lakukan, saya turut susun pinggan dan cawan, sudu dan garfu agar mudah para pekerja restoran membersihkan meja. Baru-baru ini, saya terpandang satu keluarga besar yang menjamu selera menyusun kerusi yang mereka duduki apabila bangun untuk meninggalkan restoran. Sesungguhnya ia adalah perbuatan yang baik dan patut dicontohi.
Apabila saya menulis mengenai hal ini di laman Facebook saya, rupa-rupanya ada yang lakukan apa yang saya dan Faizal buat. Malah, ada di antara mereka yang memberi reaksi terhadap entri saya itu adalah mereka yang tidak pernah memberi komen terhadap entri saya selama ini.
Kalau hendak diikutkan, mengemas meja selepas makan di restoran tidak perlu dilakukan. Sementelah kita membayar caj perkhidmatan di restoran yang ada kelas, perbuatan sebegini boleh dilihat sebagai kekampungan pula. Samalah juga kita dianggap kekampungan apabila mengambil tisu, sudu dan garfu sendiri tanpa memanggil pekerja menyediakannya untuk kita.
Malah, pergi ke kaunter untuk membayar pun tidak kena kerana sepatutnya kita hanya perlu melambai pelayan supaya mereka menghantar bil. Kemudian, apabila si pelayan datang dengan resit dan wang baki, kita dengan penuh gaya menyatakan padanya ‘keep the change,’ lalu mengambil sahaja resit, kononnya untuk tuntutan elaun keraian, padahal jawatan kita itu tidak melayakkan kita untuk mendapat elaun itu.
Tatkala baharu berhijrah ke Kuala Lumpur 30 tahun lalu, saya belajar makan KFC menggunakan pisau dan garfu. Sebagai orang kampung, saya tidak pernah makan menggunakan pisau. Tidak sedar kalau ada orang tertawa melihat saya memotong ayam dengan pisau tetapi menyuap potongan ayam itu dengan pisau juga.
Seperti Mr Bean, saya tidak rasa malu dengan apa yang saya buat kerana berasa saya sudah ada gaya orang Kuala Lumpur. Sehinggalah pada suatu hari, saya terpandang sepasang pelancong mat salih yang makan ayam dengan tangan, baharulah saya berani mencekau ayam goreng dengan tangan di KFC di segitiga emas, Kuala Lumpur. Rupa-rupanya tiada guna berlagak tidak kena pada tempatnya.
Saya kenal dengan beberapa orang berpangkat tetapi amat marhaen dalam tindak tanduk mereka. Saya pernah bekerja sepejabat dengan seorang bos yang selesa mengelap mejanya daripada menyuruh tukang cuci melakukannya. Saya kenal dengan beberapa orang pegawai berpangkat yang lebih suka duduk di sebelah pemandunya, atau menjadi pemandu sedangkan drebarnya duduk di kerusi sebelah. Dan seorang tokoh korporat yang selalu saya lihat menjinjing ikan bila menemani isteri ke pasar tani.
Hidup ini mengajar kita untuk berani menjadi diri sendiri agar kita senang hati. Tidak perlu berlakon, bergaya dan menyamar semata-mata kerana takut dilihat kekampungan mahupun tiada stail. Orang kata, jikalau ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya. Asalkan apa yang dilakukan itu bukannya sesuatu yang mengaibkan, kita perlu membuang topeng kelas, status dan kasta di dalam minda 8->
Apabila kita terlalu menjaga status semata-mata kerana mahu mempamerkan kehebatan, stail dan imej kekotaan, percayalah ia tidak akan menggembirakan hati. Sebaliknya kita akan tenggelam dalam tempurung yang kita bina sendiri. Akhirnya orang di sekeliling kita pun hanya berlakon untuk menyedapkan hati kita. Layanan mereka palsu kerana kita juga sudah jadi sombong kerana kepalsuan.
“Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan kamu tak akan sekali-kali sampai setinggi gunung.” (al-Israa; 37)
copy & paste

Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan