بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Terkini!! Kes Kematian 3 Beradik : Ini Penjelasan Ketua Polis Polis Daerah Kota Setar : Seorang Pelajar Di Tahan.. Jom Terjah!!!
Ketua
Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata,
pelajar berkenaan yang juga kenalan mangsa ditahan di rumahnya di Perlis
kira-kira jam 11.30 malam, semalam.
“Setakat
ini pihaknya menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan
mangsa bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui media di
pejabatnya, hari ini.
Sabtu
lalu, Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam
keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong kira-kira jam 3.45
petang, selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Nur Izzati Husna,
12 dan Puteri Nurul Akma, 3, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.
Lebih
menyayat hati, mayat Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma ditemui
kira-kira jam 4.50 petang semalam, di dalam terusan Mada Kampung Padang
Petani, Langgar di sini iaitu kira-kira tiga kilometer dari mayat Nor
Syafikah Nadia ditemui.
Walaupun
kesemua mereka ditemui mati akibat lemas lemas, polis
mengklasifikasikan kes terbabit sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam
pada itu Adzaman berkata, pihaknya masih menyiasat sejauh mana hubungan
pelajar terbabit dengan mangsa menerusi siasatan teliti dari segenap
aspek.
Tambahnya, hasil bedah siasat ke atas Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula mendapati punca kematian mereka adalah lemas.
“Terdapat kesan calar pada badan mangsa, namun tiada tanda mereka dirogol, dicekik atau dipukul,” katanya.
“Manakala
spesimen darah ketiga-tiga beradik itu turut dihantar untuk ujian ke
Jabatan Kimia, Pulau Pinang bagi memeriksa jika ada punca lain termasuk
kemungkinan suntikan dadah ke atas mangsa,” katanya.
Adzaman
berkata, pihaknya turut dimaklumkan oleh pegawai perubatan bahawa
kematian ketiga-tiga beradik itu berlaku dalam tempoh yang hampir sama.
Ditanya
mengenai dakwaan keluarga mangsa mengenai kesan cedera dipercayai
akibat dicucuh puntung rokok pada anggota badan dan tangan Nor Syafikah
Nadia serta kesan sama pada tangan kedua-dua adik mangsa, Adzaman
berkata, kesan berkenaan mungkin disebabkan gigitan hidupan dalam air
seperti lintah atau ikan.
Menyentuh
penemuan seluar di kawasan penemuan mayat Puteri Nurul Akma dan Nur
Izzati Husna, beliau memberitahu, ia bukan milik ketiga-tiga beradik itu
kerana Nor Syafikah Nadia keluar pada malam kejadian dengan memakai
jeans biru.
“Bagaimanapun kemeja-T yang ditemui berhampiran mayat Nor Syafikah Nadia adalah miliknya,” katanya.
Sementara
itu, Adzaman turut meminta orang ramai menghentikan spekulasi bahawa
mangsa menjadi mangsa rogol seperti yang dipaparkan dalam laman sosial.
“Maklumat
yang polis salurkan kepada umum adalah hasil laporan perubatan oleh
pakar forensik yang menyatakan tiada tanda mangsa dirogol,” katanya.
Sumberitahumum:
http://sedakasejahtera.blogspot.com/2013/12/terkini-kes-kematian-3-beradik-ini.html
Firman
Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami
nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta
orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
jcoycbrdt.dis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan