بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
Kita mengaibkan zaman kita sedangkan aib itu adalah diri kita. Tiadalah aib pada zaman kita itu melainkan diri kita sendiri. Kita seringkali menyalahkan zaman kita walaupun tiada noda padanya. Jika zaman itu mampu berbicara pasti ia akan menyalahkan kita... (Abu Fatih - AAM, Makkah, 3 Jun 2013).
Imam Masjidil Haram Makkah, Sheikh Khalid Al Ghamidi dalam bacaan sSolat isya' Surah Al Haj Ayat 40: "Mereka yg dikeluarkan dari negeri mereka tanpa hak, semata-mata kerana mereka berkata: (Tuhan kami ialah Allah...) telah merobek persaan kami yang berada di hadapan Kaabah ini..
Terbayang-bayang di hadapan mata kami Nabi SAW disiksa, dipukul dan dihina di depan Kaabah ini...sehingga datang Sayyidina Abu Bakar melepaskannya dengan membaca ayat ini..
Ya Allah, berilah kepada kami taufiq, hidayah dan 'inayah-Mu dalam menyebar dan mempertahankan Agama ini. (AAM, Masjidil Haram, 24 Rajab 1434H).
Ya Allah, berilah kepada kami taufiq, hidayah dan 'inayah-Mu dalam menyebar dan mempertahankan Agama ini. (AAM, Masjidil Haram, 24 Rajab 1434H).
Renungan Insaf diri;
Daripada permusuhan itu ada sesuatu yang memberi manfaat kepadamu. Manakala daripada persahabatan pula ada sesuatu yang memudharatkan dan menyakitimu. Maka berhati-hatilah dalam semua keadaan. Bersederhana, tenang & tidak gopoh dalam tindakan. (AAM, Makkah, 24 Rajab 1434H). Kita mengaibkan zaman kita sedangkan aib itu adalah diri kita. Tiadalah aib pada zaman kita itu melainkan diri kita sendiri. Kita seringkali menyalahkan zaman kita walaupun tiada noda padanya. Jika zaman itu mampu berbicara pasti ia akan menyalahkan kita... (Abu Fatih - AAM, Makkah, 3 Jun 2013).
<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Penyakit Hasad Dengki.
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
Rahsia kenapa Restoran Basir penuh orang.
Di Kluang ada satu restoran, namanya Restoran Basir. Terletak di satu taman dan kedudukannya agak terpencil sedikit. Tidak perlulah saya beritahu taman mana. Restoran ini betul-betul buka jam 8.00 pagi. Kalau sampai di kedai jam 7.30 atau 7.45 pagi, kenalah tunggu, boleh duduk tapi kekadang air pun belum masak lagi. Kedai ini hanya ada sarapan pagi sahaja, makan tengahari dan makan malam tak ada.
Ramai Orang
Saya bukanlah selalu sangat pergi ke kedai ini, kekadang terpaksa minum di kedai lain sebab penuh. Makanan yang ada kat kedai ini hanya roti canai dan nasi lemak sahaja. Ada tambahan kuah kari kambing dalam satu periuk besar. Nasi lemak pula sudah siap bungkus yang orang lain hantar. Rasanya sehari dalam satu raga, mungkin 100 bungkus. Nasi lemaknya kecil saja, kalau selera macam saya, biasa makan dua bungkus baru kenyang.
Tak jauh dengan kedai ini, ada satu lagi restoran yang banyak menu sarapan pagi. Dengan mee dan nasi lemak berlauk dan lain-lain. Tapi kedai tu tak ramai orang macam Restoran Basir.
Restoran Islam
Saya tahu dan mengenali tauke dan pekerja kedai ini dan saya sahkan mereka adalah orang Islam tempatan, bukan pekerja asing. Mereka pernah berurusan dengan pejabat agama. Kemudian ada 2-3 orang makcik Melayu di dapur yang kerja cuci pinggan dan lain-lain.
Apa Rahsia?
Saya berani membuat kesimpulan, rahsia yang paling besar kejayaan kedai ini adalah teh tarik. Teh tarik memainkan peranan penting pengusaha restoran Melayu untuk berjaya. Dalam ceramah saya kepada usahawan iaitu peniaga-peniaga warung di sebuah hotel, saya menekankan kepada peniaga supaya menjaga betul kualiti teh tarik. Kenalah belajar dan tahu cara buat teh tarik dan jangan sebarang cincai saja. Saya bukan pandai sangat buat teh tarik, tapi saya ajar orang juga bagaimana nak buat teh tarik yang sedap. Klik sini untuk belajar dengan saya cara buat teh tarik
Bagaimanapun, saya tengok di restoran Basir ada cara lain iaitu resepi tersendiri buat teh tarik ini. Tak perlulah saya beritahu, kalau nak tahu, datang sendiri tengok. Kedai ini gunakan susu FN seperti yang saya beritahu dalam tulisan terdahulu. Harga susu ini agak mahal sikit tapi dapat rasa teh yang baik. Teh yang digunakan saya tak tahu. Kawan saya pernah beli teh serbuk dengan restoran ini. Mulanya dia tak mahu jual tapi bila dipujuk, dia jual juga sedikit. Tapi, pada saya, Boh Tarik yang saya terangkan itu pun kira baik dan rasa yang sama juga.
Roti Canai
Roti canai di kedai ini sedap dan kurang masin. Pekerja yang buat roti ini sebelum ini bekerja di kedai makan Taman Bersatu, sekarang di Restoran Basir.
Pengajaran Kepada Kita
Ada orang ini mengadu kepada saya yang warungnya pada mulanya ramai orang tapi lama kelamaan orang tak ramai. Dia kata ada orang hantar sihir dan nak jatuhkan perniagaan dia. Cerita dia bersungguh-sungguh dan macam bomoh pula dia.
Saya pergi ke kedai itu untuk sarapan. Nampak banyak makanan tradisi tapi orang tak seramai mana. Bila saya minta teh tarik, tengok saja saya dah tahu yang teh tarik itu tak sedap. Jadi sebelum saya sakit perut, lebih baik saya tak minum. Saya kasi anak saya minum teh tarik tu dan saya minum teh O saja. Dalam hati saya, itulah kali pertama dan terakhir saya datang ke kedai itu.
Di kedai itu juga ada gantung tulisan khat ayat Quran yang orang kenali sebagai ayat seribu dinar. Dalam hati saya, tidaklah menyalahkan orang yang gantung ayat itu sebab itu kedai orang Islam. Cuma, janganlah sekadar gantung. Yang penting adalah, Quran hendaklah dibaca dan diamalkan dalam kehidupan kita.
Sumber: (http://kadikluang.blogspot.com/2014/05/rahsia-kenapa-restoran-basir-penuh-orang.html)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan