Selasa, 5 November 2013

2280. Definasi Penyakit Kritikal dan yang berkaitan.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.



Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q
Berusaha menjaga kesihatan diri, keluarga, masyarakat berserta berdoa pada-Nya Allah Maha Besar.



Definisi Penyakit Kritikal




untuk makluman lebih lanjut boleh la tengok video ini, bagaimana angioplasty procedure dilakukan.






Apa itu Angioplasty?


Apabila saluran jantung tersumbat akibat lebihan lemak yang masuk melalui cara permakanan kita, tindakan membuang lemak tersebut perlu dilakukan dengan segera.
Ustaz saya pernah memberitahu bayangan sakitn jantung ni. Katanya” cuba Adam cubit dada dengan kuku sekuat yang boleh” saya pun cubit. Sakit tu! tambahnya lagi” kalau sakit jantung 100 x lebih sakit dari itu.
Bertapa sakitnya penyakit jantung ni. berikut petikan pelangalaman keluarga Hj Selamat Sipan (http://keluarga-sayong.blogspot.com/2009/06/satu-pengalaman-angioplasty.html)berkenaan sakit jantung.
Anda tahu apa itu Angioplasty? jom layan…
Tau ker apa tu angioplasty ? Mungkin ramai yang tak tahu apa itu angioplasty kan!
Dari segi bahasanya Angio adalah saluran atau pembuluh darah dan manakala plasty adalah satu proses atau kaedah untuk membaik pulihnya dari tersumbat. Jadi Angioplasty adalah satu kaedah pembedahan bagi membaikpulih pembuluh darah sama ada dengan mengembangkan tip-pembelonan bagi membesarkan saluran darah terbabit atau membina semula atau menggantikan sebahagian darinya.
Kenapa pula kena lakukan angioplasty?
Angioplasty perlu dilakukan apabila seseorang itu telah didapati mengalami saluran darah yang tersumbat akibat timbunan lelemak atau kolesterol. Kaedah ini digunakan bgi membuka semula saluran yang tersumbat dengan mengembangkan belon dibahagian yang terbabit dan jika keadaan agak parah, maka satu kaedah yang dipanggil “stenting” atau kerangka besi yang bertindak sebagai sokongan bagi mengekalkankan saluran darah akan sentiasa terbuka untuk satu jangkamasa tertentu.
angioplasty; ballooning
Belon dikembangkan terlebih dahulu diikuti dengan besi tersebut
angioplasty; stent
Inilah besi yang dimasukkan 0.4mmx38mm
Sementelah itu, sebenarnya aku telah menjalani angioplasty yang pertama pada 26 Jun, 2009 hasil angiogram yang dijalankan pada hari yang sama, yang mana di dapati dua saluran arteri tersumbat melebihi 90%. Manakala pada 21 Julai 2009 yang lalu angioplasty yang kedua dilakukan bagi memasukkan stent yang berubat pula sepanjang 38mm.
stenting
beginilah kedudukan besi tersebut lepas diletakkan
Jadi, apa yang dimaksudkan dengan angioplasti adalah memasukkan kerangka besi yang halus di dalam saluran darah utama yang ke jantung bagi mengatasi saluran yang mengecil. Anioplasti digunakan bagi kes yang tidak memerlukan pembedahan pintas (by-pass) seperti kes cik nyamat. Bagi kes Cik Man, dua (2) jenis stent yang di masukkan iaitu regular atau non-medicated and medicated (berubat) yang mana membolehkan kadar pengumpulan kolesterol lebih lama berbanding non-medicated. Manakala, cara memasukkannya adalah melalui kelengkang sebelah kanan dan satu wayar berkamera beserta belon dan stent dimasukkan sekali, dan bila belon di pamkan, maka stent tersebut akan terbuka, dan tidak boleh mengecut semula, maka terbukalah saluran darah tersebut. Namun, apabila untuk mencabut semula tiub saluran tempa masuk, mak oooi yai, sakitnya tak tertahan..!!
By atifjeelan • Posted in Penyakit Kritikal • Tagged 
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
urv.

Tiada ulasan: