بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Alhamdulillah. Anakku aku miskin harta dunia. Aku tidak cukup harta untukku agih-agihkan kepadamu wahai anakku untuk nanti kau semua dipanggil si kaya dan nanti dengan title itu, orang banyak jadi hormat dan segan dengan kamu.
Wang kertas berkepok pun bapakmu enggak punya. Yang ada cuma wang siling dalam satu bekas plastik, itu pun belum sempat penuh, biasanya kena cekut buat menampung kekurangan.
BUGATTI VEYRON kalau pun usia bapakmu 250 tahun enggak bakal mampu untuk memunya. Bapakmu bukan ada EnterP, jauh panggang dari api dari ada syarikat. Mana mungkin dengan ketiadaan itu ini bapakmu punya saham juta-juta pound sterling yang lambangnya macam ini haa £ atau beroleh tender gila-gila seolah-olah tiada orang lain yang hidup di dunia ini.
In Syaa Allah anak-anakku darah yang mengalir di tubuh kalian dijamin halal. Itu sahaja yang mampu aku laksanakan sebagaimana apa yang Allah SWT perentahkan dan melarangi untuk setiap hamba-Nya.
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
BUGATTI VEYRON.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan