Khamis, 28 November 2013

2531. Menyetujui dengan menyanggah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com


Masih Aku Terasa: 
Kes Skodeng Melibatkan Tokoh Berprofil Tinggi.

Kalau setakat Ramli skodeng Liza, itu kes picisan, tarak hal punya, tapi ini bukan kes skodeng sebarang skodeng. Skodeng ini melibatkan tokoh negara dan berprofil tinggi. Masakan tidak, kerna ini adalah kes skodeng antara dua negara berjiran.
KUALA LUMPUR: Singapura tidak ada niat mengeruhkan hubungan persahabatan dengan Malaysia.

Ini ditekankan oleh Suruhanjaya Tinggi Singapura sambil menafikan yang ia tahu sebarang maklumat tentang tindakan membantu Amerika Syarikat menjalankan pengintipan terhadap negara jiran terdekatnya itu.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Encik Ong Keng Yong, dipanggil oleh Kementerian Luar Negara Malaysia dan beliau bertemu dengan setiausaha agung kementerian luar, Datuk Othman Hashim, selama 20 minit tengah hari semalam, lapor akhbar The Straits Times.

Dalam pertemuan itu, Encik Ong menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai maklumat tentang dakwaan media Australia bahawa Singapura membantu menyelaraskan pengintipan Amerika-Australia di rantau ini, termasuk mengintip Malaysia.

Kerajaan Malaysia menyatakan ia kini menyiasat secara "menyeluruh" laporan media terkini tentang penglibatan Singapura dalam dakwaan kegiatan pengintipan itu.

Encik Ong mengesahkan bahawa Singapura menghargai hubungan baiknya bersama Malaysia.

"Kami mempunyai hubungan dua hala yang baik dan bekerjasama rapat dalam banyak perkara yang mempunyai kepentingan bersama," kata Encik Ong semalam.

"Kami tidak berminat melakukan apa-apa yang mungkin memudaratkan rakan kami atau persahabatan antara kedua-dua negara," katanya lagi.

Sementara itu, Dewan Rakyat Malaysia semalam menolak usul Ahli Parlimen (AP) Bukit Katil, Encik Shamsul Iskandar Mohd Akin, bagi membahaskan isu-isu berkaitan pengintipan yang dikatakan dilakukan Amerika, Australia dan Singapura.

Encik Shamsul berkata Dewan Rakyat perlu bertegas dalam memberi tekanan kepada tiga negara tersebut, lapor portal berita The Malaysian Insider.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Mulia, berkata usul tersebut tidak perlu disegerakan kerana Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, akan mengambil tindakan ekoran bantahan tersebut.

"Ini soal berkaitan dengan kedaulatan negara, kita tidak mahu dikhianati dengan perkara sebegini," kata Encik Shamsul dalam sidang media selepas itu.

Kerajaan Rakyat.
Sumber: http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/11/kes-skodeng-melibatkan-tokoh-berprofil.html

Hal Satu. 

Layak kah muka begini menjadi pemimpin kita? Rakyat sengsara, pemimpin BN buat lawak. 

Roslin Ahmad's photo.


Sumber: http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/11/layak-kah-muka-begini-menjadi-pemimpin.html

HAL DUA.

Kerajaan Selangor kumpul rizab simpanan hampir RM$3 Billion......

Datuk Nik Hua IV

Kerajaan Selangor kumpul rizab simpanan; kerajaan Malaysia himpun hutang. 
tak nampak lagi ke oii jangan biarkan umngok/BN jaga negara lama2.. 
orang bongok akan melingkupkan negara dapat takk??

HAL TIGA: 
Hal parti dijadikan hal nasional dan mendapat sambutan meriah dan menjadi berita utama media arus perdana. Disebalik berita negara diintip negara asing sejak 1970an. 

KANTOI!! Najib Kena Kencing.. Hanya 3 Ketua Cabang, bukannya 11 Keluar PKR..

Dipercayai kerana mahu mengalih perhatian rakyat dari ekonomi yang semakin kurang baik.. semalam dalam satu sidang media dengan bangganya Najib mengumumkan kedudukan PKR di Sabah hampir lumpuh apabila 11 Ketua Cabang PKR di negeri itu mengumumkan keluar parti.

“Hari ini adalah satu hari yang amat bermakna khususnya dalam konteks politik di negeri Sabah dan negara kita amnya, kerana kumpulan Ketua Cabang PKR ini yang keluar parti PKR akibat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR seterusnya memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional di peringkat nasional dan di peringkat negeri.

 “Mereka ini terdiri daripada 11 Ketua Cabang PKR termasuk dua ADUN yang sudah pun mengistiharkan keluar PKR sebelum ini iaitu ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dan ADUN Kadamaian daripada PKR, Jeremy Malajad.

“Saya juga ingin maklumkan akan berlaku gelombang kedua selepas ini di mana lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin PKR Sabah akan keluar dan menyokong BN. Apa yang sudah berlaku dan yang akan berlaku, bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya BN akan menjadi semakin kuat dan semakin mendapat kepercayaan daripada rakyat Sabah,” ujarnya... laporan penuh di SINI

Rupa-rupanya.. seperti juga Noh Omar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor merangkap Ketua UMNO Bahagian Tanjung Karang berjaya diperbodohkan oleh seorang Petugas PKR Pandan yang mendakwa dirinya ialah 'Orang Kanan' Rafizi.. baca di ( SINI ), Najib juga telah berjaya diperbodohkan..

Jika dalam isu Noh Omar yang diperbodohkan oleh petugas PKR Pandan yang mendakwa dirinya adalah orang kanan Rafizi sehingga Noh mengadakan satu majlis yang agak besar untuk menyambut petugas itu..

Dalam hal Najib pula.. entah siapalah yang perbodohkannya mengatakan kesemua 11 individu itu adalah Ketua-ketua Cabang PKR Sabah kerana hakikatnya hanya 3 dari mereka adalah Ketua Cabang yang lain-lain pula adalah pemangku, naib ketua dan ahli-ahli biasa...
Lajim: Hanya lapan pemimpin PKR Sabah keluar parti
KOTA KINABALU - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa hanya lapan pemimpin PKR yang keluar daripada parti itu.
Beliau berkata tiga daripada mereka adalah ketua cabang dari Kinabatangan, Kota Marudu dan Silam.
"Sementara selebihnya adalah terdiri daripada pemangku, naib ketua dan ahli-ahli biasa manakala Cabang Beluran masih belum mendapat kepastian," katanya pada sidang media di Bangunan PKR di sini, hari ini.
Lajim memaklumkan pihaknya belum menerima surat peletakan jawatan mereka yang keluar dan menyokong Barisan Nasional (BN) sehingga petang ini.
Beliau berkata parti di peringkat negeri akan mengesyorkan kepada presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memecat keahlian mereka.
Semalam, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 pemimpin cabang PKR Sabah keluar parti dan menyatakan sokongan terhadap BN.
Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna. - Bernama

Kah... kah.. kah.. kena kencing rupanya Perdana Menteri aku ni.. best jugak jadi ahli PKR ni.. tinggi nilainya dimata Najib rupanya... 

Cadangan aku buat Najib.. jangan sibuklah dengan hal macam ni, perbaiki ekonomi jangan terlalu menyusahkan rakyat...

Macam aku kata semalam.. Anwar Ibrahim tak pernah serik.. memang Anwar tak pernah serik...

Hal Empat: 

Parlimen Malaysia terpalit noda – Lim Kit Siang. 


Dua kejadian di Dewan Rakyat pada hari Khamis, 14 November 2013, yang lalu membuatkan Parlimen Malaysia terpalit noda – semuanya kerana Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Kejadian pertama berlaku dalam sesi pagi apabila Barisan Nasional dengan tidak mempedulikan Peraturan Mesyuarat dan kelaziman telah menggunakan kelebihan kerusinya di Parlimen untuk meluluskan usul luar biasa, tidak wajar, dan “haram” untuk menggantung Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran selama enam bulan kerana memperjuangkan kuil Sri Muneswarar Kaliyamman di Kuala Lumpur yang telah berusia 101 tahun.
Usul untuk menggantung Surendran itu melanggar Peraturan Mesyuarat dan kelaziman Parlimen sekurang-kurangnya menurut empat asas.

Peraturan Mesyuarat 27 (3) menyebut: “Kecuali sebagaimana yang disyaratkan dalam Peraturan Mesyuarat 43 dan perenggan (5) dalam Peraturan Mesyuarat 86 dan 26(1), apa-apa usul hendaklah dikeluarkan pemberitahu tidak kurang daripada empat belas hari terlebih dahulu tetapi jika usul itu dengan nama Menteri.

Maka memadailah dengan dikeluarkan pemberitahu tujuh hari sahaja terlebih dahulu, dan pula jika Tuan Yang di-Pertua puas hati setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang Menteri iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segeranya maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu satu hari sahaja terlebih dahulu.”

Memandangkan kekecualian yang disebutkan dalam Peraturan Mesyuarat 43, 86, dan 26 terpakai untuk kes ini, usul menteri untuk menggantung Surendran memerlukan “tujuh hari sahaja terlebih dahulu, dan pula jika Tuan Yang di-Pertua puas hati setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang Menteri iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segeranya maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu satu hari sahaja terlebih dahulu.”

Penggantungan Surendran selama enam bulan itu bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat dan kelaziman parlimen menurut empat asas berikut:

1. Ia tidak mematuhi peraturan yang menetapkan “pemberitahu satu hari” untuk usul menteri, kerana jika “satu hari” ditafsirkan sebagai “24 jam” maka usul terbabit hanya boleh dibahaskan selepas jam 6 petang hari Khamis, memandangkan notis telah diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen selepas jam 6 petang hari Rabu.

2. Tiada “kepentingan umum” yang mengharuskan usul itu dibahaskan selepas notis satu hari diberikan dan bukannya selepas notis tujuh hari. Malah, sehingga sekarang tiada menteri mampu menjelaskan “faedah orang ramai” yang bagaimana memestikan perbahasan dan keputusan dibuat dengan segera tanpa mematuhi peraturan berkenaan “pemberitahu tujuh hari” – apatahlagi untuk memutuskannya tanpa mematuhi notis satu hari.

3. Pertembungan kepentingan yang jelas kerana Tuan Yang di Pertua yang telah membenarkan usul menteri berkenaan dibahaskan tanpa notis tujuh hari terbabit dalam persoalan yang dipertikaikan, memandangkan usul tersebut mendakwa Surendran “menghina” Speaker.

4. Prosedur yang sepatutnya diikuti dalam kes ini ialah merujuk Surendran kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan kerana ia membabitkan “kuasa serta hak dan keistimewaan Dewan”, dan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan perlu menyiasat dan mengemukakan laporan kepada Dewan berkenaan dakwaan yang dibuat terhadap Surendran.

Kenyataan oleh Pengerusi bahawa mana-mana Ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan perintah Speaker boleh menggunakan Peraturan Mesyuarat 43 untuk mengusulkan supaya keputusan terbabit disemak semula menerusi notis tidak lebih dua hari sama sekali tidak bermakna kerana dalam sejarah Parlimen Malaysia usul sedemikian tidak pernah dibenarkan untuk dibahaskan dalam Dewan. Peraturan tersebut tidak lebih seperti “abjad-abjad mati” yang tidak lagi diamalkan.

Kerana itulah tiada seorang pun Ahli Parlimen Pakatan Rakyat peduli untuk memanfaatkan Peraturan Mesyuarat 43 ketika di waktu pagi hari berkenaan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia secara tidak benar telah mengarahkan Surendran untuk keluar dari Dewan atas alasan beliau masih digantung.

Ini bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 44 (2) yang dengan jelas menyebut bahawa apabila Speaker belum menentukan tempoh penggantungan seseorang Ahli Parlimen, “tempoh tersebut hendaklah disifatkan sebagai selama dua hari termasuk hari kejadian berkenaan.”

Penggantungan Surendran dibuat pada pagi Selasa, 12 November 2013, dan Speaker tidak menyebut tempoh penggantungan, maka tempoh penggantungannya adalah selama dua hari bermula pada hari Selasa – iaitu “hari kejadian berkenaan” – dan Rabu serta tidak lagi berkuatkuasa pada hari Khamis itu! Bermakna, tindakan Speaker mengusir Surendran keluar dewan pada pagi Khamis itu adalah salah dan bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat.

Sebuah akhbar (New Straits Times) mendakwa Ahli Parlimen DAP/PR bagi Puchong, Gobind Singh Deo, dan saya telah menghalau Pandikar Amin dari Dewan kerana kami telah turut menuntut penjelasan atas tindakan mengarahkan Surendran keluar dari Dewan pada pagi itu.

Laporan itu sama sekali tidak berasas dan tidak lebih daripada khayalan wartawan terbabit, dan ia menunjukkan betapa rendahnya piawaian profesional dalam negara ini dalam pelbagai bidang kerjaya – termasuk media massa – walaupun telah lebih setengah kurun negara kita merdeka.

Saya bersama-sama beberapa pemimpin PR yang lain – termasuk Azmin Ali (PKR/PR Gombak) dan Mahfuz Omar (PAS/PR Pokok Sena) telah menyarankan kepada Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee agar menangguhkan persidangan untuk membolehkan kedua-dua pihak mencari penyelesaian yang saksama bagi merungkai kebuntuan dan mententeramkan Dewan, sama ada dalam bentuk pemberian notis tujuh hari untuk usul terbabit, atau merujuk Surendran kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, atau membenarkan usul menurut Peraturan Mesyuarat 43 untuk menyemak semula keputusan Pengerusi dibahaskan.

Tetapi berlawanan dengan kelaziman parlimen, Timbalan Speaker telah enggan menangguhkan persidangan untuk memberikan “tempoh bertenang” bagi membolehkan kesepakatan dibuat oleh kedua-dua pihak dalam Dewan bagi mengatasi kebuntuan.

Sebaliknya Dewan dan negara telah disajikan dengan adegan lawak jenaka apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukry telah membacakan ucapan usul terbabit walaupun tiada siapa dapat mendengar walau pun sepatah kata daripada beliau, memandangkan ucapannya telah tenggelam sepenuhnya dalam kegamatan Dewan.

Adegan itu disambung dengan sesi undian yang juga merupakan lawak jenaka kerana tiada Ahli Parlimen, sama ada dari BN atau PR, dapat mendengar apa yang telah diusulkan oleh menteri itu.

Kerana itulah Ahli-ahli Parlimen PR enggan mengambil bahagian dalam pengundian, kerana bagi mereka usul tersebut bukan saja luar biasa dan tidak wajar, malah ia juga adalah “usul haram”.

Dalam keadaan keadilan telah dinafikan serta prosedur dan kelaziman parlimen telah diabaikan inilah beberapa Ahli Parlimen PR telah melepaskan rasa marah dan kecewa mereka secara beremosi dengan mengoyakkan kertas usul berwarna hijau itu.

Pimpinan PR di Parlimen tidak menyetujui tindakan mengoyak kertas usul itu kerana ia berlaku secara mendadak justeru Ahli-ahli Parlimen PR merasa kecewa apabila keadilan dinafikan serta peraturan mesyuarat dan kelaziman parlimen pula diabaikan dalam meluluskan usul untuk menggantung Surendran selama enam bulan. Cara penggantungan ini dibuat menjadikan Parlimen Malaysia sebagai mahkamah kanggaru dan bahan jenaka dunia.

Kejadian kedua yang memalit noda pada Parlimen Malaysia berlaku pada tengahari Khamis apabila persidangan parlimen disabotaj menerusi tindakan membalas dendam berikutan apa yang terjadi di pagi itu. Tindakan balas ini tiada kena mengena dengan keadilan, integriti prosedur parlimen atau hak rakyat.

Ahli-ahli Parlimen BN, diketuai oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin, telah menjalankan konspirasi untuk menimbulkan kekecohan, membawa kepada perbuatan mengoyak usul Ahli Parlimen PKR/PR Kuantan Fuziah Salleh untuk memotong gaji lima penasihat khas Jabatan Perdana Menteri, iaitu Rais Yatim, Noh Omar, Shahrizat Abdul Jalil, Johari Baharom, dan Hasbi Habibollah, kerana mereka mendakwa usul beliau adalah “usul haram” berikutan satu kesilapan fakta dalam ucapan beliau.

Jika Ahli Parlimen BN menganggap usul Fuziah adalah “usul haram”, mereka sepatutnya mencontohi tindakan Ahli-ahli Parlimen PR di sebelah pagi yang telah menolak untuk mengambil bahagian dalam pengundian – dan membenarkan Ahli-ahli Parlimen PR menyokong usul itu.

Tetapi tujuan mereka berlainan, iaitu untuk mensabotaj persidangan parlimen dengan tidak membenarkan usul Fuziah dibahaskan.

Atas sebab itulah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim selepas waktu makan tengahari telah mengemukakan usul supaya Dewan bersurai lebih awal, iaitu sebaik saja usul Fuziah diketepikan dan bukannya pada jam 5.30 petang seperti kebiasaan – ini adalah bukti jelas bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu telah mengetahui dan membenarkan tindakan sabotaj ke atas usul Fuziah.

Dua kejadian yang berpunca daripada Ahli-ahli Parlimen BN dalam Parlimen Malaysia ini menunjukkan sikap kebudak-budakan mereka yang sanggup mengambil tindakan kasar untuk membalas dendam terhadap Ahli-ahli Parlimen PR tanpa mempedulikan soal salah atau benar sesuatu isu dan tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan negara.

Jelas bahawa ini bukan langkah ke arah membentuk sebuah Parlimen bertaraf dunia!

Lim Kit Siang adalah Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah

Hal Lima:

Kita Bina Yang Baru....Tiada Yang Mustahil..Persetan Kepada Mereka Mereka Yang Keluar.....

Keadilan Tuaran


Apa yang berlaku ada hikmah dan pengajaran di sebaliknya. 

Ini menunjukkan manusia itu serba tidak sempurna. Masa bersama dianggap kawan, puji dan puja setinggi langit tetapi bila tidak diperlukan, maka ditunjukkanlah pintu keluar atau diterajang atau dipencilkan. 

Ketika itu tiada lagi puji dan puja, yang ada cuma kutukan, hinaan serta cacian seluas dan sedalam lautan.

Takziah kepada DSP Lajim kerana dalam masa singkat memimpin kehilangan kepercayaan daripada pimpinan cabang. Ini menunjukkan kualiti kepimpinan DSP memang setaraf TADIKA. 
Takziah kepada DS Anwar kerana atas kesombongan dan kebongkakan DS masih tidak mahu mendengar suara rakyat bawahan. 

Lihatlah bagaimana pupet-pupet terbaru DS melakukan kerja, memalukan! Sampai bila baru mahu insaf?

Tidak lupa....takziah pula kepada sahabat-sahabat pejuang ini iaitu 2 YB dan beberapa KC/PMK KC kerana akhirnya memilih UMNO/BN yang tuan-tuan kutuk selama ini setinggi gunung Kinabalu sebagai rumah terbaru tuan-tuan. 

Di kedai kopi, tuan-tuan kami tetap tuakan, tetapi dalam PRU 14 nanti, kami anak-anak muda reformasi tetap mengatakan TIDAK kepada UMNO/BN!

"LAWAN TETAP LAWAN!"
Sumber: 
HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: