Sabtu, 30 November 2013

2579. Tak mahu ucap Tahniah ke Hishamuddin?.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Biar dorang naik gaji dari jadi pelahap, penyangak, penyamun dan perompak berlesen harta rakyat Malaysia. Lagi bahaya jenis tak nampak. Tahu-tahu duit rakyat menyusut malah menanggung beban hutang yang semakin bertambah, bebalkah rakyat Malaysia?. 


ADUN Perak dan Johor juga mahu naikkan taraf ekonomi diri sendiri.. Tak mahu ucap Tahniah ke Hishamuddin?

Mula-mula Sarawak umumkan Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda..

Dengan itu gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Dan ianya berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas... maknanya kesemua mereka akan menerima bayaran tunggakan kenaikkan gaji itu..

Tapi macai-macai UMNO pura-pura tak nampak kenaikkan gaji itu, malah menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang turut menikkan gaji MB dan juga ADUN-ADUN nya..

Bukan saja macai yang mengulas seperti orang yang tak cukup akal.. malah pemimpin mereka juga sama, antaranya ialah di bawah ni..
Kenaikan gaji Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang diumumkan Rabu lalu, membuktikan kerajaan pakatan pembangkang mempermain harapan rakyat dan hanya berminat menjaga kebajikan sendiri.

Kenaikan itu yang berkuat kuasa 1 Jan depan juga menunjukkan gabungan PKR-PAS-DAP yang membentuk kerajan negeri umpama "cakap tak serupa bikin" apabila gagal memperjuang agenda membela nasib rakyat seperti mengurangkan kemiskinan dan jurang pendapatan penduduk bandar.

"Mereka cakap tak serupa bikin, mereka tuduh kita (Barisan Nasional) macam-macam... di Selangor, rakyat terpaksa mengharungi kesusahan, kesesakan dan taraf hidup yang tinggi.

"Tindakan itu bukan saja tidak hiraukan kesusahan rakyat, malah lebih memikirkan kedudukan diri sendiri. Saya ucap tahniahlah kerana mereka berjaya menaikkan taraf ekonomi diri sendiri," kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media selepas perasmian Persidangan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) di sini, Khamis ~ Bernama

Yang dia nampak ialah Selangor.. tapi Sarawak Hishamuddin buat-buat tak nampak..

Kemudiannya pula dilaporkan oleh Malaysikini..
Kerajaan Pulau Pinang juga dijangka menaikkan gaji bulan 40 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan cadangan pindaan statut berkaitan dijangka dibentangkan minggu depan.

ADUN negeri itu kini mendapat gaji pokok RM4,112.79 dengan elaun tetap RM2,000.
Elaun tetap termasuk RM500 (elaun khas), RM500 (hiburan), RM400 (pengangkutan) dan RM600 (pemandu).

Jika kenaikan diluluskan, ADUN akan menerima gaji baru RM6,000 dan elaun RM5,500, menjadikannya RM11,500 untuk setiap seorang.

Bagaimanapun nasib Guan Eng lebih baik jika dibandingkan dengan nasib Tan Sri Khalid, kerana belum sempat macai-macai menyerangnya dengan isu tersebut, Kerajaan BN Perak juga mengumumkan akan menaikkan gaji ADUN-ADUNnya..
IPOH - Sidang Dun Perak semalam meluluskan perbelanjaan sebanyak RM339 juta bagi Bajet 2014.

Perkara itu dipersetujui selepas kesemua Adun berbahas pada Persidangan Kelima Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dun Perak.

Bajet yang diluluskan itu termasuklah kenaikan elaun saraan Adun daripada RM4,112.79 kepada RM6,000 sebulan.

Persidangan yang berlangsung selama lima hari bermula 25 November sehingga semalam itu turut meluluskan peruntukan sebanyak RM2.12 juta atau RM3,000 sebulan kepada semua 59 pusat khidmat Adun termasuk kawasan pembangkang ~ Sinar Harian

Dan Johor punya hutang mencecah RM1.38 billion pada Jun 2012 dengan RM700 juta hutang dikumpulkan pada zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar Johor turut mempertimbangkan untuk menaikkan gaji ADUN-ADUNnya..
KLUANG: Kerajaan Negeri Johor sedang mempertimbang untuk menaikkan gaji anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor selaras dengan beban kerja yang ditanggung mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata kajian sedang dilakukan untuk meneliti kenaikan itu, bagaimanapun jelasnya, ia tidak akan terlalu tinggi seperti dinikmati Adun Selangor.

"56 orang Adun Johor mempunyai banyak kerja tetapi kita belum sampai peringkat terdesak untuk menaikkan gaji," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Agro Johor 2013 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Johor, di Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, di sini Jumaat ~ Bernama

 Tak mahu ucap tahniah kepada MB dan ADUN Perak dan Johor yang juga menaikkan taraf ekonomi diri sendiri ke Hishamuddin?

HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: