بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Akhukum Abdul Malik
"TAMARRUD"
KENA TIPU.
Kempen
"Tamarrud" atau "pemberontakan" yang dilancarkan oleh
sekumpulan anak-anak muda ketika hampir genap setahun Mursi memerintah yang
boleh disifatkan "tidak sabar" dengan Presiden yang sah, Muhammad
Mursi. Mereka telah bertindak melancarkan kempen ini dengan mengumpulkan
seramai mungkin tandatangan rakyat bertujuan:
1) Menarik
balik kepercayaan dan sokongan kepada Mursi.
2)
Mendesak Mursi berundur segera dan satu Pilihanraya Presiden baru diadakan.
Mereka ini
juga menganjurkan himpunan raksasa anti-Mursi pada 30 Jun di Tahrir dan ia
disifatkan sebagai berjaya. Akhirnya, "Tamarrud" bergembira
memperoleh apa yang dihajati apabila tentera masuk campur merampas kuasa pada 3
Julai 2013. Tetapi, "Tamarrud" tidak sedar mereka menang sorak
kampung tergadai.
Maka lebih
100 hari berlalu, "Tamarrud" yang awalnya mendapat sokongan hebat
dari para pemuda yang keluar menggulingkan Mubarak tetapi "tidak
bersabar" dengan Mursi akhirnya akal diketepikan lalu mengikut nafsu yang
gopoh mahukan Mesir membangun. Tafsiran mereka, Mursi lembap.
Hari ini,
mereka mula terjaga dari mimpi ngeri mereka. Rupanya sifat gopoh itu membuatkan
makna sebuah kebebasan dan keadilan yang diperjuangkan mereka pada Revolusi 25
Januari hampir diragut. Oleh itu, mereka telah bertekad untuk kembali di
barisan rakyat untuk sama-sama mempertahankan nikmat kemerdekaan yang dikecapi
selepas 25 Januari. Rupanya, ia indah khabar dari rupa. Mereka inginkan Mursi
dijatuhkan, tetapi juga menolak rejim Mubarak. Malangnya, kini Mursi dipenjara,
Mubarak dibebaskan.
Golongan
"Tamarrud" di Iskandariah, Asyut, Ismailiyah, Matruh dan beberapa
kawasan lain dilaporkan telah 'cuci tangan' dan kembali bersama-sama rakyat
menolak rampasan kuasa demi menjayakan matlamat Revolusi 25 Januari.
Waleed
Zakaria, seorang penyelaras kempen "Tamarrud" wilayah Asyut mendakwa,
angka yang diwar-warkan oleh Tamarrud bahawa jutaan rakyat Mesir telah membenci
Mursi adalah angka palsu.
"Sebenarnya,
maaf saya selama ini berdiam diri dalam tempoh yang panjang tentang topik ini.
"Tamarrud" bandar Deirout (dalam Asyut) hanya mampu mengumpulkan
kurang 6,000 tandatangan tetapi diumumkan kepada media lebih 115,000
tandatangan.. ini bohong.. saya menyesal bekerjasama dengan pihak yang tidak
sepatutnya."
"Tamarrud"
wilayah Iskandariah pula mengeluarkan kenyataan mengumumkan pembubaran gerakan
tersebut dan kembali bersama-sama rakyat dan revolusi 25 Januari yang menuntut
agar Kementerian Dalam negeri dibersihkan sepenuhnya dari anasir-anasir
Mubarak.
Turut umum
pembubaran ialah "Tamarrud" wilayah Ismailiyah. Seorang penyelaras
wilayah mendakwa, jumlah tandatangan rakyat menyokong Tamarrud di wilayah itu
hanya 50,000 tetapi diumumkan oleh Mahmoud Badr, jurucakap kempen kepada media
sebanyak 200,000.
Sementara,
anggota Jawatankuasa "Tamarrud" wilayah Matrouh pada Jumaat lepas
mengumumkan keluar dari gerakan tersebut beramai-ramai sebagai protes apa yang
berlaku kebelakangan ini.
p3C3q: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Berapa banyak nyawa terkorban kerana tindakan mereka?. Orang yang baik seperti Mursi dan Kumpulan Ikhwan Muslimin terseksa. Yang jahat, yang bersekongkol dengan sifat munafik dan kejahatan yahudi laknatullah bermegah-megah sedang berkuasa. Apa jadi kepada rakyat Plastane sekarang berbanding semasa Mursi sebagai Ketua Kerajaan Mesir.
=======================================
Firman
Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami
nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta
orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
kaget.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan