بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Tuesday, December 3, 2013
Oleh Metra Syahril Mohamed, Kamil Maslih dan Mohd. Azraie
Md. Yusof
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
MOHAMMAD Kazim Elias menunjukkan isyarat bagus kepada
wartawan dan jurugambar selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri di
bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Penceramah bebas, Ustaz Mohammad Kazim
Elias mengumumkan keluar daripada Pas selepas kecewa dengan pelbagai fitnah
serta tohmahan yang dilemparkan oleh pimpinan serta ahli parti itu terhadapnya
selama ini.
Malah menurutnya, fitnah dan tohmahan itu semakin 'menjadi-jadi' selepas beliau ditawarkan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO sehingga ada yang sanggup menggelarnya dengan panggilan binatang, munafik serta barua UMNO.
"Belum pun saya beri kata putus menerima atau menolak (jawatan MT UMNO), saya diserang dengan panggilan binatang, munafik. Ada pimpinan Pas kata saya seperti kambing yang akan dimakan serigala, ahli agama yang bercelaru, seolah-olah akan jadi berhala atau patung sembahan dalam UMNO dan macam-macam.
"Ini menggores hati saya. Kesabaran pun ada hadnya. Tetapi saya sudah lama berkecil hati dengan Pas. Serangan terhadap saya bermula sejak 2004 sedangkan saya aktivis Pas, mereka boikot saya, kata saya anjing, macai dan barua UMNO, walhal saya tak pernah jadi ahli UMNO," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen, hari ini.
Ustaz Kazim berkata, kesabarannya terhadap segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan sampai ke kemuncak apabila ada suara-suara biadab yang menggelarnya anak babi dan anjing.
"Kalau ibu saya masih hidup, bayangkan perasaannya, mendengar anaknya dipanggil babi. Inikah yang dikatakan perjuangan Pas yang cuba nak martabatkan Islam?
"Oleh itu, saya ambil keputusan, sama ada saya pernah dipecat oleh Pas pada 2011, walau tiada surat pemecatan dan terbaharu mereka kata saya masih ahli Pas, kalau mereka kata saya ahli Pas atau kata saya telah dipecat, saya dengan ini mengisytiharkan keluar daripada Pas," tegasnya.
Kepada soalan mengenai keahliannya sepanjang berada di dalam Pas, ujarnya, beliau menyertai parti itu sebelum 1998 dan mendaftar di kawasan Gopeng, bukannya Manjui seperti dinyatakan oleh Pas.
"Saya hanya pindah ke situ (Manjui), baharu jadi ahli kawasan tersebut. Sebelum ini saya yang mula-mula buka Cawangan Pas Kampung Kuala Pari, Menglembu. Dalam sidang akhbar sebelum ini, saya mengakui, saya ahli Pas. Tetapi saya baca dalam blog, katanya (Pas Perak) mahu membawa usul pemecatan saya semasa muktamar parti itu.
"Namun, sehingga kini, saya tak tahu usul itu ada atau tidak, sebab saya tak dapat sebarang surat pemecatan. Sebab itu saya katakan saya ahli Pas dan terbukti Dewan Pemuda Pas dalam sidang akhbarnya baru-baru ini mengatakan saya masih ahli Pas yang sah," katanya.
Berhubung pendiriannya terhadap pelantikan sebagai ahli MT UMNO, beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk membuat pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut.
Ditanya jaminan Najib susulan pelantikan berkenaan, katanya, pemimpin tertinggi UMNO itu tidak menyekat kebebasannya untuk bersuara atau berdakwah.
"Perdana Menteri memberi jaminan, saya diberikan kebebasan bersuara dan beliau sudi mendengar teguran serta nasihat. Ini niat baik, ikhlas Perdana Menteri untuk memartabatkan Islam dalam UMNO," ujarnya.
Beliau kemudiannya memberikan kenyataan berikut:
"Janganlah buat fitnah dan gelar orang dengan gelaran-gelaran buruk. Saya diterima Perdana Menteri untuk (jawatan) MT UMNO, sekurang-kurangnya berilah sokongan. Selama ini Pas kata UMNO tolak Islam, tapi adakah kita berdampingan, menasihati mereka, adakah kita menegur dan berkawan dengan mereka?
"Salahkah saya berkawan (dengan UMNO) untuk menasihati dan menegur. Ini peluang UMNO berubah, mereka beri peluang ahli Pas menyertai mereka. Ini patut diberi sokongan. Kalau Perdana Menteri memberi saya 'kuasa' dan menggubal dasar, bukankah itu lebih baik daripada sekadar bercakap."
Artikel Penuh: Ustaz-Kazim-isytihar-keluar-Pas
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sumberitahu:
http://cikgu-pencen.blogspot.com/2013/12/ustaz-kazim-isytihar-keluar-pas.html
Firman
Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami
nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta
orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
nyk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan