Selasa, 3 Disember 2013

2638. Makanan yang berkhasiat ialah makanan yang halal punca perolehannya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com


Slot Kisah Para Sahabat (Saidina Abu Bakar)

Satu ketika, Abu Bakar sedang berjalan bersama Umar...dalam perjalanan tersebut, mereka bertemu dengan seorang lelaki...lelaki itu menghulurkan roti kepada Abu Bakar...Abu Bakar mengambil roti itu lalu memakannya...

Lelaki itu hairan kerana kebiasaannya, Abu Bakar bertanya dahulu dari manakah sumber roti tersebut sebelum memakannya.. Abu Bakar tersedar daripada kesilapannya lalu bertanya dari manakah sumber roti tersebut...

lelaki itu menjawab, sebelum dia memeluk Islam, dia bekerja sebagai tukang tilik dan ada orang yang masih berhutang dengannya...dalam perjalannya, dia bertemu dengan salah seorang pelanggannya dahulu dan dia membayar hutang tersebut dengan roti yang telah dimakan oleh Abu Bakar...

Abu Bakar terkejut dengan berita itu lalu memasukkan jarinya ke dalam mulut...Umar bertanya mengapa beliau melakukan hal sebegitu.. beliau menjawab bahawa beliau ingin memuntahkan kembali makanan itu... Umar mencadangkan agar Abu Bakar minum air dengan jumlah yang banyak untuk memuntahkan makanan tersebut...

Abu Bakar lalu meminum air hingga termuntah dan makanan yang dimakannya keluar...Umar hairan mengapa Abu Bakar sanggup melakukan sedemikian hanya kerana tertelan sedikit makanan...

Abu Bakar menjelaskan bahawa sekiranya dia tidak termuntah, dia sanggup mengeluarkan makanan tersebut walaupun terpaksa mengorbankan nyawa...
***

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
kjy.

Tiada ulasan: