Sabtu, 30 November 2013

2587. Sudut seram.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com




Petua Untuk Mengelak Daripada Memberi Hutang Kepada Kawan atau Saudara Mara Anda

A. Berhati-hatilah untuk memberikan hutang kerana kebiasannya mereka yang datang merupakan samada saudara mara ataupun sahabat atau kenalan rapat. Saudara mara akan menggunakan alasan persaudaraan untuk terpaksa anda memberikan mereka hutang. Walaupun kadang kala alasan untuk berhutang adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

B. Kawan-kawan pula akan menggunakan rekod persahabatan dengan anda selama ini untuk meyakinkan anda. Biasanya agak sukar menolak permintaan kawan yang tidak pernah minta duit dari anda. Tetapi jika dia adalah orang yang sama sering minta hutang tetapi tidak bayar, agak mudah sedikit untuk menolaknya.

C. Walaupun anda ada banyak wang dan tidak ada masalah untuk meminjamkan atau memberikan wang pada orang, anda tidak sepatutnya merosakkan kawan atau saudara dengan memudahkan mereka meminjam daripada anda. Orang yang terbiasa selesaikan masalahnya dengan berhutang pada kawan-kawan tidak akan segan silu untuk mengulanginya lagi setiap kali ada kesempatan. Walaupun mereka berkali-kali berhutang tetapi tidak pernah bayar, mereka akan tetap datang untuk menjadikan anda mangsa. Ini disebabkan mereka sudah menjadi pakar merayu dan meyakinkan anda untuk mengeluarkan duit. Bagi diri mereka pula sebenarnya telah rosak jiwanya kerana mengambil jalan mudah dan tidak kisah untuk tidak bayar hutang.

1. Jangan dengar dan menghayati sangat alasan yang diberikan oleh rakan atau saudara sebelum membuat sedikit kajiselidik.

2. Telefon beberapa kenalan lain untuk selidik sejarah hutang mereka. Semak sekurangnya pada 3 orang untuk dapatkan kepastian.

3. Jika kawan tersebut jarang berhutang, dan jika berhutang pun tidak pernah mungkir janji membayar, anda akan mudah mengetahuinya dari kawan-kawan. Kawan sebegini tidak akan berhutang kecuali benar-benar memerlukannya.

4. Jika kawan itu kaki hutang dan amat sukar membayar, anda akan mudah mengetahuinya dari rakan-rakan. Ini di sebabkan mereka sudah mula membina tabiat yang merosakkan diri mereka.

a. Orang begini elok jangan diberikan hutang.

b. Cara melepaskan diri mereka adalah dengan memberikan hadiah dalam jumlah yang anda selesa. Biasanya berikan sahaja RM100 atau lebih dan katakan padanya tidak perlu bayar.

HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: