Ahad, 3 November 2013

2245. Memancing ikan dalam tempayan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.



Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q

Saat-Saat Yang Takkan Dilupakan!! 
Setiap orang mesti ada saat-saat dalam hidupnya yang memang takkan dapat dilupakan, terbawa-bawa, teringat-ingat selalu...

Bagi aku ada satu saat yang paling aku tak boleh lupa, kalah saat putus cinta ke, dapat ngorat awek ke, dapat hadiah ke dapat ijazah ke jatuh motor ke... setiap kali aku teringat mesti aku sakit perut nak tahan dari gelak... saatnya ialah ;

Dulu waktu masih belajar di IPT, aku dan kawan aku kecewa tak dapat cari sungai untuk memancing, yang banyaknya cuma tali air tepi sawah orang.. Kecewa punya pasal kami pakat memancing kat tali air tu.. Dengan kekilinya, ladungnya, locengnya, dengan gaya nak memancingnya kami baling umpan, korang rasa kami dapat ikan? jawapannya tak.. pasal apa tak dapat?

pasal paras air setakat buku lali ja quot;, jangankan ikan, siput pun belum tentu dapat... kami saja buat camtu untuk lepas rasa kecewa sambil gelak ramai-ramai.. yang paling melucukan korang tau apa? tali air tu tepi jalan, sudah tentu kenderaan lalu lalang.. paling melucukan tengok reaksi orang la ; ada yang berhenti bertanya, ada yang dok dalam van hulur kepala keluar tingkap nak tengok dengan rasa tak percaya dan yang paling kelakar ada sorang pakcik bawak motor tu melopong tengok kami ...


memang saat ni tak boleh aku lupa, aku rasa kawan aku yang bagi idea masa tu pun tak lupa, kelakar ya amat tengok reaksi orang

... jadi korang pun mesti ada saat yang paling tak boleh lupa kan?tak kiralah saat melucukan , saat gembira , sedih , kecewa dan lain-lain..korang boleh ceritakan disini kerana saat melucukan yang anda ceritakan mampu buat kawan-kawan lain menjadi ceria/senyum, saat gembira boleh jadikan sebagai inspirasi untuk menjadi lebih baik, saat sedih/kecewa boleh dijadikan pengajaran, peringatan kepada yang lain...
Dan mungkin saat2 sedih/kecewa ni menyebabkan korang fobia/serik/takut, jadi dengan menceritakan mungkin ada kawan-kawan yang mampu beri nasihat untuk mengembalikan semangat dan keyakinan korang... ..apapun perkongsian ada hadnya ; yang tak patut jangan cerita ya ... ..

Expires is not available
Sumber: (Saat-Saat Yang Takkan Dilupakan!!) .

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
urv.

7tcmv.

Tiada ulasan: