Jumaat, 8 November 2013

2304. Bumiputera perlu dibantu.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Nancy Shukri - Bumiputera Perlu DiBantu Kalau Tidak Mereka Akan Jadi Pencuri !

Friday, November 8, 2013

Selepas menjadi ahli politik baru saya faham kenapa perlunya satu dasar ekonomi baru untuk Bumiputera. Kaum Bumiputera terpinggir dalam ekonomi dan mereka jauh ketinggalan berbanding kaum2 lain.

Tanpa adanya dasar bagi mengimbangi pengagihan ekonomi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera, akan wujud masalah2 besar lain.

Ahli Parlimen Sarawak dari Batang Sadong, Nancy Shukri yang pernah menjadi seorang aktivis kemasyarakatan juga berkata, rakyat secara umumnya tidak faham kenapa perlunya wujud dasar2 yang mampu mengimbangi agihan kekayaan negara.

Saya setuju ! Rakyat ramai yang tidak faham kenapa perlu diteruskan dasar2 affirmatif seperti DEB. Bukan dikalangan kaum bukan bumiputera saja, malah mereka yang tergolong dalam bumiputera juga ramai yang tidak faham terutamanya generasi sekarang yang tidak melalui Peristiwa 13 Mei 1969.

Mereka tidak faham punca sebenar disebalik pergolakan perkauman yang berlaku waktu itu. Kita dilarang dari membincangkan peristiwa itu terlalu mendalam kerana khuatir menjadi isu perkauman. Dan kita terus dimomokkan dengan faktor politik semata2 sebagai punca peristiwa hitam itu berlaku.

- Parti cina Dap menang besar, kepala mereka turut jadi besar, dan mereka beramai2 turun ke jalanraya memaki hamun bla bla bla dan orang Melayu bertindak balas - Itulah saja ceritanya yang kita tahu tentang 13 mei.

Asas ketidakpuasan hati orang Melayu dan kebongkakan orang Cina Dap waktu itu jarang hendak diperkatakan iaitu jurang ekonomi antara kaum yang begitu jauh terpisah.

DEB diwujudkan kesan dari 13 Mei bertujuan memperbaiki sedikit sebanyak masalah utama isu perkauman di negara ini yakni merapatkan jurang ekonomi itu.

Masalahnya kenapa pemahaman dari sudut keperluan mengimbangi agihan kekayaan negara antara kaum itu tidak diajar kepada rakyat ? Apakah kaum Bumiputera itu sudah berasa selesa kini dan tidak lagi perlukan bantuan khas dalam bentuk dasar2 affirmatif ? Adakah kita juga ikut sama akur kepada tuntutan kesamarataan dari bukan Bumiputera kononnya dasar2 affirmatif itu tidak adil dan menindas mereka ....... dalam keadaan mereka masih lagi menguasai lebih dari 70% ekonomi negara ?

Apakah disifatkan sebagai pendekatan rasis dasar2 yang mempertahankan rezab 30% golongan majoriti dari terus diceroboh oleh golongan minoriti yang sudah menguasai selebihnya ?

Baguslah kalau MP Nancy Shukri sudah faham dan terima kewajaran diteruskan dasar2 affirmatif. Selain dari menyokong diharap beliau juga dapat memainkan peranan dalam menyedarkan rakyat golongan bukan bumiputera akan keperluan unik negara kita ini.

Tapi komen seterusnya dari beliau ini agak lain macam sikit bunyinya ....

Jika anda tidak bantu .... masalah sosial akan berlaku. Kerana mereka akan terus ketinggalan lebih jauh. Situasinya, jika mereka tidak punya wang, apakah yang akan berlaku ? MEREKA AKAN MULA MENCURI.

Sekarang saya tertanya2 pula apakah benar MP Nancy ini benar2 faham akan keperluan DEB ?

Mungkin Nancy tidak bermaksud secara spesifik kepada kaum Bumiputera, mungkin beliau merujuk secara umum kenyataan itu - sesiapa pun bila dah takde duit, akan mula mencuri .... termasuk Bumiputera.

Tapi itupun bunyinya menjengkelkan ! Apakah semua orang miskin tidak punya maruah hingga sanggup mencuri ?

Kenapa tidak Nancy rujuk kepada Peristiwa 13 Mei yang tidak ada kena mengena dengan mencuri ? Worse come to worst pun, kita akan memberontak bagi menuntut kembali hak sebagai tuanpunya asal Tanah Melayu ..... tapi mencuri ?

“As a politician now, I understand why there is a Bumiputera new economic policy... The Bumiputera, they are very marginalised in terms of economy. They’re very much lower than other groups.

“If there is no such policy to balance the economic distribution within Bumiputera and non-Bumiputera, there could be a difficult situation as well,” Nancy said.

A former civil society activist, the Sarawakian MP for Batang Sadong said the public at large was unable to understand the necessity for such policy to reverse the imbalance in distributing wealth.

“If you don’t help... social ills will be happening. Because they will left very far behind, there will be social problems. That’s the situation, if they don’t have money, what will they do? They will start stealing.”- Malaymailonline.

Sumber: (dinturtle).

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
urv.

Tiada ulasan: