بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Hari itu cuaca cerah. Satu keluarga dalam perjalanan dari selatan mengarah ke utara dan menghampiri kota raya Kuala Lumpur.
Capaian kederasan kereta tersebut waktu itu 180km sejam. Jauh sudah melanggar aturan 110km sejam Expressway Utara Selatan kawasan tersebut. Selepas R&R Nilai kereta tersebut menuruni bukit landai memanjang. Mereka yang arif kawasan tersebut tentu memahami di mana kawasan yang di maksudkan.
Kereta tersebut sudah sampai di kawasan rata dan kira-kira 700 meter menghampiri satu selekoh kanan. Tiba-tiba kereta tersebut berpusing dari lorong paling kanan ke lorong sebelah kiri. Oh! tayar kanan sebelah depan tiba-tiba bocor.
Dalam keadaan cemas sedemikian rupa si suami sempat menepuk peha isterinya seraya bersuara AllahuAkbar!!!. Lantas isterinya menyahut Kalimah tersebut berulang-ulang. Kereta semakin menghampiri pagar besi kiri expressway utara selatan.
Si suami mengawal kereta dengan izin-Nya, suami isteri tanpa putus dengan kalimah Allah SWT., kereta ibarat buah carom, apabila terlanggar dinding besi penghadang tersebut, kereta terpacu ke arah selatan dan berpusing menghala ke utara semula.
Ada suara mengarahkan si suami "Breek" . Alhamdulillah kereta dapat dihentikan hanya tiga meter dari besi penghadang expressway bersebelahan. Si suami keluar dari kereta yang mula dikerumuni ramai orang. Ramai yang mengucap syukur kepada Allah SWT., keluarga tersebut selamat. Si suami bersuara "Maaf sebentar, saya hendak tenangkan keluarga saya." Orang ramai Alhamdulillah memahaminya.
Si suami mendapatkan isteri dan anak-anaknya yang masih di dalam kereta dan dengan kalimah Allah SWT si suami meniup umbun-umbun isteri dan anak-anaknya, mohon ketenangan dan memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT., di saat sedemikian rupa.
Alhamdulillah kesemua ahli keluarga tersebut selamat tanpa cedera, hatta calar sekali pun. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. ALLAHUAKBAR!!!, ALLAHUAKBAR!!!, ALLAHUAKBAR!!!.
Ramai kalangan pengguna expressway sudi membantu menukarkan tayar kereta tersebut. Pengguna yang biasa melalui kawasan tersebut, ada yang bercerita di kawasan tersebut amat terkenal sebagai kawasan maut.
Isteri dan anak-anak meneruskan perjalanan dengan menaiki teksi yang menawarkan diri untuk membantu dengan bayaran yang cukup murah ke destinasi berkenaan. Alhamdulillah. Manakala suami meneruskan perjalanan dengan kereta tersebut untuk menuju ke bengkel tayar.
Maha Besar Kalimah-Nya ALLAHUAKBAR!!!.
Berwaspada ketika memandu. Memandu kenderaan kerana Allah SWT.
In Syaa Allah Bermanfaat. .
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan